Tuesday, March 9, 2010

Sabar dulu..nanti menyesal kang..

Salam kawan-kawan,

Apa kabar semua?Harap sihat-sihat sahaja. Sedang saya surf2 you tube tiba-tiba terjumpa video ni..
kalau belum tengok, bolehla tengok..nampak simple tapi..
  ada sesuatu yang saya dapat..



Moral of the story :
Tak baik buruk sangka sebelum diteliti..jgn cepat melatah dan perlu belajar banyak bertenang..hehe




Artikel di bawah ni terjemahan seorang ustaz(http://www.abuanasmadani.com/?p=125) dari..


PERUTUSAN HARI RAYA 1422H DARI MIMBAR MASJID RASULULLAH SAW



Oleh: Sheikh Dr. Abdul Bari ‘Awad Ath-Thubaiti (Imam Masjid An-Nabawi)



Terkedu juga membacanya..memang nak sentiasa husnu zhon bukan suatu yang mudah tapi itulah sebenarnya yang terbaik buat kita..memang nampak panjang tapi worth to b read..sama-sama muhasabah..




HUSNUZZAN (BERBAIK SANGKA)
SESAMA MUSLIM
Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda.
Sama-samalah kita berlumba membuat kebajikan dan amalan soleh serta memperbaiki diri sebagai bekalan untuk hari esok sebagaimana firman Allah Ta’ala (yang bermaksud): “Hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera”.[Surah Asy-Syu’ara’ 88-89]
Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan syariat) Islam, iaitu berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah, berkasih sayang dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk mengekalkan hubungan dan ikatan sesama insan seteguh cerucuk yang ditanam dan sekukuh bangunan yang dibina, kita hendaklah bertemu manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih dan muka yang manis. Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia, menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang, pegangan (aqidah) dan perkataan mereka.
Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang tercarik dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas.

Banyak kedengaran dalam majlis perbincangan umum ataupun khusus, tuduhan-tuduhan seperti; ‘pulan bermaksud begini’, ‘niat si pulan begini’, ‘maksud perbuatan atau perkataannya begini’… perkara seperti ini, semuanya lahir daripada buruk sangka yang merosakkan, menyalakan perasaan dengki dan kebencian, meruntuhkan hubungan baik masyarakat, menggoncangkan keutuhan ukhuwwah, memutuskan tali kekeluargaan, menanamkan sifat ragu dikalangan individu dan masyarakat. Bahkan berapa banyak yang telah kita dengar peristiwa besar dan bencana yang menimpa berpunca daripada sangkaan jahat (su’ uzzan) yang diletakkan bukan pada tempatnya.

Apabila penyakit su’ uzzan menular ke dalam diri, ianya akan membawa kepada; terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang, suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik rahsia keburukan orang. Kerana itu kita lihat orang yang bersikap su’ uzzan sering berkata: “Saya akan cuba memastikan kebenaran perkara ini”, maka, dia mula mencari rahsia dan kemungkinan dia akan mengumpat. Mungkin juga, dia akan menyebut saudara muslimnya dengan perkataan jahat maka dengan itu dia telah melakukan dosa yang berganda dan maksiat yang merosakkan. Di sini tersembunyi satu bahaya apabila hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka su’ uzzan, maka sangkaan menjadi asas kepada kasih sayang atau kebencian terhadap seseorang. Semua ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah.

Menebalnya sikap prasangka su’ uzzan akan menjadikan manusia mudah melemparkan tuduhan terhadap sesama mereka, kemudian tidak akan ada lagi sikap saling percaya-mempercayai, bahkan mereka akan sering berbalah-balahan, tidak bertegur sapa dan memutuskan hubungan, ini merupakan suatu sikap yang akan membawa kepada hilangnya kekuatan dan keutuhan umat.

Zan atau sangkaan terbina di atas asas agakan atau satu perkataan atau amalan yang diragukan. Zan akan menjadikan seseorang menurut perasaan di dalam dirinya yang suka membuat tohmahan terhadap saudaranya, maka dengan itu Zan akan menguasai dirinya juga cara pemikirannya. Sehingga kamu akan dapati orang yang bersikap prasangka akan merasakan seseorang yang disangkakan tidak baik itu telah melakukan kesalahan yang banyak berdasarkan khayalan sangkaannya hasil daripada sikap buruk sangkanya terhadap saudaranya.

Bahkan sehingga salam yang diucap oleh seorang muslim kalau telah dilingkungi oleh prasangka, boleh dianggap sebagai ejekan atau celaan, demikian juga dengan senyuman akan dianggap sebagai perlian atau sinisan, pujian dan pemberian hadiah juga boleh disalah ertikan dengan berbagai anggapan yang akan membawa kepada perbalahan dan perselisihan.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain”. [Al-Hujurat: 12].

Ayat ini menunjukkan perintah supaya menjaga kehormatan orang muslim dengan sebaiknya kerana ianya didahului dengan tegahan daripada bercakap tentangnya dengan sangkaan. Kalau orang yang berprasangka mengatakan: ‘Saya akan kaji dan selidik’! Katakanlah kepada mereka: “Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain”. Jika mereka berkata: ‘Saya telah pastikannya dengan tidak mencari keaiban’. Katakanlah: “Janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain”.

 Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan”. Seruan kepada orang-orang mukmin, menyeru agar jangan biarkan diri mereka menjadi mangsa kepada semua yang terlintas dalam hati yang sering menyangka, syak dan ragu-ragu terhadap keadaan orang lain. Dengan ini Al-Quran telah membersihkan hati dari terkena kotoran prasangka yang akan membawa dosa, biarlah hati terus bersih daripada sebarang syak dan keraguan, bersih perasaannya terhadap saudaranya. Alangkah indahnya hidup di dalam masyarakat yang bersih dari prasangka.

 Berkata sebahagian ulama’: “Perkara yang membezakan syak atau sangkaan yang mesti dijauhkan daripada yang sebaliknya ialah setiap keraguan yang tidak ada tanda yang sahih serta sebab yang nyata adalah haram, wajib dijauhi. Iaitu jika sekiranya  seseorang itu dari kalangan orang yang baik atau yang tersembunyi kejahatannya, seorang yang tampak amanah pada zahirnya, maka meyangka jahat terhadapnya adalah haram. Ini berbeza dengan orang yang telah terkenal dari kalangan manusia yang sering melakukan perkara yang meragukan atau melakukan kejahatan secara terang-terangan”.

