Showing posts with label Dakwah dan Haraki. Show all posts
Showing posts with label Dakwah dan Haraki. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Isu Penting - Does the blame is 100% on them? or we also have our bite on the cherry?

salam semua,

Amaran : Entry ini memang panjang tapi penting untuk sama-sama fikirkan. 
Semoga Tabah membaca. Terima kasih.

Seorang Junior di Jordan memberikan satu komen yang bagi saya sesuatu yang patut sama-sama kita fikirkan.

Komen Saudara Mursyid untuk Entry 'Kempen Mari Ikhtilat di kaca TV anda'..
_______________________________________________________________________________

Mursyid said...

Salam.

In School we were forced to behave in a way that the school wants us to behave, and like u said, unfortunately we didn't know why we have to do it.

So, when we graduate from high school, we start to interact more with the outside world, and some of us starts to interact more with people from the opposite gender, and then they feel the need to love each other and that's when things start to get out of control.

In other words, people start to show their TRUE COLOURS when they finish school. It's totally understandable because they were "deprived" from many things at school. It shouldn't happen, but if it does happen, It's totally understandable.

Same thing happen here in Irbed, although I have to say there were a few actions taken by giving a few verses of Quran and Hadith regarding Ikhtilat. But we should know that not everyone went to Sekolah Agama, not everyone had the same upbringing, and not everyone has the ability to process hadith and Quran verses. And people can still argue if the Quran verses and Hadith given can be used to describe Ikhtilat, or if the real meaning is different from what we understood. I don't understand why some people think by citing a few hadith and Quran Verses, people will immediately understand and shut their mouth and follow what you say, It's not like I'm questioning the Quran and Hadith, but I think we have haven't been using it the way that we should be.

Well, these are what I think, and what I speculate, Who knows that I could be totally wrong.I think we should look back and think, Why some people are behave differently in Irbed, compared to when they are in Malaysia esp when it comes to Ikhtilat despite the measure that had been taken. Does the blame is 100% on them? or we also have our bite on the cherry?
__________________________________________________________________________

Pendapat saya...

Mursyid,
Terima kasih untuk pendapat yang realistik, tidak bersifat idealistik.

Terus terang, saya agak sedih dan kurang bersetuju bila melihat ramai yang lebih suka melempar teguran berbaur perlian dan body language yang menunjukkan 'Aku tak suka ko buat ni, tolonglah jangan buat'. Memberi hadis atau ayat quran semata dengan harapan ia dapat membuahkan ketakukan dalan diri org yang buat dan org tu akan berubah.

Memerli dan menegur dengan tidak berhikmah, yang mungkin mencalarkan hati sahabat. Ia mungkin akan meninggalkan kesan 'benci' dan 'marah' dalam diri sahabat yang ditegur. Akhirnya, ramai yang ditegur meninggalkan perkara tersebut dlm keadaan dia tidak memahami, meninggalkan perkara itu dengan tujuan menunjukkan ' Ok baiklah, sekarang aku takkan buat dah. Baru kau tahu ! '. Bukan dgn kasih dan sayang sesama sahabat,menerima nasihat dengan baik, memikirkannya dan cuba berubah. Tetapi lebih kepada pembuktian yang aku pon boleh je tak buat. Berapa lama dia boleh bertahan dengan rasa sebegini? Setahun dua mungkin dia kembali melakukan perkara yang sama. Mengapa? Kerana tindakan yang tidak disertai dengan kefahaman, paling ditakuti adalah dengan rasa benci dan menyampah dengan kawan yang menegur.

Ada ramai yang keliru dengan apa yang dia buat, ada ramai juga yang rasa bersalah tapi tak punya kekuatan untuk merubah. Keadaan sekeliling yang menekan(orang melihat dengan lirik benci, perlian dan mcm2 tindakan yang bisa mengguris hati) menambah lagi tekanan pada dirinya.

Memahami insan lain(yang melakukan ikhtilat)bukan bererti kita boleh 'berhusnu zhon' membuta tuli, tak kurang juga 'bersu'u zhon' tanpa usul periksa. "Takpeje, satu hari dia akan faham". Ia perlu dimulai dengan hubungan yang baik, cuba menjadi pendengar masalah yang baik, menunjukkan sikap menerima sahabat seadaanya walau apapun dia, dan diiringi dengan usaha menasihat yang bersulam kasih dan sayang. Ia bukan idealistik, kerana memang memerlukan masa dan kesabaran. Bukan sehari dua--> Tada! Dah tak buat dah, asalkan aku dah tegur, lepas tanggungjawab. Ia usaha Sepanjang Hayat. Bukan juga menghukum dan mahu perubahan berlaku di depan mata.


Siapa tahu, kalau bukan hari ini dia berubah, di satu masa dia terfikir kembali apa yang pernah kita nasihatkan dengan baik, hatinya terbuka untuk berubah. Perubahan menuntut pengorbanan masa dan kefahaman. Bukan di tangan kita, bila tiba masanya, Ia akan tiba. Kita hanya perlu USAHA untuk membantu. Hubungan yang baik juga terus kekal dan kita akan lebih dihormati.



Kumpullah kekuatan - Luahan seorang sahabat yang pernah bercouple..

Mengumpul kekuatan untuk berubah memerlukan kawan-kawan yang membina, meyakinkan kita yang kita mampu berubah. Memberi semangat- Jom kita sama2 tinggalkan perkara ini. Kita semua kuat. Kalau kita baik,melayan sahabat dengan sebaiknya, orang akan suka pada kita dan cenderung untuk minta nasihat dr kita. Di ketika ini, sama-samalah kita saling beri kekuatan satu sama lain untuk berubah bersama-sama menjadi lebih baik.


Saya pernah mendengar satu luahan hati seorang sahabat ini..

Dia pernah bercouple dengan seorang lelaki. Dalam tempoh berkawan, sesekali dia terfikir, "Apakah yang aku lakukan ini betul ?". Sesekali bila mendengar atau membaca hal-hal yang berkaitan dengan tegahan ikhtilat, hatinya terdetik untuk berubah, tapi tak punya kekuatan untuk meninggalkannya lagi. Dalam hatinya, ada rasa kurang selesa dengan apa yang dia buat tetapi adakah aku patut clash atau apa sebenarnya yang patut dibuat? 

