Monday, February 14, 2011

Kenapa makcik tak boleh sembahyang?

Assalamualaikum semua,

Petang tadi saya pergi ke katil pesakit jagaan saya selepas ward round bersama pakar. Wad pembedahan wanita memang selalu penuh. Jauh berbeza daripada wad lelaki yang pesakitnya tidaklah seramai di wad wanita.

Hari-hari terakhir di wad pembedahan. Terasa sedih untuk pergi meninggalkan wad ini. Setelah 4 bulan berlalu, masa yang amat pantas bergerak banyak mengajar apakah 'rahsia-rahsia' yang sebenarnya terkandung di sebalik 'cakap-cakap' orang sebelum ini tentang realiti yang terselit di bawah title doktor yang dipegang.

'Macam ni rupanya rasa bila dah jadi doktor. Tidaklah se'horror' dan se'ngeri' yang saya fikirkan sebelum masuk kerja dulu'

Nanti tak cukup tido..
Nanti tak sempat makan...
Nanti tak sempat nak keluar jenjalan..
Nanti tak sempat nak buat mende lain..
Nanti TAKDE LIFE....

Ini semua tohmahan yang saya dengar sebelum jadi doktor dulu. Sehingga saya telah buat macam-macam persiapan untuk menghadapi ketidakcukupan masa yang bakal berlaku. Hehe persiapan yang memang macam-macam (tak penting untuk cerita kat dalam blog hihi)

Tetapi setelah 4 bulan berlalu, rupanya ia tidaklah seteruk yang kita jangkakan.
Sememangnya hari-hari yang berlalu terasa sangat pantas kerana kerja-kerja yang datang silih berganti. Tetapi...
YOU'LL GET USE TO IT.
Alah bisa tegal biasa. Bila sudah biasa dengan situasi yang begitu, lama-kelamaan kita sudah pandai adjust masa sendiri.

Saya akui memang tido anda bakal terganggu di malam-malam oncall. Tidak tidur, malah tidak sempat duduk berehat sebentar juga ada.

Makan juga bakal terganggu. "Doktor faraaaaaaaaaaaahhhhh, farmasi caaaaaaaaaaaall", staffnurse memanggil di saat anda sedang hendak menyuap nasi ke mulut. Maka terbantut selera sebentar. hehehe.. kemudian nasi yang enak menjadi nasi yang basi dek kerana terlupa bila terlalu sibuk..hehe

Aktiviti hujung minggu anda juga bakal terganggu dengan oncall di hujung minggu dan hari bekerja tetap berjalan seperti biasa. Cumanya kerja anda hanya setengah hari. Walaubagaibagaimanapun bila pulang, ternyata badan masih sengal-sengal kerana penat oncall yang sebelumnya belum lagi habis.

Tetapi..
Langit tidaklah selalunya mendung..
Ternyata masih ada hari-hari yang manis dan sempat juga berehat-rehat melepaskan lelah di malam oncall.
Masih ada juga hujung-hujung minggu yang boleh diisi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berbentuk kedoktoran atau ke-hospital-an..wiwi

Ruang-ruang tersebut akan terbuka dengan sendirinya sekiranya kita yakin yang Allah sentiasa bersama..
Saat susah mahupun senang..dan...

hmmmm..
Berbalik kepada cerita yang tergantung di atas tadi.

Sedang saya melihat-lihat pesakit-pesakit di wad, saya ternampak seorang makcik ini wajahnya muram sekali. Merenung jauh. Pesakit saya ini seorang bibik Indonesia. Hari keempat selepas pembedahan appendiks-nya.

Keradangan appendiks yang dialami telah menyebabkan appendiksnya pecah(bocor), lalu menyebabkan nanah-nanah di dalam appendiks tersebut keluar dan mencemarkan bahagian di dalam perutnya !

(Fuh, berbelit translate medik dalam bahasa melayu hehe...perut kira macam lay term for abdomen la kot..tak tau apa perkataan lain yang sesuai)




kat bawah tu appendiks kita, dekat pintu masuk ke usus besar.

Ni appendiks the real one yang telahpun membengkak, sedia untuk dibuang ^_^

Seperti ada sesuatu yang bermain di fikiran bibik ni, saya lalu bertanya,

"Makcik, nampak macam sedih je ni, kenapa ya?". Saya merenung wajahnya.

"Saya risau, apakah penyakit saya ini boleh sembuh doktor? Mengapa setelah dibedah juga masih sakit. Saya runsing mikir, tekanan darah juga jadik tinggi".

"Makcik, sebab makcik risau ni yang tekanan darah jadi tinggi. Jangan sedih, Allah suka orang yang banyak bersabar. Saki ini satu ujian yang Allah beri".

"Saya tahu itu, tapi saya risau sangat. Apakah saya boleh sembuh?". Matanya layu, air mata mengalir dari kelopak matanya.