 Ini kerana kebanyakan ulama’ berpendapat: “Tidak boleh berprasangka buruk kepada orang yang zahirnya tampak baik dan tidak mengapa berprasangka tidak baik terhadap orang yang
 zahirnya tampak tidak baik”.

 Dari Sa’id bin Al-Musayyib rh katanya: ‘Telah menulis kepada saya beberapa orang ikhwah daripada sahabat Rasulullah saw: Hendaklah engkau meletakkan urusan/perkara saudara engkau di tempat yang sebaiknya selagi kamu tidak didatangi oleh perkara yang menurunkannya dan jangan kamu menyangka satu kalimah yang keluar daripada seorang muslim itu tidak baik sedangkan kamu masih ada peluang untuk menjadikannya baik’.

 Manhaj ini sangatlah dituntut apabila berdepan dengan orang yang mempunyai kelebihan dan kebaikan (ulama’, pendakwah dan lain-lain), ini adalah termasuk dalam fiqh Al-Maqasid dan niat, yang mungkin tidak disedari oleh setengah golongan, menyebabkan mereka sering menjatuhkan hukuman salah ke atas orang lain dengan tidak mengambil kira keadaan, niat dan tujuan orang tersebut. Mungkin kesalahan itu merupakan satu perkara yang tidak disengajakan dan beliau tidak bermaksud dengan kejahatan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ibnu Al-Qayyim rh dengan katanya: 

“Satu kalimah yang sama, diucapkan oleh dua orang yang berbeza, seorang bermaksud dengan kebatilan dan seorang lagi bermaksud dengan kebenaran, yang diambil kira (iktibar) ialah cara, pemikiran, mazhab dan ideologi yang didokong oleh orang yang berucap juga pegangan yang dipertahankannya”.

 Kerana itu tidak dihukum kafir seorang yang kerana terlalu gembira sehingga tersalah mengatakan: ‘Ya Allah, Engkaulah hambaku dan akulah tuhanMu’, kerana dia tidak bermaksud menjadikan dirinya sebagai tuhan.

 Sheikhul-Islam Ibnu Taimiyah rh menukilkan tulisan orang yang bercanggah dengan pendapatnya kemudian beliau mengatakan: “Kalam ini terlalu umum, orang yang inginkan kebenaran akan meletakkannya di tempat yang baik dan sebaliknya orang tidak menginginkan kebenaran akan memasukkan (menambah, menafsir, mentakwil) nya dengan bermacam-macam…”.

 Inilah manhaj yang tinggi, sikap terbuka yang telah diterima oleh As-Salafussoleh… adil dan insaf yang telah digariskan oleh ulama’ ummah… mereka telah meletakkan perkataan yang mengandungi berbagai maksud di tempat yang baik… melapangkan dada yang terbuka, bebas dari pengaruh hawa nafsu, baik diri dan menasihati ummah… di mana kita dengan manhaj ini?

 Bukan dari manhaj salaf menambah (menafsir, menghurai..) kan lafaz (yang tidak disebut) sehinggakan mengubah maksud, gembira dengan menyebarkan kesilapan orang dan bermuamalah sesama muslim dengan su’  uzzan, sangkaan jahat.

 Sebahagian daripada prasangka ialah meletakkan perkataan dan perbuatan orang lain di tempat yang tidak baik iaitu dengan membesarkan kesalahan dan memandang mereka dengan penuh tohmahan, tanpa meneliti sebab atau mencari keuzuran, setiap perkataan yang boleh ditafsir dengan maksud yang baik dan tidak baik, akan diambil yang tidak baik…Subhanallah! Bagaimana mereka menghukum dengan menafsirkan niat dan tujuan dalam diri orang lain?.

 Sesungguhnya perkara yang tersembunyi dan rahsia dalam diri untuk memuhasabahnya adalah ciri-ciri yang hanya tertentu bagi Allah swt Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia. Adapun manusia tidak ada hak baginya ke atas saudaranya kecuali amalannya yang zahir, inilah amalan Salafussoleh yang terdahulu, yang telah penuh hati mereka dengan didikan Islam yang sempurna lagi bersih.

Sheikh Abdur Razzaq Radhiallahuanhu telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud katanya: Aku dengar ‘Umar bin Al-Khattab ra berkata: 
“Bahawa sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah saw diberi penjelasan dengan wahyu dan wahyu telah terputus, kita sekarang hanya boleh mengambil kira perbuatan yang zahir daripada amalan kamu, sesiapa yang menzahirkan kepada kami kebaikan kami akan percaya dan dekat dengannya, tidak ada hak bagi kami mencampuri perkara yang tersembunyi, Allah akan menghisabnya. Sebaliknya sesiapa yang menzahirkan kejahatan kami tidak akan mempercayai dan membenarkannya, walaupun dia berkata niatnya baik”

Maka setiap muslim hendaklah memuhasabah dirinya dengan setiap kalimah yang diucapkannya atau suatu hukum yang dikeluarkannya, sentiasalah mengingati firman Allah Taala (yang bermaksud): 

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang perkara yang dilakukan”. [Al-Isra’ 36].

Su’ uzzan atau sangkaan buruk terjadi daripada beberapa sebab, yang paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu dibesarkan dalam suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, buruk sangka, sama ada di rumah atau bersama kawan-kawan, menjadikannya berniat tidak baik dan mempunyai hati yang busuk.

Sesiapa yang mengikut hawa nafsu akan membawanya kepada perasaan zan dan sangkaan dusta, kerana kasihkan sesuatu akan menjadikannya buta dan tuli dan apabila seseorang cenderung kepada yang lain dengan hawanya, akan menjadikannya lupa kesalahan orang itu dan sentiasa berbaik sangka dengannya, walaupun orang itu melakukan kesalahan, demikianlah juga sebaliknya, dia akan sentiasa berprasangka buruk, mencari kesalahan dan menimbulkan kesilapan, walaupun orang itu benar pada dasarnya.

Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

Sesungguhnya fenomena buruk sangka sesama Islam telah begitu meluas di zaman kita, menjadi barah yang meruntuhkan hubungan dan kesatuan (wehdah) di antara individu dan masyarakat muslim, ini adalah merupakan satu kesan negatif terhadap kekuatan masyarakat untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar.

 Buruk sangka, menuduh tanpa asas, cepat menghukum telah menakutkan orang, menzalimi beberapa golongan dan beberapa orang yang soleh telah dijauhkan tanpa sebab yang diizinkan oleh syariat, sebagaimana kata orang dahulu: 

‘Aku melihat permusuhan tetapi tidak melihat sebabnya’. Semuanya berpunca daripada percakapan yang tidak ada sandaran…hanya sangkaan yang buruk, umpatan jahat dan tuduhan palsu, firman Allah Taala (yang bermaksud): “Dan orang-orang yang menyakiti orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata”. [Al-Ahzab 58].