Dalam pada itu, beberapa sahabat dan senior yang dapat menghidu yang dia bercouple seringkali memerli dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Mereka tidak menegurnya secara direct, cuma memberi 'hint' yang kami tak suka apa ko buat dengan perlian dan wajah2 seolah-olah mengejek bila ada message masuk ke hpnya, atau seseorang menelefon. Sahabat ini merasa sangat sedih. Ada ketikanya dia merasa dirinya sangat kotor dan teruk, yang mana mungkin tiada harapan untuk berkahwin dengan lelaki yang soleh. Lebih-lebih lagi bila dia mendengar seorang kawannya berkata,

 "Kita kalau boleh taknak kawin dengan orang yang pernah couple-couple ni" dan
"Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik"

Satu hari, ketika itu di Library, seorang senior menyapanya dan bertanya khabar. Lalu, dia memberanikan diri menceritakan kisahnya pada senior ini. Senior itu tidak marah atau terkejut, sebaliknya tersenyum dan memujuknya, mencerika kisah silam dirinya pula. Dia juga pernah terlibat, pernah bercouple. Bila sampai di luar negara(tempat dia belajar), dia rasa apa yang dia buat salah dan cuba mengumpul kekuatan untuk berubah. Esoknya exam, malam itu air matanya jatuh berlinangan kerana dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kerana baginya masih terlalu jauh, mereka tidak berfikir lagi untuk kahwin dan perpisahan adalah jalan yang dirasakan terbaik baginya ketika itu. Senior tersebut menasihatinya agar tanamkanlah kekuatan untuk berubah, awak boleh buat, lakukan dengan hati yang Ikhlas hanya kerana kasih dan takut kepada Allah. Bukan kerana manusia.

Akhirnya sahabat itu berjaya mengumpul kekuatan untuk berubah dan dia benar-benar telah bertaubat mahu meninggalkan apa sahaja yang pernah dibuat. The END.

Saya terfikir sesuatu,

Di saat kita merasakan yang kita telah menegur sahabat kita dan terfikir mengapalah susah sangat nak tinggalkan perkara tu, pernahkah kita terfikir,
'Berapa banyak air matanya yang mungkin telah jatuh kerana sakit hati dengan 
sikap orang-orang disekiling yang menekan, memerli dan mengejek tanpa sedar?'
Tidakkah kita berasa kasihan melihat sahabat yang bersedih hati ? 
Berapa banyak pula hubungan yang bakal retak, hati yang bakal membenci dan marah,
hanya kerana teguran kita yang kurang baik itu? 

 Kita rasa marah dan geram dengan sikap kawan kita yang melakukan ikhtilat tapi tidakkan kita terfikir, adakah kita mahu air matanya jatuh hanya kerana sakit hati dengan perbuatan kita? 

Biarlah air mata yang jatuh itu adalah kerana dia faham , dan benar-benar menyesal dengan apa yang telah dibuat. Ingin berubah. Air mata yang bakal menjadi saksi dihadapan Allah kelak. "HambaMu ini mengalirkan aku kerana dia Takut padamu Ya Allah. 
HambaMu ini takut dengan Api nerakaMu. Dia ikhlas ingin berubah keranaMU"
Segalanya bakal jadi SAKSI...

Ditakuti juga, selaku orang yg menegur, TANPA DISEDARI, kita merasa yang kita telah CUKUP BAIK dengan tidak melakukannya...

Kelemahan manusia itu berbeza-beza. Ada orang diuji pada sifatnya yang pemarah. Ada orang diuji pada keluarganya. Ada orang diuji dengan dugaan berikhtilat. Kita mungkin kuat di satu sudut, tapi lemah di sudut lain. Kawan kita juga begitu.

Seorang itu mgkin berikhtilat, tetapi kelebihannya dia seorang yang pemaaf dan lemah lembut.
Seorang itu mungkin juga tidak berikhtilat, tetapi dia seorang yang bengkeng, cepat marah dan kurang bersabar.

Isu berkaitan tegur menegur ini bukanlah hanya eksklusif untuk hal ikhtilat, tetapi juga melibatkan isu menutup aurat dan beberapa isu lain yang juga sensitif. Seorang junior pernah bersedih dan geram kerana dihantar mesej tentang auratnya dengan kata-kata berbaur makian dan mengutuk caranya berpakaian.Dia bertanya pada saya, apa yang saya patut balas kak?

Kata saya, balas aje kat dia, " Dah baca buku fiqh dakwah? Kalau belum, silala baca ya "
Saya sendiri rasa sakit hati dan geram membaca sms itu, sungguh tidak bersopan dan kasar bunyinya.

Segala Ayat Quran dan Hadis itu sumber rujukan utama kita dalam menegur, juga dalam memahami Ikhtilat, yang memerlukan kita menerima dengan berfikir, bukanlah membuta tuli. Supaya apa yang kita faham dan pegang dapat diasaskan dengan hujah yang kukuh dan penyerahan hanya pada Allah.

Akak pernah mendengar, semua manusia fitrahnya baik dan suka pd benda yang baik. Tugas setiap dari kita hanyalah untuk membantu orang lain untuk kembali pada fitrah dia. Begitu juga tugas orang lain terhadap kita.
Saling membantu untuk sama-sama berubah menjadi hamba yang terbaik itulah bagi akak yang terbaik, bukan hanya fokus pada satu-satu hal yang kita nampak zahirnya.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (QS 50, Qaf: 16)
Allah tahu kita ingin berubah, mohonlah kekuatan itu daripadaNya...

Oleh kerana saya juga sangatla banyak kelemahan, makanya saya mohon maaf jika ada kata-kata yang kurang baik atau mengguris hati mana-mana pihak. Niat cuma untuk bersama-sama memperbaik apa yang ada, di samping memperbaik diri sendiri.

" Dan barangsiapa berhijrah dijalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya(sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"- (An-Nisa' 100)

Ini cuma pendapat akak, mungkin orang lain pendapatnya lain. Apa-apun, akak amat setuju dengan pendapat awak di atas ni.

Thanks again untuk komen yang membina dan membuka mata. wassalam

Mungkin sahabat-sahabat lain punya pendapat yang berbeza, feel free to share..
JazakumuLLAHul Khayr.

Saturday, August 28, 2010

Barangkali Ini Ramadhan Terakhir Bagiku..

Menuai segala kesempatan baru harus difahami sebagai kesempatan terakhir. Seperti sabda Rasulullah SAW,


"Solatlah seperti solat perpisahan."

 Ya, ertinya solatlah seakan ini solat terakhir kita.Tidak ada yang tahu, apakah masih ada esok hari bagi kita atau tidak. Seperti sebuah perjalanan yang panjang, sesungguhnya hidup ini adalah kereta tua yang tidak pernah tahu bila ia akan berhenti. Ia terus berjalan, melalui apa sahaja yang ada dihadapannya. Segala yang disisinya melambaikan perpisahan. Tetapi tidak ada satupun orang mengerti bila ia akan berakhir...