"Mesti boleh sembuh, InsyaAllah. Kene banyakkan doa pada Allah. Makcik ambil wuduk, solat hajat bagi tenangkan hati. InsyaAllah akan hilang risau". Saya memegang tangannya. Dia tersenyum tawar.

"Tapi saya sakit, bagaimana mahu sembahyang?".

"Boleh, makcik boleh sembahyang. Tak bangun pun takper. Kalau makcik sembahyang baring pun takpe, nak saya tolong ambilkan telekung?".

"Tapi majikan saya cina. Takpelah, biar saya berdoa saja, enggak boleh sembahyang".

Saya yang agak pelik dengan jawapannya, lalu bertanya,

"Oo majikan makcik cina. Kenapa tak boleh sembahyang?".

"Waktu hendak kerja dahulu, agen beritahu jangan sembahyang...."

Saya terkejut dengan jawapan terakhirnya, saya tergamam. Berfikir sendiri...

AGEN ?
Agen tak kasi sembahyang???

______________________________________________________________________

Memang banyak benda terjadi disekeliling...
... tanpa kita tahu dalam diam rupanya menjatuhkan umat Islam sendiri.

HasbunAllahu wa nikmal wakil.

-Hospital Putrajaya-
     14/2/2011
   10.30 malam.

Sunday, December 5, 2010

WI D3

WI D3

salam semua,
 moga sihat selalu.

Dah nak dekat 2 bulan keje, macam-macam perkara yang saya dan kawan-kawan lain jumpa. Ada yang sedih, gembira, pelik, jelik dan tak kurang juga yang kelakar.

Dah lama jugak tak update blog. Makanya hari ni cuma nak kongsi few things yang quite funny, tapi memang serius terjadi hehe. Semuanya kerana kadang-kadang sebagai doc, ada mende yang kita terlepas pandang dan lupa nak bagitahu. Walaupun nampak kecil tapi memberi kesan pada hidup orang lain.


Almaklum bila posting di wad surgical, satu perkara yang kita akan buat is WI D3 atau WI cm.

Ape mende maksudnya tu ? Mula-mula masuk saya pun tak faham dan lambat sikit nak tangkap segala short form yang diguna senior2 di hospital. WI is abbreviation for wound inspection. D3 meaning day three.

cm plak maksudnya coming morning which is tomorrow morning. hehe

So basically, u just have to remove the plaster overlying the wound and look at the wound. Ada merah ke, ada discharge ke, tender sangat ke. ( tender means sakit bila ditekan)

Basic rule dia kalau any operation wound, we have to inspect on the 3rd day after the operation. Otherwise kalau plaster tu nampak soak with blood, so u have to open it straight away.

Funny thing is masa ward round satu hari tu, which happen to be the 3rd day post appendicetomy, saya sangatla lupa nak bukak plaster patient tu. So bila present case depan boss, dia pandang saya balik dan tanya, " Bila kita selalunya akan bukak plaster ni? ".

@_@ ......zzzzzzzzzzzz....

Ok habisla kene sebijik jap lagi. Serius terlupa nak bukak plaster tu tadi masa buat morning round tgk patient tu. " Day 3", i replied. Then boss gi tanya satu 'pasukan' doc2 yang berada di situ, bila kah kita akan bukak plaster ni ? Makanya that was actually macam satu perlian sebijik sebab boss tanya semua org kat situ. Ada yang kata 5, ada yang kata 4, but mostly stick with 3. Then boss kata, " Tau tak aku penah jumpa ada orang balik umah, tak mandi sebulan sebab ada stupid idiot doc yang lupa nak bukakkan plaster untuk dia ?!". 

Hehehe...pengajaran berguna buat me that day --> Dont ever forget to inspect the wound on the 3rd day, kalau the plaster remain clean. Tapi kalau dah soak dengan blood plus patient kata sangat sakit kat tempat tu, yang not as usual plus ada discharge ke, sila lah bukak dengan segera tak kisahlah hari ke berapa pun.

Kalau katakanlah , kita dah discharge patient earlier before the 3rd day, janganlah lupa untuk bgth dia plaster boleh dibuka sendiri pada hari ke-3. Kalau luka cantik, ok segalanya, so bolehlah duduk dengan riang gembira. Tapi kalau tetiba tgk ada any sign of infection, sila datang ke hospital immediately.

Hari yang lain, ada boss lain buat round and ternampak cardiac monitoring punya plaster yang bulat2 tampal kat dada tu ada doc lain yang lupa nak buang. Dan dush dush, sebijik jugak kene. " Tau tak i penah jumpa patient datang klinik with this plaster kat chest dia dah 4 minggu tak buang-buang?!".

Yang bulat-bulat putih tu.

Hehehe..