Setelah jelas kepada kita –wahai saudara- bahawa buruk sangka adalah satu penyakit yang merosakkan, maka kita mesti berusaha untuk membendungnya sebelum ia terus merebak dan menghancurkan.

Di antara ubatnya ialah: berbaik sangka (husnuzzan) dengan manusia, jauhkan sikap buruk sangka, berfikir semasaknya sebelum membuat tuduhan atau hukuman. Sekiranya engkau tersalah kerana berbaik sangka adalah lebih baik daripada tersalah kerana cepat menghukum dengan buruk sangka.

 Kata Saidina ‘Umar bin Al-Khattab ra: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Ubat yang seterusnya: sentiasa mencari keuzuran yang boleh memaafkan manusia, tinggalkan sikap suka mencari kesalahan atau mengorek keburukan orang lain, sentiasa berpegang dengan adab dan ajaran Islam dalam menghukum seseorang atau sesuatu perkara yang jelas dan meninggalkan segala yang tersembunyi hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui semua rahsia dan segala yang tersembunyi.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran”. [An-Najmi, 28].

Sumber:
PERUTUSAN HARI RAYA 1422H DARI MIMBAR MASJID RASULULLAH SAW
Oleh: Sheikh Dr. Abdul Bari ‘Awad Ath-Thubaiti (Imam Masjid An-Nabawi)
http://alminbar.net/alkhutab/khutbaa.asp?mediaURL=5867 ]
Alih Bahasa Oleh: Abu Anas Madani.
Madinah, Syawal 1422.

Sunday, March 7, 2010

Pelik tapi benar

  Sekadar gambar hiasan..

Pernah tak kawan-kawan rasa yang diri kita ini punya penerimaan yang berbeza dari orang yang berbeza?


Contohnya macam ni. Ada orang dia suka cakap lepas..tapi kita kurang ambil pusing..maknanya tak begitu ambil hati..hanya sekadar main-main..mungkin kalau sakit hati pon..hanya sekejap..lepas tu kita akan seolah olah lupa apa yang berlaku..


Ada orang dia laser juga..tapinya kita tak rasa apa-apa..hanya sekadar gelak dan habis di situ..


Tapi ada orang lain..bila dia berkata sesuatu..walaupun ianya dengan suara yang tidaklah tinggi..tapi kata-katanya kadangkala  buat satu garis yang dalam di hati kita..


Saya pernah terdengar seorang kawan mengatakan yang apabila kita mempunyai rasa tak sedap hati pada seseorang ni..mungkin juga dia turut merasai perkara yang sama. Kata Dr Fazilah Kamsah rasanya..ia seperti ada aura, connection between people. Apa betulkah perkara ini? Saya cuba mencari di dalam internet, tapi tidak berjumpa dengan mana-mana bahan yang menulis tentang perkara ini..Betul ke ada aura-aura ni?


Ada pulak saya pernah mendengar somebody said dat sebenarnya mungkin telah ditakdirkan yang memang kita takkan sebulu dengan org tu..macam dugaan dalam berukhuwah yang Allah bagi..Allah menyuruh kita banyakkan berdoa pada dia untuk perbaiki ukhuwah antara manusia.kene banyakkan doa rabithah mungkin..


Mama saya pernah juga kata contohnya orang yang lahir anak kedua kurang masuk dengan yang anak kedua, tgk dia jd anak keberapa..mungkin kalau sama..kurang masuk tu perkara biasa sebab cara berfikir lebih kurang sama..atau dalam bulan yang sama ni pon mungkin boleh jadi..sebabnya karakter ada persamaan.macam yang Dr Fazilah Kamsah buat karakter ikut bulan tu..betul ke gitu?


Atau adakah kita juga pernah melakukan perkara yang sama pada orang lain tanpa kita sedari. What u give u get back?.makanya banyakkan solat taubat, menjernihkan semula hati ini, suapaya hilanglah titik hitam di hati, tiada rasa su'u zhon pada org itu..





ŁƒŁ„ŁƒŁ… Ų®Ų·Ų§Ų¤ŁˆŁ† وخير Ų§Ł„Ų®Ų·Ų§Ų¦ŁŠŁ† Ų§Ł„ŲŖŁˆŲ§ŲØŁˆŁ†
"Setiap orang dari kalian pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah yang bertaubat" 




Rasulullah SAW bersabda:



؄ن العبد Ų„Ų°Ų§ أذنب ذنبا ŁƒŲ§Ł†ŲŖ Ł†ŁƒŲŖŲ© سوداؔ في قلبه، ف؄ن ŲŖŲ§ŲØ منها صقل قلبه، ŁˆŲ„Ł† Ų²Ų§ŲÆ Ų²Ų§ŲÆŲŖ،



"Sesungguhnya seorang hamba itu jika melakukan satu dosa maka akan meninggalkan satu noda hitam dalam hatinya, dan jika dia bertaubat maka hatinyapun akan kembali dibersihkan, namun jika bertambah (perbuatan dosanya) maka akan bertambah (pula) noda-nodanya" 


Jap..adakah ia su'u zhon sebenarnya?


Kita semua tahu tidak baik bersangka-sangka buruk kerana 1/2 daripada prasangka itu adalah dosa..tapinya macam mana pula kalau perkara itu berulang kali berlaku dan di dalam diri ini, kita tahun ada something wrong or something missing dalam pergaulan kita dengan org itu..Selalu juga kita cuba nak positifkan diri tapinya bila perkara tu berulang balik..kita jadi pelik..mengapa agaknya org ini semacam je ngan aku eh?


Saya selalu juga terdengar kisah-kisah orang lain yang rasa -macam-tak-masuk- keje ngan org tertentu..macam takleh nak gi..ada masa ok, tapi selalu juga bila pendapat lain atau ada prselisihan pendapat..jadi macam sgt dingin..memang pon keje ada naik dan turun, tak dinafikan.tapi kalau asik berulang je perselisihan pendapat, hmm pelik jugak, macam ada something wrong in between?