 Setiap lambaian kehadiran, sesungguhnya adalah lambaian perpisahan. Kita hadir untuk kembali. Kita datang untuk pulang dan kita lahir untuk mati.

Ramadhan masih bersisa 12 hari..masih punya peluang untuk menampal kerompongan di sana sini...
Muhasabahlah.. Yang mana agaknya kita ?



"Ermmm..ko tak pandai lukis kartun, kalau kawan Arah* tu laju je", komen kakak saya.

Hehe, sebetulnya saya memang sangatla tak reti lukis kartun ke komik-komik ni. Macam jui dan beberapa jr lain, memang comel-comel je dia lukis.
Kalau saya lukis memang hancur, senget-benget segala.
Belajar Medik selama 6 tahun memang dah lama tinggalkan lukis-melukis ni, makanya skill pon dah berkarat dan terhasillah sesuatu hasil tangan yang agak hodoh.

Mintak maafla pada mata-mata yang mungkin sakit melihatnya. hik hik >_<

Sebenarnya saya ingin mempromosikan 1 buah buku. Nasihat tentang ramadhan yang menyentap hati dan membuatkan kita rasa sangat rugi jika keluar dari madrasah ramadhan ini bukan sebagai pemenang. Baru beberapa hari lepas selesai menghabiskannya. Kata-kata di atas saya ambil dari buku ini dan kartun ini jugak ideanya saya dapat selepas membaca buku ini. Kalau jumpa, belilah ya. 17 ringgit sahaja. Moga dapat manfaat. salam

* Arah adalah panggilan kakak saya, aka farah

Friday, August 27, 2010

Amacam, kita bila pulak?

Salam semua,

Dua hari lepas terbaca sesuatu...


Mereka dah buat, kita bila pulak ?


Di masjid orang berterawih, di rumah ada drama 'Ular Emas'..
Bulan Ramadhan jangan lupa baca quran, di TV 'Jangan lupa lirik' memang rancak..
Promosi Ibadah janganlah diremehkan, promosi memasak cubalah kurangkan..

Media mendidik mampu mengubahnya..
Ia bukan mustahil..Ia MISI jangka masa panjang kita !



Kalau ada iklan macam ni kat TV kan ke molek ?

Monday, August 23, 2010

Kempen Mari Ikhtilat di kacaTV anda !

"Tu la, contohnya, kalau cikgu2 bagi karangan suh pelajar antar esoknya, esok bila mintak- Mana kerja umah semalam? .. Ha, tak buat ?! Berdiri atas kerusi ! ,
saya rasa kita tak boleh buat macam ni, patutnya kene nasihat baik-baik dulu, bagitahu kenapa pentingnya buat kerja rumah, bukan menghukum je ".

Saya mengangguk, " Betul cikgu, setuju ! ".

Semalam terserempak dengan cikgu Sardi di kedai buku PKNS Bangi. Sudah 6 tahun tak berjumpa dengan beliau. Cikgu Geografi dan BM saya sewaktu di Maahad dulu.

"Carik buku apa cikgu ? ".

"Buku pemulihan, kita nak kene tukar sistem belajar ! ".

Saya terkesima. Cikgu Sardi sudah lebih 5 dekat umurnya, semangatnya masih kuat, tidak pernah padam.

Teringat lagi belajar geografi dengan cikgu. Kelakar, memang kelakar ! Semua benda jadi mudah nak faham, geografi jadi subjek yang menarik nak belajar, bukan sekadar teori dan hafalan. Rindu nak belajar dengan cikgu lagi.

_________________________________________________________________________

Pulang ke rumah, saya terfikir sesuatu. Apakah kita lebih mementingkan hukuman daripada pemulihan ?

Apabila kes-kes buang bayi semakin menjadi-jadi sekarang, kerajaan ingin mengubah hukuman kepada hukum gantung. Di akhbar hari ini pula, ujian DNA akan diwajibkan. Di satu sudut, ramai yang mengatakan,

"Ha, padan muka, biar orang takut sikit nak buat benda-benda tak senonoh !".

Benarkah hukuman ini dapat membantu menangani masalah yang timbul ?

__________________________________________________________________________

 Sewaktu di sekolah menengah, saya tidak duduk di asrama. Satu kelebihan yang saya lihat bagi mereka yang duduk di asrama, ada usrah-usrah yang dibuat untuk pelajar-pelajar. Kawan-kawan di asrama ramai yang ada buku usrah. Saya macam agak jeles melihat ramai kawan-kawan ada buku usrah hehe. Tercatat macam-macam perkara yang menarik, banyak yang tak pernah saya dengar.

Dalam hati, "Teringin jugak nak ada buku usrah..".

Makanya setiap hari, seawal pukul 6.00pagi saya akan duduk di depan TV untuk menonton Laman Nurani. Semua saya catat. Ada artikel-artikel segmen agama di surat khabar Berita Harian saya akan koyak dan simpan. Bagi buku nampak tebal. Hehe. Saya pun tak tahu mengapa saya buat begitu, tapi buku tersebut masih saya simpan hingga sekarang. Buku 'Usrah' sorang-sorang saya dengan tv selama beberapa tahun di sekolah menengah. Kelakar jugak bila fikirkan balik.

Buat apa ceritakan perkara ini?

Setelah dibelek-belek kembali segala perkara yang pernah saya catatkan, catatan yang bersumber dari media cetak dan elektronik, penekanan tentang pentingnya batasan dalam hubungan ternyata sangat sedikit. Boleh kata, macam takdelah ! Perkataan Ikhtilat tak pernah saya dengan sehinggalah saya sampai di Jordan !

Yang saya tahu tak boleh berkawan dengan lelaki berlebih-lebihan iaitu tanpa batasan. Budaya di sekolah agama mengajar begitu. Pelajaran indirectly dek kerana terteranya perkataan AGAMA di nama sekolah saya. Makanya, kalau tangga ada asing lelaki perempuan, kalau bercakap mata jangan memandang terus, jalan pula perlu menunduk. Belajar dengan melihat keadaan disekeliling. Kurang pasti di asrama bagaimana, tapi itulah budaya ketika di sekolah. Sekolah agama. Tingkatan 4 mendapat tawaran di KISAS, melihat saja pada gambar yang tertera, saya agak terkejut. Wah, tudung perlu macam ni labuhnya. Mesti bulat seperti cendawan ? Hehe fikiran saya yang memang kebudak-budakan. Ada pula ura-ura dan cerita-ceriti yang mengatakan di KISAS tak boleh pakai beg sandang belakang, kalau bercakap dengan lelaki perlu Babul Liqo'(di balik pintu) dan macam-macam lagi. Biah di sekolah agama kata mereka. Baju semua telah ditempah, tetapi akhirnya atas sebab-sebab tertentu saya memilih untuk tinggal di Maahad.