And one of my collegue kata dia penah jumpa patient yang tourniquet remain kat arm dia selama 2 minggu just because the doc yang amek darah tu lupa nak buka turnique dia after blood-taking. Dah biru2 tangan dia tapi still dia tak bukak ikatan tourniquet tu coz ingatkan memang perlu guna mende tu terus kat tangan dia.Aduhai..

tourniquet is mende yang kita ikat kat atas tu waktu nak amek darah.


Well, the most important thing is communication and being alert. Sometimes bila too busy, kita kurang communicate dengan patient and lupa few things yang seem small, but make an impact to patient life. Sampai sebulan tak mandi ?! iskh iskh iskh

Hehe..
Memang perlu banyak praktis dan terus belajar.
Ok jumpa lagi len kali. Moga dalam rahmatNya selalu.

Wassalam

Tuesday, October 19, 2010

Nilai Islam dalam hidupmu doktor !

Bismillahirrwahmanirrahim,

Salam kawan-kawan sekalian,


Apa khabar semua? Moga sihat-sihat sahaja. Alhamdulillah saya telah melalui 2 hari di persekitaran kerja baru. Melihat sistem kerja di tempat baru, mengenali beberapa kenalan baru di tempat kerja dan menyaksikan lautan manusia yang masuk dan keluar dari tempat baru ini.

Sebagai permulaan, saya dan kawan-kawan lain yang juga sebagai doktor pelatih(House Officer, HO) baru di sini telah diberi pendedahan awal kepada sistem IT dan orentasi selama dua hari di makmal patologi dan Unit Radiologi. Alhamdulillah dua hari yang berlalu menjadikan saya belajar banyak perkara baru dan melihat satu suasana baru yang banyak membuka mata tentang realiti sebenar di sebalik amanah berat ini. Jujurnya, tugas sebagai seorang doktor memerlukan kita menjadi seorang Muslim yang sebenar bukan hanya pada bibir saja. Bukan hanya pada  ibadah. Bukan juga hanya bila tertera di kad pengenalan agama kita adalah Islam.

Nilai disebalik perkataan salama

Islam bermaksud penyerahan(submission) yang asalnya dari perkataan salama. Membawa maksud selamat(peace). Saya pernah membaca dalam 1 buku yang menerangkan tentang perkataan ini satu ketika dulu. Perkataan Salama mengandungi nilai yang tinggi dalam hidup kita sehari-hari. Siapa saja yang ditanya, hidup bagaimana yang kita inginkan? Pastinya jawapan ingin hidup bahagia, selamat dunia akhirat menjadi satu harapan yang kita simpan disebalik segala impian-impian hidup yang diingini.

Memahami perkataan salama untuk dimasukkan dalam kehidupan seharian secara praktikalnya bukanlah sesuatu yang mudah. Dan kerana ia bukan  mudah, maka pulangan yang Allah berikan pada kita bukan juga calang-calang. Cukup sahaja dua hadis yang ada di dalam hadis 40, sudah cukup menjadikan kita seorang insan yang ISLAM bukan hanya pada nama tetapi juga dalam KEHIDUPAN kita sebagai satu bahagian disebalik jutaan manusia yang hidup di dunia.

Hadis "Siapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah memudahkan urusannya" dan Hadis " Jagalah Allah, maka Allah akan menjaga kamu"..(boleh cek dalam hadis 40)

Salama yang menjadikan kita selamat atas diri kita sendiri dan juga buat semua org disekililing kita. Salama yang menjadikan kita seorang yang tidak zalim pada persekitaran kita, pada semua makhluk tidak kira manusia, tumbuhan, binatang atau apa sahaja yang ada hatta kerusi, meja, dinding. Apa sahaja !

Saya melihat semalam bagaimana beratnya cabaran semua insan-insan yang bekerja di makmal. Pek-pek darah yang perlu melalui screening, melabel, menyimpannya dalam kedaan suhu yang betul, menerima tempahan pek-pek darah baru untuk digunakan pesakit dan macam-macam lagi kerja yang boleh saya katakan memerlukan konsentrasi serta kesungguhan yang tinggi. Tidak kurang juga menguruskan segala spesimen air kencing, darah, air tulang belakang(Cerebrospinal fluid) yang diambil daripada pesakit. Yang bukannya satu tapi beratus-ratus setiap hari. Sekiranya kita tidak memahami betapa besarnya pengorbanan dan kesusahan yang ditanggung segala insan-insan di belakang tabir ini, pasti saja hamburan dan makian mungkin terlepas dari mulut kita dek kerana menginginkan segala bahan yang dihantar siap diproses secepat mungkin, untuk kita tahu keputusannya.

Selamatkah kita?
Selamatkah aku untuk semua orang disekeliling?