Hehe. Ini bukan pula sesi emo mengemo, cuma sekadar terfikir. Mungkin ada antara sahabat-sahabat kat luar sana yang ada cadangan, lontaran pendapat atau buku yang ada kaitan ngan hal-hal di atas.boleh jugak dikongsi..jzkk


 Benarlah sabda Rasulullah SAW: 



من ŁƒŲ§Ł† ŁŠŲ¤Ł…Ł† بالله و Ų§Ł„ŁŠŁˆŁ… الآخر ŁŁ„ŁŠŁ‚Ł„ خيرا أو Ł„ŁŠŲµŁ…ŲŖ



"Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"

Salah seorang penyair Arab berkata:



وجرح Ų§Ł„Ų³ŁŠŁ تدمله فيبرا ŁˆŁŠŲØŁ‚Ł‰ الدهر Ł…Ų§ Ų¬Ų±Ų­ اللسان
"Luka kerana pedang jika kamu balut maka diapun akan kembali sembuh dan akan lekang sepanjang masa luka yang diakibatkan oleh lisan" 

Friday, March 5, 2010

Kenangan terindah..

Salam semua..

Apa kaba kawan-kawan, adik-adik? Sihat ke semua?
Moga hari ni kita lebih baik dari hari-hari sebelumnya..

Baru je tadi cek2 email kejap.sekarang ni lama skit tak cek email, mesti dah beratur email2 dr permai dan ada beberapa YG lain yang saya join. Tapi yang permai punya memang selalunya yang paling banyak..lagi2 musim program hujung2 minggu..scroll punya scroll .tup tup nampak satu tajuk menarik..

saya klik dan tertulis..

Perutusan Halatuju dan Fokus PERMAI fasal kedua  oleh Timbalan Presiden PERMAI





Kagum..sungguh kagum..
Hebat dan kreatif  adik-adik jr sekarang..


Memang tak dinafikan..dah beberapa tahun saya jadi ahli bernaung bawah Permai..dr tahun ke tahun banyak perubahan dan penambah baikan..tahniah adik-adik ! ^_^


Moto pun dr tahun ke tahun bertambah mantap..




Tahun 2006-2007..


Seingat saya waktu saya menjadi timb s/u 4 tahun lepas, apa itu perutusan permai pun tak pernah saya dgr..
zaman tu ada kami cuma ada perjumpaan dengan ahli-ahli. Ust Ismat selaku pres di waktu tu akan terangkan apa halatuju dan sebagainya sebagai permulaan sesi kepada semua ahli, kami yang lain cuma menambah sikit2.


Menjadi s/u bagi orang yang tak pernah jadi s/u memang satu masa yang penuh dengan pengalaman tak kira sama ada yang sedih, yang gembira dan macam-macam lagi


Semua kami buat secara manual. Borang keahlian manual, ditulis tangan, tak seperti sekarang. Terkejut jugak melihat adik saya bekerja sebagai s/u..wah guna spreadsheet untuk isi data keahlian, daftar dan muhasabah semua melalui online....zaman dan cara bekerja memang sudah banyak berubah..


Waktu itu kami tiada blog atau laman web yang sangat gempak macam sekarang, ada portal, YG. Melihat kepada adik saya yang saban hari meng-approve segala iklan-iklan, saya jadi pelik juga.. 
Dulu ape iklan yang saya approve ya? hehe


Di zaman itu, saya tiada runner..sekarang sudah ada runner permai(ajk-ajk penyampai surat-surat permai pada ahli)..oleh kerana rumah sedikit, maka saya akan menghantar segala surat secara manual dari pintu ke pintu..


Kepenatan itu jadi kenangan terindah..


Tidak dinafikan, saya sangat kagum dengan adik-adik pimpinan sekarang. Tapi dalam masa yang sama i really miss the good old days.. zaman-zaman manual bekerja tanpa kemudahan elektronik yang meluas dulu amat saya rindukan..


Nampak remeh tapi tinggi nilainya....


Satu perkara yang saya tidak dapat lupakan ialah kepimpinan ust Ismat pada waktu itu yang saya dan rakan-rakan amat kagumi. Saya tidak lupa macam mana ustz menanda minit mesyuarat saya yang pertama dengan pen merah, dibulat sana dibulat sini dan ada kata-kata kat tepinya tertulis..ni salah, buang, ni tak perlu. waktu itu saya terkejut mengapa minit saya ditanda sebegitu rupa. Tapi rasa terharu jugak kerana pres, org yang paling besar sanggup menyemak minit saya yang ntah hape2, tanda dengan pen merah pula. 


Zaman di mana saya terpaksa menghafal semua rumah-rumah dan ahlinya kerana  sebagai timb s/u, tugas untuk menghantar surat semua dibawah tanggungjawab saya. jadi perlu kenal ahli dan rumahnya di mana. Peta waktu itu tak sehebat sekarang. Nasib baik ahli juga tak ramai, kalau seramai sekarang, mungkin boleh patah lutut nak hantar surat dari rumah ke rumah.


Belajar menepati dan menghargai masa..


Ust sgt punctual, 5 minit sebelum mesyuarat telah terpacak di bawah bangunan rumah tempat kami selalu bermesyuarat..jadi kami semua perlu on-time. Semua perlu mengikut masa yang ditetapkan, ada masa kami hanya bermesyuarat 2 jam dan perlu setelkan beberapa perkara dalam masa itu jugak. 


Latihan bercakap dan yakin pada diri...


Tak lupa juga waktu ust menyuruh kami semua barisan pimpinan--diwajibkan menjadi naqib dan naqibah mekap..saya yang tak pernah langsung berpengalaman dalam bidang-bidang usrah, naqibah dan yang seangkatan dengan memang merasakan tugas yang diwajibkan ni satu yang sangat berat.. 
Bayangkan tak pernah duduk di asrama, yang mana selalunya mereka2 yang biasa duduk di asrama kurang-kurangnya pernah ada pengalaman berusrah ke, jadi naqibah ke.. tapi dek kerana semua org pun sami'na wa ato'nya..makanya waktu tu terpaksalah jugak ikot..


Mula-mula memang tunggang langgang pembentangan, tapi lama-lama alhamdulillah tugas-tugas yang ustz berikan ni walaupun mungkin nampak sdikit tapi memang ia amat mematangkan kami..


Saya takkan lupa ada sekali di waktu setiap dr kami perlu bentangkan tentang perkembangan mekap kami masing-masing..ada seorang kawan kami dalam barisan pimpinan menyatakan masalahnya yang takde seorang pon ahli kumpulannya datang mekap, dia seorang je yang terkulat-kulat menunggu.. tapi sebab merasakan yang memang tugasnya untuk sampaikan jugak pengisian tu, maka dia pon pergi dari rumah ke rumah ahlinya, jumpa seorang demi seorang terangkan tentang silibus tersebut.. hehehe..hebat memang hebat..