Pelajaran ikhtilat di sekolah agama bagi saya lebih mementingkan praktikal(apa yang patut dibuat) berbanding pemahaman tentang mengapa perlu dibuat begitu. Kalau tak buat, mungkin ada yang marah dan menegur tanpa memahamkan tentang hikmah disebalik segala suruhan ini. Saya tidak memahaminya sehinggalah saya datang ke Jordan. Lebih menyedihkan, waktu itu saya juga tak tahu yang saya tak faham dan apa yang patut difahami !Aduhai...

Bila kita lebih mementingkan praktikal dan hukuman, maka akhirnya ketidakfahaman akan menyebabkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku menjadi berlanjutan. Sekejap sahaja tidak dibuat, bila ada peluang, mungkin akan dibuat. Bila ada orang nampak mungkin tidak dibuat, bila tiada orang ?

Diumpamakan seperti yang cikgu Sardi berikan contoh di atas. Kita minta pelajar buat kerja rumah dan kerja rumah tak disiapkan, kita tambah lagi hukuman. Cubit, naik atas kerusi, tampar atau sebagainya. Maka akhirnya apa yang mereka faham,

Kita jangan tak siap keje rumah sebab nanti cikgu akan marah, nanti kene berdiri atas kerusi.

Adakah betul konsep ini ?

Kita tak boleh buang bayi sebab nanti kene hukum gantung, makanya janganlah kita buang bayi !

Tapi mama pula kata, kenekan hukuman pun tak jalan, sebab budak sekarang dah tak takut cikgu, dan dah tak boleh rotan-rotan, cubit ke, nanti silap-silap hari bulan cikgu yang dibawa ke balai ! 

Akan ada kesudahankah kalau begini ?
___________________________________________________________________________ 
Rancangan di TV memang banyak, hanya perlu bijak memilih..

Lihatlah rancangan-rancangan di tv, berapa banyak rancangan agama yang ada ?

Dari kuantiti yang ada pula, berapa banyak yang pernah menyiarkan pentingnya batasan dalam hubungan ?

Selama sebulan saya di Malaysia, selama semakin banyaknya kes-kes pembuangan bayi yang berlaku, saya rasa tiada atau kalau adapun sangat-sangat kurang rancagan yang menekankan pentingnya menjaga batas dalam hubungan. Kurang juga yang memahamkan betapa perlunya memahami Islam untuk kita bendung nafsu, menyelamatkan manusia daripada menjadi hamba kepada nafsu.

Yang banyaknya apa ?

Yang banyaknya drama-drama, rancangan realiti, masak-memasak dll. Drama kehidupan manusia, bertudung tetapi berpegangan tangan. Salutan tudung dan baju melayu lambang cinta suci, drama ana enti corak Islam, tetapi mesej Islam hilang ntah kemana dek kerana cinta sesama manusia yang dilebihkan. Ibu ayah membenarkan anak mereka keluar dengan jejaka idaman, lambang open-minded dan perlu kenal-kenal 'lebih rapat' sebelum melayari bahtera perkahwinan.

Cooop !! Berhenti seketika pula untuk memberi laluan pada iklan..

Iklan ubat gigi yang memaparkan seorang gadis yang ingin flying kiss 'harumnya' disambut oleh sang jejaka. Akhirnya dia gembira kerana flying kiss-nya disambut dengan mesra, mata bertentang mata dan senyum tertawa bersama.

 Disambung pula dengan iklan minyak wangi yang membuktikan dengan haruman yang wangi ini, si gadis dapat menambat hati jejaka pilihan, lalu menari bersama-sama disamping hadiah minyak wangi yang diberikan oleh jejaka idaman.

Iklan tuala wanita pula bersilih ganti, tanpa segan dan silu si gadis menari-nari lambang kecergasan dan keselesaan.

Malu ? Mengapa perlu malu, inikan masyarakat kita , masyarakat bebas tanpa batas, yang pentingnya jangan buat perkara tidak senonoh, khalwat nanti bakal ditangkap dan dikenakan denda, kalau berzina kita bakal malu, siapa mahu tanggung malu ? Kalau buang anak, nanti kene hukum gantung !

Doktrin..doktrin..doktrin...sejak kita pandai menonton tv, kita diajar tanpa sedar...

Muda-mudi perlu enjoy, mesti ada boyfriend, mengapa tiada girlfriend ?
Hidup kita sekali, mesti bebas, jangan disekat, jangan jadi hipokrit !

Kita diminta jangan buat perkara tidak senonoh, tapi dari mana pula punca perkara tidak senonoh ini?
Hubungan bebas yang 'janganlah terlalu bebas' itu dibolehkan pula ?

Aduhai Malaysiaku....
______________________________________________________________________________

Bila kita lebih melihat kepada kesan yang bakal timbul dan cuba menjadi reaktif, mencari jalan penyelesaian,
adakah anak-anak, muda mudi, mak ayah, datuk nenek faham tentang pentingnya batasan dalam perhubungan, atau hanya terfikir kesan disebalik perbuatan ini ?

Pulanglah pada akar umbinya, mengapa-kita-menjadi-seorang-MUSLIM itu lebih perlu difahami. Bila kita faham tentang apakah yang Islam ajarkan tentang hubungan sesama manusia, mengapa ia perlu begitu, yang faham akan mencetus tahu, dan mahu.

Perubahan perlukan pemahaman, bukan semata-mata penyabitkan hukuman...
Islam dah bagi jalan, tinggal nak guna atau tidak..Melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Hari ini kita di bawah, menjadi rakyat, melihat bagaimana satu isu ditangani, kita harus sedar, satu hari mungkin kita di atas sana, maka pelapis perlulah bersedia dari sekarang, bersedia mencetus perubahan dalam masyarakat.. perubahan yang perlu bermula dengan diri kita...

Ayuh, binalah kefahaman dari sekarang ! JOM !

Saturday, June 12, 2010

Formula 5 K - adakah kita terlibat ? (2)

Salam semua...

Harap semuanya sihat-sihat belaka. Ok kita sambung balik K yang belum dihabiskan...

K yang ketiga...