Jangan pandang remeh segala ilmu yang kita dapat

Saya pernah membaca satu artikel dari dakwatuna.com. Ciri-ciri seorang yang lemah imannya bila ia suka memgambil mudah atau memandang remeh apa sahaja yang datang disekeliling. Walaupun hanya sebiji sawi, atau habuk yang melekat di atas lantai !

Satu ketika dulu saya pernah terfikir, " Belajar segala perkara di dalam lab ini, bagaimana agaknya nak diaplikasi nanti bila dah jadi doktor, bukan kerja dalam lab pun". Dan hari semalam terasa sesal kerana satu ketika dulu pernah terfikir begitu. Dengan tidak mempelajari segala ilmu itu, mana mungkin kita memahami segala proses di sebalik apa sahaja yang kita hantar ke lab untuk diuji kaji. Mana mungkin juga kita memahami tugas berat yang terpikul di bahu orang lain. Di saat itu, saya merasakan betapa pentingnya segala ilmu-ilmu yang pernah dipelajari di alam universiti dulu. Rasa macam nak patah balik ke JUST dan ucapkan terima kasih pada Dr. Ziyad el-Nasser, cikgu mikrob dulu. Nak ucapkan juga terima kasih pada cikgu Nidal Khabbaz yang pernah ajar patologi pada kami semua dulu. Terima kasih semua doktor-doktor.

Bila kita tak tahu yang satu yang setiap organisma punya incubation period, perlu diberi masa untuk membiak, kita mungkin akan beri specimen air kencing hari ini contohnya dan esok kita telefon pekerja di makmal dan bertanya, "Sudah siap ke keluar result air kencing yang dihantar semalam?". Logikkah? Hehe

Dan banyak lagi perkara-perkara yang terkandung dibalik kerja-kerja orang lain di sekeliling kita. Memahami yang lain, memudahkan kerja orang lain, menjadi seorang Muslim yang atas nama Islam, Salama, selamat sepanjang masa.

Saya ingin pulang ke Jordan dan memberitahu pada semua adik-adik yang sedang di praklinikal. Belajarlah bersungguh-sungguh. Belajarlah dengan sepuasnya, ambillah berat setiap titik ilmu yang adik-adik dapat ketika di tahun 1 hingga tahun 6. Ia amat penting, amat-amat penting. Saya bukanlah perfecto yang dahulunya memahami segala apa yang dipelajari, jauh sekali score dengan markah yang mantap-mantap. Tetapi kerana tidak mahu adik-adik mengulagi kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu, supaya adik-adik akan berjaya dengan lebih baik daripada saya. Bittawfeq wannajah ^_^

Imu itu penting yang bukan hanya supaya kita dapat merawat pesakit dengan baik. Penting kerana semuanya itu menjadikan kita sebagai seorang MUSLIM SEBENAR, muslim yang selamat..

dunia dan akhirat....

Moga saya dan kawan-kawan yang lain akan jadi muslim yang SELAMAT itu.

5 pagi, 20/11/2010
Putrajaya Hospital.

Saturday, September 11, 2010

Rock la nenek !

salam semua,

Apa khabar sambutan 'Graduation Day' semalam ? Sebulan kita menuntut di 'Universiti Ramadhan', sekarang masa untuk melalui hari-hari dengan lebih baik dari yang sebelumnya.. macam bateri yang dah recharge, macam tu la jugak Iman manusia, kene selalu recharge.

Kisah nenek itu..

Semalam saya ke airport hantar adik bongsu saya pulang ke Jordan, menyambung hidup sebagai pelajar medic. Junior baru dah nak dekat sampai, jadinya nak kene sambut junior kata dia. Apapun, sedang saya dan mama menunggu papa dan adik saya menguruskan urusan check in, saya tertarik dengan seorang nenek cina tua yang juga sedang check in. Dia bersama seorang atuk yang saya agak ni mesti suami dia. Ada gak beberapa ahli keluarga lagi bersama-sama. Apa pula kisahnya ngan nenek & atuk ni?

Sebetulnya mula-mula saya tak perasan pun nenek ni disebabkan kalau tengok sekali imbas(dengan tak nampak muka) mesti tak perasan dia adalah seorang nenek tua. Serius macam orang muda. Sporty dan memang rock. Kasut sport, t-shirt dan seluar slack ringkas memang macam orang muda. Siap ada beg sandang kat belakang. Sama gak suami dia, memang mantap la deorang ni ! Saya agak-agak mesti nak gi travel mana-mana berdua. Kalau nak banding ngan nenek dalam gambar bawah ni, memang nak sama je tua dia, tapi dia senyum je, tegap dan steady je dengan beg sandang kat belakang. Ingat nak ambik gambar tapi takut plak kang letak kat blog, dia jumpa kene saman plak ke sebab tak mintak izin. Apepun, I'm inspired by looking at them !


Cure Yourself of Excusitis, The Failure Disease...