Pemberi tazkirah untuk setiap kami mesyuarat juga perlu rotate, mesy ini timb jkk pp, next mesy mungkin saya pula, dan untuk approval dan sokongan minit mesyuarat juga tak boleh orang yang sama, tak boleh juga hanya syabab, perlu sama-sama, seorang syabab seorang akhawat. Waktu tu saya nampak perkara ini macam kecik je pon..tapi sungguh, pabila jauh saya telah meinggalkan zaman bekerja itu, saya terfikir yang segala yang kecik2 itulah yang membentuk diri saya dan rakan-rakan pada hari ini..


Sempurna dalam lipatan kenangan..


alhamdulillah..itu antara kenangan paling manis selama berada di jordan..


Segala kesusahan dan naik turun hidup pada waktu ketika kita mengalaminya, kita tak jelas apa hikmah dan baiknya untuk hidup-hidup mendatang, sehinggalah kita telah jauh meninggalkan waktu itu.


Saya tidak mengatakan yang zaman bekerja ketika itu adalah sangat best, sangat bersemangat atau segala macam kesempurnaan.. Zaman itu tidak sempurna, ia penuh liku-liku, penuh pahit manis, penuh naik dan turun.,.


Tapi suatu perkara yang buat saya sentiasa tersenyum setiap kali mengingatinya., 


Segala susah dan senang, senyum dan tangis,  hitam dan putih itulah yang menjadikan waktu itu satu memori yang sangat sempurna untuk saya kenang sampai bila-bila...^_^





-Dont go through life, GROW through life-













Tuesday, March 2, 2010

Mengapa perlu marah, pulangkan saja paku buah keras !

Petang tadi kami(saya dan aqilah) pergi ke amman, menyiapkan satu urusan penting. Dalam perjalanan pulang 2 insiden yang melucukan berlaku. Tidaklah begitu melucukan tapi mungkin dapat dijadikan satu pengalaman menarik dalam hidup sehari-hari.

Kisah 1 ( segala dialoq-dialoq dalam perbualan di bawah adalah di dalam arab asalnya)

Kami pulang dengan teksi sarfis*, yang mana 3 orang dibelakang saya, aqilah dan seorang wanita arab dalam usia 25 ke 35 mungkin. Di hadapan duduk di kerusi sebelah penamdu, seorang lelaki arab muda. Tiada apa yang menarik berlaku pada mulanya. Dalam asyik melepaskan pandangan ke luar tingkap, kerana agak kepenatan, saya terlena. Tiba-tiba ditengah perjalanan saya dikejutkan dengan suara pokcik-pokcik arab yang bising-bising.

"Apsal ko taknak pakai seatbelt ni?! ", pakcik teksi itu bersuara dengan agak tinggi.

"Apsal plak aku kene pakai seatbelt?!", suara lelaki arab itu juga tidak kurang tingginya.

"Ni memang undang-undang, bukan boleh suka-suka je ko taknak pakai ! ", makin naik suara pakcik teksi itu.

"Selama ni tak penah aku dengar plak ni undang-undang! Aku naik teksi dah banyak kali, takde sape kata ni memang undang-undang !", lelaki itu mula naik marah.

Kami di belakang terdiam..apakah?

"Ni bukan undang-undang aku, ni KANUN DAULAH(undang-undang negara) ! ", pakcik teksi semakin berang.

Perjalanan diteruskan dengan mereka yang tak habis-habis bertekak tentang tali pinggang keselamatan. Tiba-tiba, kereta kemudiannya dihentikan di tempat berkumpulnya beberapa polis di tepi jalan. Tingkap hadapan dibuka. Seorang polis menuju ke arah sarfis kami.

"Assalamualaikum encik, ko cuba cakap sikit ngan dia ni, dia tak mahu pakai seatbelt. Ni undang-undang aku ke undang-undang negara?! Bagitahu kat dia ni!", pakcik teksi memulakan bicara dengan suara keras. Seperti mahu ditelan lelaki disebelahnya.

"Kenapa ko takmahu pakai seatbelt? Semua ni untuk keselamatan ko, kalau apa-apa jadi, tiba-tiba eksiden, bukan ke bahaya kalau ko terhumban ke depan. Tali pinggang tu untuk lindungi ko. Pakai la", pakcik polis menerangkan. Nadanya sederhana, lebih kepada menasihati.

Lelaki muda itu terdiam. Dia senyum.

"Okla, aku tahu tu betul", tali pinggang kemudia diambil dan dipakai. Tangannya diangkat dan tabik hormat diberikan pada pakcik polis.

"Ko bagitahu dia ni, yang ni KANUN DAULAH !", pakcik teksi masih mahu menegakkan hujahnya.

"Ha'ah, ni Kanun Daulah", pakcik polis mengiyakan dan tersenyum.

Saya dan aqilah berpandangan. Kami tersenyum dan menggeleng. Lawak pulak bergaduh hanya kerana seat belt ! Hehe

Perjalanan diteruskan. Keadaan kembali tenang.

Moral 1 : Nasihat berhikmah tu penting, ternyata jerit-jerit dan marah-marah minta orang ikut cakap kita itu kurang berkesan.


Kisah 2 

Kami turun dari teksi yang diambil dari mujamma' amman. Setelah sampai di hapadan pintu utama bangunan rumah saya, saya dan aqilah berhenti di tepi pintu, aqilah mengeluarkan sesuatu untuk diberikan kepada saya.

Dari jauh, datang 2 orang budak kecil perempuan yang merupakan jiran saya di tingkat bawah.

"Blob blo blo ble blo blu ble. Tengok aku boleh cakap malizi", seorang adik perempuan itu tiba-tiba bersuara.  Gaya-gaya mengejek cara percakapan kami. Mukanya juga dicebik cebik.

"Oh yeke ko cakap melayu. Tapi ni bukan cakap melayu ni, aku tak faham", saya membalas.

"Blo ble blo blu ble. Aku cakap melayu la ni", dia terus tersengih sambil membuat-buat muka gaya mengejek ngejek kami. Giginya rongak di atas bawah.

Saya tersenyum.

"Eh kejap, mana gigi ko eh?", saya bertanya.
"Aku tak tahu. Memang takde", dia membalas. Kawannya disebelah tercengang-cengang.

"La apsal takde?", saya terus saja cuba mengujinya sambil tersenyum.

"Memang takde. Aku tak tahu. Dah hilang !".

Seakan hilang kata-kata, dia terus berlalu pergi.

Tiba-tiba kawannya berpatah balik pada kami. " Whats Your name? Whats your name? Whats your name?", bertalu-talu dia bertanya dengan muka yang juga sinis. Sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Aku tahu cakap malizi!", adik yang pertama tadi bersuara kembali.