KOMPUTER

Dr. Aric Sigman *, an Associate Fellow of the British Psychological Society and a Fellow of the Royal Society of Medicine has done a research on how those social-networking site would effect our life, negatively. He said,
 "Websites such as Facebook set out to enrich social lives, but end up keeping people apart"


Is it true? I supposed, indirectly it may..


He added..
"It's not that I'm old fashioned in terms of new technology, but the purpose of any new technology should be to provide a tool that enhances our lives"




Pernah tak kita terfikir...


"where this is all leading us to?"

Dengan facebook dan twitter kita boleh tahu apa yang dilakukan oleh kawan-kawan dalam friends list kita.
And indeed, not surprising, infact everybody knows..

"Setiap perkara yang kita lakukan memberi impak pada diri dan kehidupan sekeliling"

Saya terfikir..

Setiap perkara yang saya tulis di 'status' atau 'share',  adakah ia memberi manfaat untuk diri dan orang lain ?

Contohnya sekiranya saya menulis -
 "Semalam pegi shopping di Mecca Mall, kedai kasut Tutu and Mimi sangat murah, 
siapa nak beli kasut murah, bolehlah beli kat situ ! "

atau saya menulis -
" Yeeeyy, bestnya dapat kasut baru, dapat elaun bulan depan nak beli lagila ! "

Ini sekadar contoh...tapi..

Antara status A dan B, yang mana lebih informatif dan memberi manfaat pada orang lain?
Dan soalan kedua, adakah ia penting untuk orang lain tahu perasaan gembira kita membeli kasut baru?


Status dan setiap perkara yang kita tulis dan share sebenarnya dalam tidak sedar berjaya mencuri perhatian kawan-kawan di dalam friends list walaupun mungkin untuk membaca status itu hanya memakan masa cuma 2 saat !

Tapi, secara tak sedar kita juga telah berhabis banyak masa yang 'sikit-sikit lama jadi bukit', untuk membaca comment-comment dan membalasnya khususnya untuk hal-hal yang kurang penting untuk dikongsi.

Games yang tersedia juga sekiranya kita punya self-control yang kuat, ia tidak menjadi masalah. Malah ketika seorang sahabat Rasulullah bersama Hanzalah yang menuduh dirinya sendiri sebagai orang munafik kerana sikapnya ketika bersama Rasulullah tidak sama dengan ketika di rumah(bersantai bersama keluarga). Rasulullah swt bersabda kepada Hanzalah,

"Wahai Hanzalah! Jika engkau berterusan dengan sikap engkau ketika bersamaku, nescaya para malaikat akan bersalaman dengan kamu di jalan-jalan; akan tetapi wahai Hanzalah, seketika...(begini)...seketika...(begitu).." (HR Muslim)

Maksudnya ada masa kita memang wajib beribadah, tetapi hak-hak untuk dunia dan diri perlu juga ditunaikan. Ada masa kita boleh berhibur secara sederhana, ada masa boleh bergembira bersama kawan dan keluarga.

Tetapi, persoalannya, berapa ramai yang punya self-control yang kuat ini ? Rata-rata kawan-kawan yang pernah saya berborak tentang hal ini, mengatakan bila kita mula saja main games yang tersedia, ia akan jadi 'nak sambung lagi' dan  rasa 'susah nak berhenti'.

Cuba kita fikirkan, katakanlah kita meluangkan hanya 5 minit setiap kali melihat komputer, dalam sehari katakanlah 10 kali, yang bersamaan dengan 50 minit,  lebih kurang sejam sehari.

1 jam x 365 hari setahun = 365 jam
365 jam dalam setahun = 15.2 hari dalam setahun

katakanlah kita hidup 50 tahun,
15.2 hari dalam setahun = 760.4 hari dalam 50 tahun

760.4 hari = 2 tahun !

2 tahun kita telah menghabiskan masa HANYA untuk duduk di depan computer. Bayangkan kalau kita habiskan 2 tahun hanya duduk di depan computer, tanpa solat, makan, mandi, study, jalan-jalan dan sebagainya, mahu kejang jugak otot-otot semua, mata juga jadi kelabu asyik melihat komputer..^_^

Ini baru 1 jam sehari, mungkin ada hari-hari yang lebih dari sejam, jadi, berapa pulak tahun yang telah kita habiskan ?

Saya mengingatkan diri saya yang selalu leka dengan laman-laman ini, kawan-kawan macam mana?

Ia bergantung pada DIRI KITA SENDIRI..
Sekiranya kita gunakan laman-laman sosial ini dengan tujuan yang baik, berkongsi maklumat penting, info-info semasa terkini, mengingatkan kawan-kawan tentang hal-hal tertentu dengan niat yang betul untuk memberi manfaat pada diri dan orang lain...2 tahun itu adalah 2 tahun yang amat bermakna, ia 2 tahun yang bakal mengisi saham kita di akhirat nanti. Usaha itu di tangan kita, dosa & pahala Allah sahaja yang berhak menentukan.

Tetapi sekiranya 2 tahun itu adalah 2 tahun yang kita habiskan untuk berkongsi hal-hal yang tidak penting, borak-borak kosong, marah-marah, caci maki, luahan rasa atau apa sahaja perkara yang tidak seharusnya dijadikan tatapan umum...ia mungkin jadi 2 tahun yang kosong, tanpa bawa apa-apa pulangan untuk alam kekal, adakah ia berbaloi ?

Kita semua sudah tentu pernah terbaca tentang ramai orang yang tidak mendapat pekerjaan hanya kerana berkongsi kehidupan sosial di laman-laman ini. Ada juga kisah-kisah kawan makan kawan, kekasih makan kekasih. Bila kekasihnya curang, rasa geram menyebabkan gambar kekasih ditayang di FB, lalu kekasih lamanya jadi bahan cacian dan makian. Ramai juga yang terpedaya dengan kawan-kawan yang tidak dikenali. hmmm...i'm asking myself..

"where this is all leading us to?"



Saya tidak membenci FB, malah saya merasakan yang dengan FB lah banyak kawan-kawan lama yang dapat saya track back, plus mengetahui perkembangan terbaru kengkawan. Cuma terfikir sendiri, is there anything that i share which is not giving any benefit for my life hereafter? Adakah segala perkara yang saya kongsi memberi pulangan untuk hidup di dunia dan akhirat ?

Hmmm..
Gunakanlah nikmat yang Allah beri sebaik-baiknya....