"Dah tua dah, badan pun dah tak larat, takyah la nak fikir yang hebat-hebat ni",
kata Makcik Som(bukan nama sebenar).

"Saya muda sangat lagi, tak layak lagi",
kata Aminah(bukan nama sebenar)

Sape pernah pergi Turki? Pernah pergi tak ke makam-makam sultan sebelah Masjid Sultan Ahmed ?
Kalau belum/ dah pegi, try take note kat makam-makam ni ada tulis umur berapa sultan-sultan ni semua mangkat. Semuanya mati di usia yang sangat muda dalam lingkungan 20-30. Saya terfikir, nape semua sultan ni mangkat muda ya? Dan yang lebih penting, mudanya deorang waktu jadi Sultan ! Semuanya mula jadi sultan dari usia 10 ke 20.
Istanbul, Turki : Julai 2010
  

Kita macam mana?
Usia sebenarnya bukan penghalang untuk bermimpi besar.I'm neither too old, nor too young.

Pernah dengar citer nenek ni tak?
Dorothy Wentz, 89, gets a standing ovation, Thursday from other graduates at Ruth Eckerd Hall. Wentz has 45 grandchildren and “50-some great-grandchildren.”   
 "For the first 30 years, I didn't even have time to think about it,"
said Wentz, who dropped out of Michigan's St. Louis High nearly three-quarters of a century ago.
"After the kids got through with school I started to think,
'I wish I could do that.' " 
http://www.tampabay.com/news/education/k12/article788886.ece

Muda sangat ke? Taakkk...
Tua sangat ke? Tak jugaakkk.. 
Jadi, usia nampaknya tak pernah menghalang untuk kita memilih menjadi yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.. 

Nothing stands as bigger challenge than making the most of yourself !


Pernah terfikirkah kita di mana MAKMAL paling best dalam dunia ?

You already have a fully equipped laboratory in which you can work and study.
Your laboratory is all AROUND YOU..
Your laboratory consists of human beings.
This laboratory supplies you with every possible example of human action.
And there is no limit to what you can learn once you see yourself as a scientist in your own lab.
What's more, there is nothing to buy. There is no rent to pay. No fees of any kind.
You can use this laboratory as much as you like FOR FREE.
As director of your own laboratory, you will want to do what every scientist does :

OBSERVE and INVESTIGATE.

Apa yang ingin saya beritahu pada junior-junior di Jordan. Mungkin ada yang frust bila sampai di sana kerana tengok pemandangannya coklat je(macam banyak padang pasir je ni), mungkin je ada yang rasa mundur je Jordan ni, tak kurang juga yang rasa di Jordan macam takde apa-apa. 

Berhentilah mengeluh dan merungut dengan apa yang kita tiada, binalah sesuatu yang luar biasa daripada apa yang kita anggap biasa-biasa sahaja. Ia tak mesti memerlukan persekitaran untuk berubah, ia memerlukan KITA terlebih dahulu untuk berubah membina empayar buat diri sendiri.

Masa muda adalah sangat berharga, kerana waktu inilah tenaga kita di tahap maksimum. Semangat kita sedang berkobar-kobar. Fizikal kita juga di tahap maksimum. Segalanya di tahap yang paling baik ketika ini. 

Alhamdulillah, saya pulang dari Jordan dengan rasa puas. Puas kerana beberapa impian saya telah berjaya dicapai di sana. Jatuh bangun, menangis, gembira semuanya asam garam yang pernah ditempuh, segalanya jadi kenangan yang sangat manis untuk dikenang, Saya yakin adik-adik dan kawan-kawan boleh buat lebih baik daripada saya.

 Walau apa jua yang dilakukan, cubalah untuk menjadi yang terbaik. A person is a product of his own thoughts.Believe BIG. Adjust your thermostat forward. 
Dare to be different walau di mana pun posisi kita !

Jadi, apa tunggu lagi ?

Terbang ke langit JOM !
Our Graduation Day, Summer June 2010
*Kuiz-muiz pat pat siku lipat : Apa nama tanduk kecik kat dahi nenek atas tu?




Tuesday, September 7, 2010

Kisah Maut

Salam Ramadhan buat semua,

Pagi ini, semasa kami semua sedang leka mengemas di dapur, papa datang meluru ke arah kami sambil tangan kanannya menggenggam hp. Mukanya cemas.

"Ma, anak cikgu Yahurin meninggal, accident ".

Saya tergamam. Mama terkejut.

"Ya Allah, macam mana boleh accident ? ", tanya mama.

"I donno, ni baru Haji Aris bagitahu, jenazah ada kat hospital Serdang, Yahurin tak sampai lagi dari Jakarta ", jawab papa.

Mama meluru menuju ke ruang tamu, mencapai telefon bimbitnya dan mula menelefon kawan-kawan sekerja di Maahad dulu.