"Yeke? Tapi betul ke ko tahu, aku tak paham pun ko cakap".

"Ko tak tahu cakap arab", dia cuba menguji saya.

"Ha'ah la, aku memang tak reti pon cakap arab. Ni aku bukan tengah cakap arab pon ni. Aku tengah cakap bahasa Inggeris", saya sengaja berkata begitu, walaupun hakikatnya kami sedang berbual dalam bahasa arab. hehe

Dia kelihatang bingung.

"Whats your name? Whats your name?", adik yang seorang lagi tak habis-habis mahu test power englishnya, bertanya soalan yang bukan sebenarnya mengharapkan jawapan. Mukanya mengejek ngejek.

"Ko sebenarnya tahu  what's your name je kan. Ko tahu tak nak cakap perkataan english yang lain?", saya bertanya.

Mereka terdiam dan hilang kata-kata. Kelihatan bingung-bingung.

Lalu mereka berlalu pergi.

Moral 2 : Ada masanya perlu memulangkan paku buah keras pada kanak-kanak yang suka mengejek-ngejek ini. Hehe.Kalau tidak nanti dipijak kepala kita pula.


Lalu berlalulah hari ini, matahari menyelimutkan dirinya dan malam mula melabuhkan tirai.

2 kisah untuk memandu hidup...

Yang baik jadi teladan, yang buruk dibuang jangan.
Pahit & manis itu pengajaran, Aset berharga memimpin kehidupan.

assalamualaikum wbt. Selamat malam dan selamat meneruskan hari-hari mendatang. ^_^

Sunday, February 14, 2010

Lidah itu, yang disangka manis bisa jadi racun..


Satu ketika dahulu, ketika di alam sekolah menengah, saya masih ingat satu iklan di radio era, ucapan hari raya seorang lelaki pada 'teman rapat tapi mesra'nya. Ucapan berbunyi lebih kurang begini,

 "Selamat Hari Raya Yang, lepas raya badan jangan jadi macam masa lodeh"

kelakar bunyian, tapi punya makna tersirat. Takpe kita tinggalkan iklan ini. Pernah tak anda mendengar dialog-dialoq seperti ini...

"Ahmad, ko amacam skarang? Wah, dah macam bapak orang aku tengok.tak jauh beza dari tong drum"

"Asal badan ko macam kerengga ni?"

" Salmah, meh cni jap duk sebelah tayar lori ni, waah tayar lori lagi tinggi dr ko la haha"

"Asal ko nampak serabut sangat ni, sememeh, camne nak jadi mak orang ni haha"

Mereka fikirkan itu seloroh.
Ya, mungkin ia hanya satu gurauan..

Sekali, dua kali, tiga kali....kata-kata ini mungkin diiringi dengan gelak tawa, senyum tanda "ukhuwah" yang terjalin..

Tapi di satu sudut yang lain, jauh di sudut hati itu...
siapa tahu apa yang tersirat di hati yang menerima kata-kata itu..
"Betul ke badan aku besar sangat macam dia cakap tu?", "Aku ni hodoh sangat ke?"
lalu timbul perasaan kurang yakin pada diri..secara halus ia membuat lekuk di hati, ibarat air yang menitis di atas sebuah batu..
sekali? dua kali? ia tak mendatangkan kesan, kerana hanya titisan air, apa yang ingin dikhuatiri..
tetapi mengapa agaknya titisan yang berterusan akhirnya membuat lekuk pada batu itu?

ini posisi kawan..
kata-kata seorang insan yang bernama sahabat..

Mari tukar posisi, tukar peranan..

"Ya Allah, apsal rambut ko macam maggie ni, geli tengok" - abang sulung.

"Tengok belakang kuali ni, dah serupa macam ko dah, kitorg semua kulit putih, ko ni mesti anak angkat haha" - kak ngah

"Apsal la ko lain dari adik beradik lain, semua comel2 macam mak ni, ko je yang bulat macam kuih baulu" - mak.

Dokrin anak sedari kecil, ia nampak kecil, ia nampak remeh tetapi apakah implikasi buat si kecil itu? Nah, nampak lebih tajam dan sinikal bukan? Letak posisi kita di sini sebagai seorang anak kecil itu...setuju atau tidak, gembirakah anak bila mendengar kata-kata serupa ini?

Pelik. Mengapa manusia terlalu gemar menjadikan rupa luaran sebagai satu bahan gurauan?

Pernah tak anda melihat seorang yang terlalu kurus mengatakan perkara yang sama seperti dialog di atas kepada orang yang kurus sepertinya?
Orang yang saiz badannya agak besar mengatakan perkara yang sama kepada orang yang bersaiz sama sepertinya?
Orang yang kulitnya gelap kepada yang sama warna kulit sepertinya?

Ini di luar realiti..
Seingat saya, selama yang pernah saya perhatikan...

Yang kurus akan 'bergaurau' kepada yang bersaiz besar.
Yang tinggi akan 'berseloroh' kepada yang rendang.
Yang kulit wajahnya bagai pauh dilayang akan 'berkomentar' pada yang kulit wajah yang tidak rata dan halus sepertinya.

Maka di saat ini, kita seolah-olah meletakkan yang slim melim, kurus, putih, segak macam saya, macho macam saya, cool macam saya itulah yang jadi cantik di mata kita, di mata manusia. Kalau bukan begitu maksudnya, apakah kita sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu kepada seorang yang dirasakan tidak sama seperti kita itu. Pendekkan cerita, kitalah yang diposisi enak dipandang itu, selesa, puas hati dengan apa yang kita ada.

Pernah saya melihat satu situasi, seorang itu berkecil hati kerana di'komen-komen' tentang saiz badannya, maka akhirnya sahabat yang mengeluarkan kata-kata 'manis' itu pula menyatakan..

"Laa..itu pon nak kecik hati, nak merajuk, macam budak kecik, orang gurau-gurau je"

Apakah tiada ihsan dan kasih di hati melihat sahabat kita sedih kerana ditohmah tentang saiznya, walaupun mungkin kita merasakan ia hanya gurauan. Ia nampak kecil di mata kita sebagai seorang manusia, tapi bukankah segala-gala yang ada di dunia ini ciptaan YANG MAHA BESAR, lalu tanpa disedari kita seolah-olah memperlekeh apa yang diciptakan Allah. Pandangan Allah adakah sama dengan pandangan kita?


Yang 'cantik' di mata manusia akan hilang bila-bila sahaja..