"Antara tanda kemurkaan Allah
 ialah memBUANG MASA" **


Website Dr Aric..
* http://www.aricsigman.com/index.html

** Buku Nilai Waktu & Pengurusan Waktu dalam Hidup Muslim, terjemahan BM m/s 40
   karangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 


Boleh juga baca ni..
http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/7736311.stm
http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/7898510.stm

Sunday, June 6, 2010

Formula 5 K - adakah kita terlibat ? (1)



Salam semua,

Malam itu saya mendapat satu formula dari seorang sahabat di Malaysia. Formula yang menjentik hati. Kata sahabat saya,

"5 K ini amat penting untuk kita tahu, ini 5 masalah utama kawan-kawan kita di  IPT Malaysia".

Saya terkesima mendengar. 5 K ? Apa pulak tu ?

K yang pertama...
KULIAH



Semua kelas-kelas atau lecture lecture yang seharusnya jadi lembah utama untuk menadah ilmu seakan diambil mudah. Bak kata pepatah biskut chipsmore " Kejap ada, kejap takde". Agenda ponteng-memonteng kelas sudah jadi rutin harian. Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti 'sahabat sejati' dan 'pasukan penyelamat' yang diminta untuk menuliskan nama. Bukan sekali, bukan juga dua, malah berkali-kali.
Ini bukan isu basi, ini isu yang tak basi-basi, setiap tahun makin menjadi-jadi. Yang akhirnya, Siapa bakal makan hati dan makan diri kalau bukan diri sendiri ?

Mari kita ingat semula hadis nabi,

"ومن سلك طریقا یلتمس فيه علما سهل الله له طریقا إلى الجنة"

"Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga" - HR Muslim.

Kalau kita tidak bersungguh dalam belajar, bagaimana nak jadi seperti dalam hadis ni ?

K yang kedua....
KEKASIH


Dari teman biasa, jadi teman tapi mesra. Kemudian, dari mata turun ke hati dan akhirnya...

Terfikirkah kita...apakah agaknya punca isu buang anak semakin menjadi-jadi ?
Dari mana datangnya anak-anak luar nikah kalau bukan dari hubungan yang tanpa batasan...
Isu mencabul kehormatan juga semakin hari semakin menjadi-jadi..
Beberapa berita yang telah saya baca amat mengejutkan ...

Mengikuti lelaki yang baru dikenali seminggu dan kemudian dicabul kehormatan..
Berkelah dengan teman-teman lelaki dan perempuan disungai pada pukul 11 malam dan 
kemudian dicabul kehormatan....
Dan macam-macam lagi....
Mungkin kita terfikir, jauh sangat tu, tak mungkin kita akan buat macam tu !
Bila dibawa berbincang isu batasan dalam hubungan aka ikhtilat, ramai yang jadi bosan, tapi hakikatnya kita seringkali mengambil ringan perintah Allah dan nasihat Rasulullah tentang hal-hal yang kita anggap kecil di mata kita sebagai seorang manusia..tapi bukan ke sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit ?
Hatta pandangan mata kita harus dijaga, inikan pula lenggok bahasa, suara, pergaulan dan lain-lain yang berkaitan. Panggilan-panggilan manja buat 'kawan istimewa' bukankah boleh mengundang perasaan yang macam-macam dan membuka pintu-pintu syaitan untuk menghasut kita melakukan hal-hal lain yang tidak sepatutnya ?

Saya tahu, kamu tahu, kita tahu, mereka semua tahu itu salah, tapi mengapa agaknya untuk kita membuang sikap-sikap itu amatlah sukar ?

Kekuatan itu ada pada kita, cuma nak atau tak nak. Carilah kekuatan untuk mengubah diri, u will find what u look for, kalau kita memang bersungguh mahu berubah, Allah pasti akan membantu kita. Bukankah Allah lebih dekat dengan kita lebih daripada urat leher kita ini ?



وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (QS 50, Qaf: 16)


Duduk dulu dan fikirlah sejenak.....

Adakah kita terlibat dengan 2 K ini ? 

Tepuk dada, tanyalah diri kita...
Perjalanan hidup kita di dunia tiada siapa yang tahu sehingga mana..

Yang pastinya, hari ini telah berlalu sehari...maka tolaklah sehari dari usia kita, makin dekatlah dengan Maut yang bakal menjemput.

Mahu tunggu esok untuk untuk berubah ?

Esok belum tentu milik kita, tapi 'sekarang' adalah milik kita, maka, 
Ayuh, bergeraklah sekarang ! 





2 K dulu untuk kali ini, bersambung di entri seterusnya...insyaAllah

Wednesday, April 7, 2010

Simen dan batu,mana satu pilihan kalbu?

Salam kawan-kawan,

Moga sihat sejahtera. Cuaca tak menentu, kejap panas kejap sejuk.

Pernah main lego? Warna yang pelbagai, bentuk kecil dan besar. Memang seronok bina bangunan zaman muda-muda dulu. Sekotak besar penuh berisi, mungkin telah bersawang kini.

Lego classroom by benlego.p
Mengapa pula lego tiba-tiba jadi bahan bicara?
Ini kisahnya...

Beberapa hari lepas saya terjumpa satu status di facebook. Link kepada sebuah website.Terima kasih buat kawan yang memberi link ini. Memang dunia dan segala isinya semakin rancak dari hari ke hari.

Saya klik dan terpapar satu blog warga bumi mesir. Pemilik blog tidak disiarkan, blognya berkisahkan hidup-hidup pelajar di mesir, berita-berita terbaru dan kisah-kisah yang dirasakan menarik untuk dikongsi.

Entri yang baru dihantar beberapa hari lepas menceritakan tentang suatu majlis yang dijalankan di mansurah.
Gambar-gambar tersusun serta pelbagai caption yang dirasakan penulis sesuai untuk gambar yang disiarkan.

Saya yakin ramai di luar sana yang telah membaca blog ini. Apa komen anda? Ini cuma pendapat saya, yang baik jadi teladan, buruk jadikan sempadan.


Soalan saya : Bila dakwah perlu berhikmah, hikmah tu macam mana?


Allah Maha Adil. Setiap insan punya bahagian masing-masing dalam hidupnya. Hari ini saya gembira, esok lusa saya sedih. Semalam saya jatuh, esok lusa bangun kembali. Begitu juga insan lain, si aminah Allah uji dengan pelajarannya, si Ahmad Allah uji dengan akhlaknya, si Karim pulak Allah uji dengan keluarganya Anda bagaimana?

Ujian silih berganti, bukan hanya yang buruk di pandangan mata kita, yang cantik dan indah di mata kita juga satu ujian. Semua orang tahu tentang ini.


Saya bukanlah orang yang arif dalam bidang ini, tapi di satu sudut saya membayangkan seandainya diri saya di kalangan mereka-mereka yang terpapar gambarnya dan kisahnya di blog itu. Apakah agaknya perasaan saya?