Cikgu Yahurin, cikgu seni saya ketika di Maahad dulu. Sejak kecil, saya sudah mengenalinya kerana mama bekerja di Maahad Hamidiah dahulu bersama-sama cikgu. Saya juga telah mengenali Allahyarham anaknya sejak beliau masih kecil.

"Arif masuk iklan tv",cerita cikgu sambil tersenyum, sewaktu saya di bangku sekolah.

Iklan susu Dumex mungkin, saya juga sudah lupa.
Setiap kali saya berjumpa cikgu, pasti tak lekang dia bercerita tentang anak sulungnya ini. Saya tahu betapa dalamnya kasih cikgu padanya. Semoga cikgu tabah dan kuat menempuh dugaan yang amat berat ini.
Dan hari ini.. 

Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'un.. tak disangka-sangka adik ini pergi lebih dahulu bertemu Allah. Di usia 17 tahun. Seperti baru semalam saya melihatnya ketika melawat cikgu setahun lepas. Tidak disangka, masa yang pantas berlalu menemukannya dengan tarikh kematian itu lebih dahulu daripada kami semua. Moga Allah merahramati rohnya dan menjadikan alam barzakhnya suatu masa kerehatan yang panjang sebelum kita bertemu semula di padang mahsyar nanti. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya keluar dengan papa selepas mendengar berita itu untuk menguruskan sesuatu, lalu mama pula keluar untuk menziarahi jenazah dan bertemu dengan cikgu.

Biip..Biiipp.. (satu mesej masuk ke kotak inbox saya)

Mesej dari Kak Lilik..

"Slm, kelmarin dpt msg dr seorg sahabt, seorg sahabat yg br 26thn telah meninggal kemalangan..al fatihah.. maut tak penah menunggu kita kan, teringt kisah nabi: nabi melukis satu garisan, nabi ckp pd sahabt : manusia berangan lebih panjg dr garisan...sedangkan hidup kita unlimited..."

Satu lagi berita kematian mencelah masuk. Ya Allah...peringatan yang bertalu-talu dariNya..
Papa memberhentikan kereta sekejap...

"Jap eh, nak beli surat khabar kejap".

Selesai membeli, papa masuk ke kereta dengan surat khabar di tangan.

"Sosilawati punya kete dah jumpa, tapi dia tak jumpa lagi, dah seminggu hilang ni".

Syawal bakal menjelang. Ramadhan hanya tinggal bersisa. Anak-anaknya masih menunggu dengan penuh pengharapan agar ibu mereka pulang segera dengan selamat. Dugaan yang maha berat. Tak terbayang bagaimana risaunya hati mereka menanti ibu pulang ke pangkuan, lantaran hari-hari yang dilalui dipenuhi misteri kehilangannya.
______________________________________________________________________

 Petang tadi saya menonton tv sebentar bersama kakak saya di ruang tamu. Tiba-tiba iklan ini muncul..




"Banyaknya pasal mati hari ni, sedihnya iklan ni," saya memandang kakak.

"Ha'ah..hmmm",  balas kakak.

Dan suasana kembali sepi....
Telinga manusia yang tidak mampu tertutup sendiri, dan otak yang berfungsi tanpa sebarang remote control menjadikan kita manusia yang berfikir. Berfikir menilai setiap plot plot drama dunia yang terhidang di depan mata. Saban waktu, tanpa henti.

Wahai diri..
Jangan tangguh melakukan sesuatu yang baik..
Jangan tangguh untuk solat di awal waktu..
Jangan tangguh untuk zikir dengan banyaknya..
Jangan tangguh untuk membantu mak ayah..
Jangan tangguh untuk memohon maaf dari sahabat..
Jangan tangguh ..jangan tunggu esok..
Kerana esok belum tentu milik kita..belum tentu milik mereka..

Kisah Maut ini bukan kisah dongengan. Bukan kisah sampingan. Bukan untuk mainan.
Ia peringatan buat saya yang sering lupa..buat kita semua...

"Ding dong, Ding dong... Masamu sudah dekat, kau harus bersedia ! ".

"Ding dong, Ding dong... Masamu tidak banyak yang tinggal, jangan lengah lagi ! ".

Mungkin inilah nasihat yang perlu ditafsir disebalik segala kisah-kisah kematian yang menyinggah di telinga kita setiap hari.Setiap detik...

Peringatan buat orang-orang yang bijak.
Bijak menggapai peluang yang masih bersisa.
Mudah-mudahan kita salah satu darinya..

Innalillahi wa'inna ilaihi raajiuun.....

Sunday, September 5, 2010

Angry and frustrated - Time to look beyond the fingers !

Angry and frustrated..

Have anyone of you feel this 'two annoying things' at the same time?
You are angry. Unfortunately, you can't do anything, you wanna blow it but you can't. Alas, you feel so frustrated. Deep inside, when you start to say to yourself..