Baiklah, mungkin ia nampak seolah-olah saya memperbesar perkara kecil..kita pergi pada contoh seterusnya..

Zarul segak, mempunyai rupa yang menarik, kelihatan hebat di mata orang sekeliling yang memandangnya. Ini cerita 20 tahun dahulu. Di usianya mencecah 40-an..tiba-tiba dirinya diserang penyakit buah pinggang yang kronik, lalu terpaksa mengambil ubat(steroid) yang antara kesan sampingannya akan menyebabkan badannya menjadi gempal dan tidak lagi seperti dahulu. Penyakit ini memberikan tekanan pada hidupnya.

Satu hari seorang teman lama terjumpa dengannya di pasar malam.

"Assalamualaikum Mat, Ya Allah lamanya tak jumpa ko, apa kaba ko sekarang?", Zarul  menepuk bahu seorang yang dirasakan itulah teman lamanya di alam universiti dahulu.

"Waalaikumussalam, eh encik ni sape eh,sori tak cam la"

"La ko ni, aku ni ha, Zarul, dulu kita belajar kat UTM satu course ko dah tak ingat ke?"

"Ya Allah, Zarul ke ni? Zarul? Ya Allah aku serius tak cam ko, apsal badan ko dah macam tong drum ni? tak macam dulu, tak jauh dari badak beremdam ni, apa isteri ko kasik ko makan ni..hahaha"

Apakah agaknya reaksi Zarul? Dia mungkin mengukir senyuman, bergelak tawa di luar. Tetapi jauh di sudut hatinya? Saya yakin ini lebih perit dan sedih, kerana yang cantik di mata manusia itu telahpun hilang, dan diganti dengan dengan sesuatu yang jadi bahan gurauan di mata manusia.

Usah lontar kata-kata berbaur idealistik..

" la, apesal Zarul nak kecik hati, oo rupanya penting sgt ya dipandang cantik di mata manusia? Janganlah menjadikan perkara kecik satu hal yang boleh mengguris hati, rupa luaran itu bukan nilaian pun di sisi Allah, taqwa itu la yang utama"

Benarkah begitu? Lalu mengapa Mat tak berfikir yang sekiranya yang luaran itu bukan ukuran di sisi Allah, buat apa mahu menjadikan ia satu bahan gurauan,benda yang tak punya kepentingan untuk dibicarakan, kan taqwa lebih utama? Sekarang ambil diri anda, letakkan di dalam diri Zarul. Jangan berani kata saya takkan rasa apa-apa, biasala kene gurau camtu. Belum tahu lagi jika kita tidak berada di posisi itu, apa yang anda ada hari ini mungkin akan ditarik bila-bila masa shaja, mungkin juga seminit dua lagi, siapa tahu? Kun Faya Kun! sekiranya Allah mahu, sekarang juga boleh.


Tak usah jadi terlalu idealistik..

2 kisah benar, 2 posisi berbeza..

Kisah 1 - posisi seorang kawan

Hari itu saya ke universiti menaiki bas di mujamma' sheikh khalil. Lalu, berjumpa dengan seorang adik yang sudah lama tidak bersua, mungkin kerana kesibukan masing-masing. Saya lalu duduk disebelahnya. Saya bertanya kepadanya berkenaan satu ubat cacing yang ditanya pada saya tempoh hari.

"Mengapa nak ambil ubat cacing?" saya bertanya. Dia lalu membuka cerita..

"Saya rasa saya ni kurus sangat la kak, ramai orang kata saya ni terlalu kurus, saya terfikir ntah ntah saya ada cacing, mana tahu makan ubat cacing sebagai prophylaxis* ke hehe, atau saya ni kurang zat"

"Awak dah minum susu untuk naikkan berat badan?".
"Dah kak, tak naik-naik pun".
"Turun ke berat badan atau maintain? family awak ada yang kurus jugak?"
"Maintain, tak turun. Ayah saya kurus".
"Awak ada sakit-sakit ke?Atau rasa sihat je?"
"Ntah, rasa ok je. Tapi sebab macam ramai orang kata saya kurus, saya pon terfikir, dr segi kesihatan, takut sakit ke apa ke"

Saya lalu memberi beberapa nasihat lain, lebih kepada pengurusan pemakanannya untuk menaikan berat, atau paling-paling untuk me'maintain'kan beratnya. Saya lalu terfikir, bagusnya adik ni kerana berfikir secara positif dari satu sudut tentang dirinya, demi kesihatannya. Tetapi, mengapa terlalu ramai yang hanya suka mengomen sahaja, tetapi lupa pula untuk memberi apa-apa nasihat yang membantu. Akhirnya, ia tinggal satu komen semata-mata, tanpa jalan penyelesaian. Sekadar komen yang hanya membuang masa, malah mungkin membawa dosa!

Kisah 2 - posisi seorang kakak

Hari itu adik lelaki saya pulang dari sekolah seperti biasa. Waktu itu dirinya masih di sekolah rendah.
Adik saya sewaktu kecilnya seorang yang berbadan agak gempal, ramai kawan-kawan di sekolah yang seringkali mengejeknya- BULAT. Selama ini dia tidak pernah menyuarakan, tapi hari itu tiba-tiba satu soalan dilontarkan pada kami di rumah,

"Nape kawan-kawan ijai suka kata ijai bulat?".

Cuba fikir jika ini terjadi pada anak, adik anda.
Kita mungkin merasakan yang ini perkara kecil, tapi implikasi pada pembangunan dan keyakinan diri seorang insan? Siapa yang boleh meneka ia tidak mendatangkan apa-apa kesan?



Sudah biasa buat, ia jadi satu rutin pula..

Saya pernah menghadiri satu majlis berprestij dan besar-besaran. Beberapa penceramah dijemput untuk memberi perkongsian tentang isu-isu yang dibawa untuk dibincangkan dalam program itu. Di akhir satu sesi, pengerusi majlis yang sedang berdiri di hadapan mikrofon, di saksikan oleh ratusan orang ini membuat satu lawak yang bagi saya ia bukanlah satu lawak sebaliknya kata-kata 'gurauan' yang tidak sepatutnya jadi satu bahan tawa di majlis sehebat dan seprestij itu.

Saiz badan penceramah jadi bahan gurauan. 

Mungkin dek kerana sudah terbiasa mem'komen-komen' tentang badan orang lain, maka ia jadi satu perkara biasa sehingga terbuat perkara yang sama di majlis sehebat itu dan yang paling menyedihkan, mengapa saiz badan penceramah yang dijadikan alat gurau-senda di khalayak ramai? Apakah sudah hilang rasa hormat kita? Jika tidak pada penceramah, lihatlah mereka sebagai yang lebih tua, apakah molek sikap begini?