Satu trend di zaman cyber, bila dunia menjadi tanpa sempadan, maklumat tinggal klik, nah dihujung jarimu! Pabila insan punya kuasa meluahkan apa yang terbuku di hati, lapik tiada, kurang tapisan, jadi hamburan dan makian. Dakwah dan agenda amar makruf nahi mungkar jadi taruhan.

Hari ini kita merasa kita betul, kita tidak buat itu dan ini,
"Mengapa mereka buat macam ini, dah macam-macam cara kita tegur, tapi tetap macam tu, jomlah buat secara terang-terang tegur, mungkin lebih efektif, lebih terkesan, 
tegur baik-baik nampaknya tak jalan"..

Kawan-kawan..ini 'pesan' ALLAH..

88:21
88:22

Kita ini hanya pemberi ingatan buat hamba Allah yang lain..
Hari ini kita mungkin tidak ditimpa Allah ujian sebegitu rupa, esok lusa siapa boleh meneka?
Rahmat dan Hidayah adakah di tangan kita?

Pernahkah terdetik di hati kita...

"Mengapa mereka tidak mahu berubah, jangan nanti ditimpa bala pula tempat ini"
"Perli saja, biar terasa sikit'.."Maki saja, bukan apa-apa" 

Gambarmu kutayang untuk tatapan umum,
 kisah kawan kan kupapar biar seluruh dunia dapat pengajaran. 

Bukalah kembali buku Dakwah Fardiyah Karangan Syeikh Mustapha Mahsyur..

1. MARHALAH PERTAMA:
Iaitulah marhalah yang awal yang mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (ta’aruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya terbuka dan bersedia memahami apa yang anda perkatakan mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Ini peringkat pertama. Peringkat pertama adalah membina hubungan yang baik. 
Adakah hubungan yang baik itu telah terjalin? 
Adakah hubungan baik akan terjalin dengan perli-memerli, kata-kata kesat merobek jiwa, aib kawanmu tidak kau jaga, kisah dirinya kau tayang segala?

Mungkin juga kata-kata diawal tadi akan diulang kembali...

"Dah tegur baik-baik,dah banyak kali, takde perubahan pun, jadi takkan nak biarkan je?!"

Patahkan balik 2 'pesan' ALLAH tadi buat diri kita, siapa yang berkuasa mengubah manusia? Bukankah hati manusia diantara 2 'jari' ALLAH ? Tugas kita apa? 

Bukalah buku-buku pedoman berdakwah dan kisah sejarah nabi, apakah yang terpapar? Itulah ikutan kita..

Bilakah akan berubah bukanlah ditangan kita, ia menuntut masa, ia menuntut kesabaran..
Kesabaran insan berjiwa hamba, sekejap ingat sekejap lupa..
Bukanlah tiket berlepas tangan..
Bukan juga tiket bersengseng lengan, menghambur kata makian, mencalarkan hati seorang teman..


Lihat indahnya ayat ILLAHI...

View Image61:4




Kukuhkah bangunan yang ingin kita bina?

ALLAH mengingatkan kita... Bina dengan tersusun ! Kita ibarat batu bata, berbarislah dalam barisan, umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh !

Siapa mahu Islam satu hari akan dijulang, kalimah Allah bergema, khilafah kembali terbina ?

Batu-batu yang dibina perlu disimen untuk ia melekat dengan kuat antara satu sama lain...
Simennya perlu rata, ramuannya perlu tepat, ia tak mudah runtuh, kukuh, berpanas berhujan..

Begitulah kita sebagai hambaNya, hubungan yang erat perlu dibina dahulu untuk menjadi kuat dan gagah..
Jika umat Islam tidak kuat, musuh Islam akan suka menyergah, seandainya diri kita tidak seperti binaan yang kukuh, kita akan punah, hidup kita kan musnah...

Binalah dahulu ikatan yang kukuh, tautan hati yang erat antara kawan dan teman, yang buruk kan jadi sempadan, yang baik kan jadi tauladan...

Amacam, nak main lego lagi tak?

Wallahu a'lam...

Wednesday, March 17, 2010

Maratib AMAL - Mulakan dengan DIRI INI..

Pesta khatan berkepit pondan..
2010/03/17

KUALA SANGLANG: Bagaikan kabaret. Perbuatan beberapa penduduk menari bersama mak nyah yang berpakaian seksi sambil meneguk air ketum bagi mendapatkan ‘mood’ berjoget lambak bersama pasangan dikesan di sebuah rumah penghuni Kampung Kuala Sanglang di sini, malam kelmarin.

Malah, sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan turut dilihat seolah-olah ‘lalok’ kerana kebanyakan mereka dipercayai berada di bawah pengaruh air ketum yang dikatakan turut disajikan sepanjang pesta kenduri kampung berkenaan....

Difahamkan, semua pondan yang berperwatakan tidak ubah seperti wanita itu dipercayai dibawa sebagai tarikan bagi tujuan pesta sempena majlis khatan yang diadakan pada sebelah pagi di rumah terbabit.
Bagaimana majlis khatan boleh menjadi sebuah pesta joget?                                          
Pemuda parah dibelasah dalam kawasan masjid
2010/03/17
     
KUALA TERENGGANU: Gara-gara kasih tidak kesampaian, seorang remaja lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan gadis dicintainya petang kelmarin.
Mohd Zulhafis Mohd, 19, dibelasah di sebuah masjid di Bukit Tok Beng, Seberang Takir, dekat sini, sebelum dibawa seseorang ke Klinik Kesihatan Teluk Ketapang untuk mendapatkan rawatan.
Rumah Allah sudah tidak dihiraukan ?










KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.
Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu...
sumber : Harian metro, 8 Mac
Perogol JUNIOR, 11 dan 12 tahun??
_____________________________________


Apakah agaknya yang berada di kotak pemikiran adik-adik dan sahabat-sahabat kita di malaysia?


nafsu? hiburan? suka ria?


Jatuhnya Zaman Abassiyah kerana mengejar hiburan dunia yang melampau..


Jatuhnya Turki Uthmaniyyah kerana tangan-tangan kotor musuh Islam, mereka mahu kita hancur berkecai, biar umat Islam jadi abu, biar jadi ibarat buih-buih di lautan..


Biar Umat Islam itu banyak, penuh membanjiri, tapi jatidiri mereka hilang, hidup mereka tiada tujuan, matlamat mereka hanya kepuasan nafsu serakah semata..