"I had enough of this!".

Devastated... feeling down in the dumps..
Feeling like you wanna be alone, wanna cut off any contact with anybody !
That's it, this is the limit. Time to say Goodbye! Adios!!!

Hehe..
( reading this, my friend, kilah will surely say to me - Apsal ko? Apa dah jadik?)

I was myself at some point had the same feeling too.There are few things in life that you don't have the guts to express your frustration and anger, feeling that there's no point of revealing the truth.

That's when  I remember something that I've watched a few days ago.

How many fingers do you see ?

This old pseudo-phsycho man was asking Patch, "Look here, how many do you see?". Obviously, the answer is four ! He was showing 4 of his fingers right in front of Patch's face.

"Four fingers", Patch answered, being puzzled with this what-on-earth-question.
"No no no...Look at me. You are focusing on the problem. You focusing on the problem, you cannot see the solution".

"What?!", Patch was getting more confused.

"Never focus on the problem, look at me...How many do you see?".

 Patch still gave the same answer.

 The old man asked again, " Look beyond the fingers ! How many do you see?".

He looked again, trying to make it possible what this old man have said - Look beyond it !

He looked at him, directing his attention to this old man face.  A blurred image of the fingers started to appear. Double vision. Diplopia ?

" Ermm..eight ? ", hesitating his own answer.
The old man smiled, " Yes, yes! Eight is a good answer ! 
See what no one else see.
See what everyone else chooses not to see. 
the whole world the new, EACH DAY ! ".
 
Ermmm..
Ok enough with this syok-sendiri mode. Think that the way I'm writing this scene is not as good as you watching it by yourself..hehe



Patch Adam - An eye-opening story about a brilliant genius man who has the passion to improve the quality of human life. 
In short - he wanna be a doctor..A GREAT doctor ^_^

I bet most of you have watched it. I don't remember wether I've watch this film before or not, but after 6 years studying medicine, competing my MBBS, at the moment i finished watching it, I started to think that being a doctor is more than what I expect and what I think it might be one day. Everything is inside you, all you need is only you, yourself, choosing what's the best for you.

Never focus on the problem. Never ever. Because it will just put you in a latent phase and being lazy to just walk away. I admit that it's hard. Well, you need to sacrifice all the bad feeling for the sake of a better living, fulfilling your short life before you die one day. No harm of having a few moment to cry and feel i-wanna-be-alone, alone in your own 'cave'. Give yourself the chance to express the feeling indirectly. Don't suppress it. You'll be more frustrated if you try to pretend that you are cool enough not to cry or try to be in a i-don't-give-a-damn mode.

Every problem is actually an opportunity. Opportunity to learn new stuff. Facing new experience. Learn to accept. Learn to forgive. Learn to be patience. Learn to become a better person. Indeed, it's easy to say. But practically, most of the time, we'll tend to forget all this stuff. All the bad feeling and negative thoughts will surround us. This is normal. Even one of my good friend, Faeza did remind me of something which is so precious - Why the famous hadith about ukhuwwah, where our beloved Prophet, Rasulullah s.a.w did remind us that we should not let more than three days expire without communicating to somebody because of a quarrel or disaggreement?

Sahih Muslim Book 032, Number 6205:


Anas b. Malik reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Neither nurse mutual hatred, nor jealousy, nor enmity, and become as fellow, brothers and servants of Allah. It is not lawful for a Muslim that he should keep his relations estranged with his brother beyond three days.

and here is another hadis.. ^_^


From Abu Ayyub al-Anshari : Rasulullah saw said : 
" It is not right for a man to abandon his brother for more than three days".
( Bukhari, Muslim )

Why not only one day?Why must three? Everyone knows that logically, not talking to each other is not good. But, Allah has given us this opportunity, a space for us to think, to sit back, to resolve the anger, to be more rasional in taking action. Learn to accept, to be patience and to forgive. Muhasabah on what we have did. It's not about the numbers of days, it's about to realise that the focus is not on the problem, it's on the solution !

SubhanAllah..our fitrah is focusing on making us a realistic human being, not an idealistic one !

Remember that no matter how bad the day is, or how hard it is...it will eventually end....
Remember that upon all the bad things that have happened, there must be this ONE superb thing that will vanish all the bad things..like a detergent.. And It's the power of LOVE..
ALLAH knows what's the best for us. He knows what's deep inside our heart. He knows what we are hoping for.

Use our secret and super duper powerful weapon - the greatest weapon ever in the history of mankind -
The DUA'... use it to re-built the broken pieces of our heart, to stay connected to Him.

And I'm reminding myself that there's no such thing as so-they-live-happily-ever-after in this life. We only have this opportunity after both of our feet entering Jannah..

There is always a good reason and explanation beyond everything that we assume as a bad luck. Be positive, Husnuzhon, and we will be shown..