Duduk dulu, mari berfikir sejenak..

Seringkali perkara yang kita lihat kecil di mata manusia, tidak semestinya ia kecil di mata PENCIPTA kita.
Hindarilah diri kita dari hanya mengomen tanpa memberikan apa-apa bantuan. Jika benar badannya gempal, berilah bantuan untuk sama-sama mengurangkan berat badannya. Jika benar wajahnya sememeh, maka bantulah untuk menjadikan wajahnya berseri-seri. Komentar kosong, ia bakal ditanya di akhirat kelak.

Pulangkan persoalan pada diri anda, adakah aku benar-benar ikhlas bergurau demi menceriakan hati sahabatku? Atau hanya melontarkan apa yang kelihatan di mata kita, bersedapan berkata-kata tanpa memikirkan perasaan seorang insan berupa hamba Allah.


Kelembutan adalah anugerah
Ucapan paling baik adalah kejujuran
Sedang bergurau secara berlebihan
Merupakan kunci segala permusuhan..


Semuanya dilakukan dengan dalih bersikap tanpa beban (santai), padahal sikap santai bukan
bererti dengan meninggalkan etika syari'ah atau batasan-batasan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.


Kata-kata Sheikh Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah, dalam kitabnya 'Virus-virus Ukhuwah'


Saya mengingatkan diri saya yang juga sering lupa tentang apa itu nilaian ukhuwah, padahal ukhuwah bukan hanya pada kata-kata, ia satu praktikal secara direct atau indirect. Saya mengingatkan diri ini dan kita semua untuk sama-sama menghormati diri sahabat kita antara satu sama lain. Bukankah binaan yang kukuh itu perlu dibina dengan jambatan hati yang bertautan? 


Saya tinggalkan dengan satu hadis yang menyentap diri bila saya membacanya, bukanlah bermakna kita ini sombong, tetapi hakikatnya tiada siapa tahu apa yang ada di hati manusia. Hatta ikhlas itu diibaratkan bagai semut hitam yang berjalan di atas jalan yang gelap di dalam kepekatan malam, lalu kesombongan itu juga bukan satu yang mudah untuk dikesan. Sama-sama berdoa dihindarkan diri kita ketidak-ikhlas-an dalam mencapai ukhuwah kerana Allah. Assalamualaikum wbt.



Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah saw, bersabda:”Tidak akan masuk sorga orang yang didalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya sebesar dzaroh"




Lantas ada seseorang yang berkomentar: “Sesungguhnya seseorang itu suka memakai pakaian yang bagus dan sepatu bagus”
Menanggapi hal ini Rasulullah saw, menyatakan:
“Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesama manusia” [HR. Imam Muslim] 

Tuesday, February 9, 2010

Yakin dengan pilihan, Idfa' billati hiya Ahsan !

Assamualaikum sahabat-sahabat sekalian..


apa khabar hati kalian? apa khabar jasad kalian?

Sudah hilangkah beberapa titik hitam dalam diri kita selama beberapa hari ini?

Alhamdullilah..kita masih dikurniakan Allah sekujur tubuh yang mampu bergerak, mata yang mampu melihat, mulut yang mampu berbicara..harus syukur selalu kerana tak tahu bilakah segalanya akan ditarik kembali..

Banyak yang ingin dikongsikan, tapi hal-hal yang mendatang dari hari ke hari menyebabkan beberapa perkara hikmah dalam kehidupan tidak mampu dikongsikan..

Semalam saya diberi peluang oleh Yang MAHA ESA untuk bertemu dengan seseorang yang amat saya kagumi..
Ternyata terlalu banyak mutiara yang berjaya dikutip walaupun masa yang ada itu terlalu mencemburui..

Saya kongsikan apa yang saya peroleh dari beliau.. 5 HIKMAH buat memandu hidup ini..

1. Jangan mudah merajuk dengan manusia.. kerana manusia itu datang dan pergi..berbaliklah kepada tujuan utama kehidupan kita di dunia..maka kakimu akan tetap teguh dengan prinsip asas kehidupanmu..

2. Sekiranya kita hidup untuk mengharap dan menerima dari manusia, maka kita akan lemas dan TUA dalam pencarian, sedangkan apa yang dicari dan dinanti itu mungkin takkan kunjung tiba, mungkin juga kita takkan pernah puas dengan apa yang ada dek kerana sentiasa mengharap dari yang lain.

3. Biarkan apa sahaja yang diperlakukan oleh manusia terhadap kita, JANGAN SESEKALI KALAH DENGAN AKHLAK..akhlak itu cermin dan hiasan dirimu, periharalah sebaiknya, ia bekalan buatmu di alam kekal kelak..

4. Beramallah dengan apa yang diperintahkan oleh Allah keatasmu sebaik-baiknya...beramallah untuk MEMBERI sebanyak-banyak dan sebaik-baiknya..bukan hanya meminta dan mengharap balasan...

5. Jangan ada TITIK HITAM di dalam hati ketika berada di bumi anbiya'..kerana bumi ini bumi barakah..KEIKHLASAN yang ada di dalam hatimu akan terserlah dalam perjalanan yang panjang itu..tetapi TITIK HITAM yang berlumat di dalam hati itu akan terbuka pekungnya dan mencacatkan perjalanan kamu seterusnya walaupun di hari ini kamu bahagia dengan nikmat yang kamu perolah..harta, pangkat, apa sahaja...


KEBERKATAN DI BUMI ANBIYA' ITU AKAN TERSERLAH ....

Idfa' Billati Hiya Ahsan!


Satu ketika dulu,
Diri pernah sedih dengan suatu kehilangan..
Kata-kata mama, "Percayalah sesuatu ujian itu buat kita lebih kuat ,
Akan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik".
Benarlah... 
Segala yang pergi itu punya hikmah yang besar menunggu kita di hadapan..
Dengan syarat kamu yakin..
Janji Allah buat hamba yang bersyukur..
Hadiah dariNya bagi sabar yang teruji..

Di kelewatan hari kelmarin..
1 berita diterima..
Hati merasa sangat tenang..
ternyata yang hilang itu akan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih sesuai buat kita..
Moga jalan sehala ini akan dipermudahkan hingga ke akhirnya..
Alhamdulillah...

manisnya hidup ini sekiranya kita yakin dengan janjiNYA..


Yakin dengan pilihanmu, segalanya bakal jadi mudah bi IzniLLAH