“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)…”(QS. an-Nisa’: 89) 

Zaman yang berubah mengakibatkan kesesatan umat semakin melampau-lampau, 
Sedih, cukup sedih..ramai saudara-saudara seIslam kita di Malaysia tidak sedar akan hal ini..


Zaman berubah, tanggungjawab juga bertambah..


Hari ini kita melihat hal-hal ini berlaku pada bahu insan lain, esok lusa siapa tahu takut-takut ia melibatkan keluarga kita? Selamanya di akhbar memaparkan kisah orang lain yang tiada talian darah dengan kita, kita baca dan mengucap panjang atas apa yang berlaku, tapi apa pula tindakan kita selepas itu? Kadangkala saya juga bertanya pada diri sendiri, apa yang boleh saya buat untuk mengubahnya? 


Peredaran zaman menyebabkan kita hidup dalam lingkungan talian darah semata, atau juga atas dasar bangsa, tapi atas dasar aqidah bagaimana pula? 


Penjajah British yang memerintah negara kita dulu mahu kita ini amik pusing bila ia hanya dalam lingkungan daerah kita sahaja, tanah kita dipecahkan kepada negeri-negeri yang kecil. Ini seperti mana juga yang mereka lakukan pada khilafah Islam dulu. Manusia dipisahkan atas lingkungan geografi ! Hilang sudah cakna atas dasar aqidah. Mungkin kerana inilah bila mana kita mendengar berita-berita seperti di atas, cakna kita hanya seminit dua, naik dan turun, tiada istiqomah..


Pandanglah cermin itu, tanyakan pada diri ini..


Adakah aku benar-benar menyayangi Islam?
Adakah aku bangga menjadi umat Islam?
Adakah aku sayang Allah dan Rasulullah dengan sebenar-sebenarnya?


Kita jawab dengan tulus dan seikhlasnya..


Setiap hari aku ke universiti, aku berjumpa kawan-kawan, belajar sesuatu kemudian pulang, aku makan, aku minum, aku solat, kemudian malamnya aku tidur..adakah aku bangga dengan diriku sebagai umat Islam..aku bangga jadi umat Penghulu segala nabi, kekasih Allah?


Saban tahun kita pulang ke Malaysia, pasti buah tangan dibawa bersama untuk diberi kepada keluarga tercinta, rasa sayang dan kasih menyebabkan kita tidak pernah lokek untuk memberikan yang terbaik untuk orang-orang yang dikasihi..duit?tidak kuhirau habis berapa saja..masa? akan kuluang sehabis baik..


Dengan Allah, adakah aku sayang lebih dari itu?
Sayang Allah, segala tindak tanduk kita dalam linkungan yang disukai Allah..
Sayang Rasulullah, rutin harian sumber rujukannya dari sunnahnya...
Sayang Islam, syariat menjadi landasan, ia di dalam hati, bukan hanya praktikal..


Kewajipan kita sebagai khalifah bumi Allah ramai yang tahu tentang ini..
Tapi hakikat sebenar disebalik tanggungjawab besar ini ?


Sekiranya kita hanya akur denganNya atas nama kewajipan, kewajipan setiap hari akan bertambah, bila mungkin datangnya kewajipan-kewajipan lain, kita jadi keliru, mana yang patut ku dahulukan?


Namun, sekiranya rasa bangga dan kasihnya pada Allah, Rasulullah dan agama ini yang menjadi tunjang, maka rasa sayang yang mendalam itulah yang menyebabkan kita mahu terus memberi sebanyak-banyaknya..lebih dari kasih dan sayang pada keluarga, saudara-mara, anak, suami dan isteri..


Rasa kasih dan sayang membuatkan kita mahu berkongsi segala-galanya tentang Islam dan cara hidup muslim itu dengan orang lain, bukan atas dasar bangsa, bukan atas talian darah semata, tapi atas landasan aqidah yang satu...


Imam Hasan Al-Banna meninggalkan nota-nota perjuangannya buat tatapan kita..ia hasil daripada apa yang ditinggalkan Kekasih Allah, Rasulullah..


Beliau menyusun maratib amal(fasa-fasa amal) yang 7 semuanya..supaya kita jelas dari mana harus kita bermula..
















1. Individu Islam
2. Keluarga Islam
3. Masyarakat Islam
4. Kerajaan Islam
5. Negara Islam
6. Khilafah Islam
7. Memimpin Alam

Segala-galanya bermula dari sekecil-kecil unit..dari diri kita..


Jika hari ini kita mengeluh panjang mendengar kisah-kisah masyarakat di tanahair..








dari mana mahu kita mulakan untuk mengubah masyarakat?..ia bermula dari keluarga yang sihat sejahtera. Sejahtera dari maksiat, Islam menjadi rutin hidup, sihat dari nafsu jahiliah dan terhindar dari hidup berhibur semata..


dari mana pula mulanya keluarga yang sihat sejahtera ini? Tidak lain ia dari..
 diri kita yang satu ini..

Ubahlah diri kita untuk jadi sebaik-baik muslim...


“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya
kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan 
dicintai Allah dan Dia ampunkan 



dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31).

Sekiranya kita cinta pada Allah, maka untuk mengikut jalan yang lurus itu  akan jadi lebih mudah, bukankah itu permintaan kita sekurang-kurangnya 5x sehari?

Ihdinas sirootol mustaqim..tunjukkan aku jalan yang lurus Ya Allah..

Sekiranya kita terpilih untuk berada di jalan yang lurus itu, maka kita bakal jadi insan yang dicintai Allah, bukankah itu yang kita pinta juga sekurang kurangnya 5x sehari?

Sirootollazii na an'amta 'alaihim...jalan yang kau berikan nikmat padanya ya Allah, jalan yang mana pengikutnya kau cintai ya Allah..

Dan dosa-dosamu itu bakal diampunkan Allah.. dosa-dosa yang bagaikan butir-butir pasir di lautan..yang banyak itu bakal diampunkan???

Dengan syarat Siraatal Mustaqim itulah yang jadi buruanmu.....

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Jalan yang lurus itu bukanlah dihiasi lampu-lampu gemerlapan, bukan juga enak dibuai mimpi indah, mewah segala, senang lenang duduk tidur bertilam bantal empuk..

Ia sakit, ia pahit, ia perit dan penuh liku, tapi kesakitan inilah jadi pulangan yang indah di alam kekal abadi..

Bukanlah mujahadah itu asalnya juga dari perkataan jaahada yang bermaksud susah(to strive) ?

Yang susah itu bakal jadi mudah, dan ia tidak mustahil selagi DIRI INI mahu mengubahnya..

wallahu a'lam...