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
65:2 With that is admonished he who believes in Allah and the Latter Day.
And whoever keeps his duty to Allah, He ordains a way out for him,
65:3 And gives him sustenance from whence he imagines not. And whoever trusts in Allah, He is sufficient for him. Surely Allah attains His purpose. Allah indeed has appointed a measure for everything.
(At-Talaq : 2,3)

Alhamdulillah 'ala kulli hal....




So, How many fingers do you see?
  
* Cute kan jari ni, gemok-gemok dan macam sosej, ok brainstorming session hihi,
who knows what is the mechanism of this sign ?

Saturday, September 4, 2010

Adakah kita Pemenang Sebenar di Hari Kemenangan ?



AidilFitri, ayuh lakukan sunnah Rasulullah…
Kejar Keberkatan Di hari Mulia !
Salam kawan-kawan,
Bagaimanakah cara kita menyambut Aidilfitri selama ini? Bagaimana pula cara Rasullullah & para sahabatnya menyambut Aidilfitri sebagai Hari Kemenangan ? Ayuh, kita teladani Sunnah Rasulullah, agar Aidilfitri kita bukan sekadar adat, tetapi ibadat yang bakal membawa kita ke SyurgaNya !


1.      Bertakbir
-          Sunat bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri bermula dari malam raya sehingga imam mengangkat Takbiratulihram untuk solat sunat Hari Raya.
2.      Mandi Sunat, memakai pakaian yang terbaik(bukan semestinya baru!) dan berwangi-wangian.
-          Imam Al-Hakim telah meriwayatkan bahawa Hasan Bin Abi Talib r.a berkata : “ Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami pada kedua-dua Hari Raya supaya memakai sebaik-baik pakaian yang kami miliki, menggunakan wangian yang paling baik dan menyembelih binatang korban yang paling berharga(mengikut kemampuan). ( Al-Mustadrak al-Hakim, jil.4, halaman 230)
-          “Rasulullah s.a.w sentiasa mandi pada Aidilfitri dan Aidiladha”(Riwayat Ibn Majah no. 1315) – Ini merupakan antara beberapa athar daripada para sahabat r.a, walaubagaimanapun tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang hal.
3.      Makan sebelum keluar rumah.
-          Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Anas B. Malik berkata : “Rasulullah s.a.w tidak keluar dari rumah Baginda pada hari Aidilfitri melainkan Baginda akan makan beberapa biji tamar terlebih dahulu. Baginda makan beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil(bukan genap).”(Riwayat al-Bukhari)
4.      Pergi ke masjid dan pulang dengan melalui jalan yang berbeza.
-          Jabir bin. Abdullah menceritakan bahawa pada Hari Raya, Rasulullah s.a.w menggunakan jalan yang berbeza. (Riwayat al-Bukhari no. 943)
-          Kita akan bertemu dengan lebih ramai umat Islam lain dan dapat mengeratkan silaturrahim.
5.      Ucapan Hari Raya
-          Jubair bin. Nufair r.a berkata : “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu sesame mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan …

"Taqabbalallahu minna wa minkum"

 Maksudnya : “Moga-moga Allah menerima amalan kami & amalan kalian semua”
(Ibn. Hajar, Fath al-Bari, jil. 2 halaman 517 dan Sheikh Nasiruddin, Tamam al-Minnah, halaman 354).
-          Namun, tidak salah untuk mengucapkan ‘selamat hari raya, maaf zahir batin’, tetapi sebagai umat yang sentiasa ingin menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh, utamakanlah ungkapan yang diamalkan pada sahabat ini, kemudian diikuti adat masyarakat setempat.
6.      Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbah.
-          Umat Islam disunatkan melakukan solat sunat pada kedua-dua Hari Raya secara bejemaah(aidilfitri & aidiladha) & mengambil iktibar daripada khutbah yang disampaikan. 

              Sahabat-sahabat, Ingatlah kebesaran Allah dan bersyukurlah padaya di hari kemenangan ini. Berkongsilah kegembiraan hari ini bersama golongan fakir miskin dengan memberi zakat & bersedekah pada mereka. Janganlah kita menyambut Syawal dengan merosakkan ketaatan pada Allah yang telah dibina dan dikuatkan sebulan lamanya di bulan Ramadhan. Antaranya menyambut Hari Raya hingga melalaikan solat, tidak menutup aurat, pergaulan tanpa batas antara lelaki & perempuan yang bukan mahram, makan terlampau banyak sehingga membahayakan kesihatan dan berlaku pembaziran. Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Wassalam
*Diolah dan diringkaskan daripada Artikel Aidilfitiri Daripada Adat Kepada Ibadat, halaman 12-13, Majalah Solusi, Isu no. 23.


Salam Aidilfitri, Salam Kemenangan !