Sunday, January 24, 2010

Belasungkawa..

Assalamualaikum wbt,

Inna Lillahi wainna Ilaihi Raji'uun...

Ibu kepada seorang sahabat baik kami di sini, Saudari Hetty Ayuni Sulaiman telah kembali ke rahmatuLLAH semalam.

Kami memohon pada sahabat-sahabat sekalian agar kita sama-sama kita mendoakan roh Ibu Hetty ditempatkan dikalangan mereka-meraka yang menjadi kekasih Allah, menikmati harumnya bau syurga, dilapangkan serta diterangkan 'kamar' persemadiaanya..
Dijadikan satu Taman daripada taman-taman syurga ILlahi..

Semoga segala jasa yang ditaburkan, amal jariah serta doa anak-anak yang soleh mengiringinya dan menjadi peneman yang paling membahagiakan di alam seterusnya.
Semoga sahabat kami Hetty dan keluarganya juga diberikan ketenangan, kekuatan dan ketabahan menempuh dugaan ini...

Masa kita juga akan tiba satu hari nanti...

" Setiap jiwa akan merasakan kematian" (Ali Imran 185)

Ia pasti kan datang..adakah kita sudah bersedia?

Adakah kita menantikannya kerana sudah tidak sabar & tidak tertahan lagi rindu untuk bertemu Illahi?
Atau kita takut untuk menghadapinya, lantas seolah-olah lari dari mengingatinya?

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)




Buat sahabat kami Hetty,

Be Strong with all your heart..
We'll always be beside u..
You'll make it through..the strenght is within u..
Allah Ma'ak..Allah will always be there for u..


Kematian itulah sebaik-baik peringatan buat orang-orang beriman..
Wallahu a'lam..

Friday, January 22, 2010

Adam, Mee Goreng, Air Lecak dan Doa Lelaki Misteri

Hujan renyai-renyai. Jarum jam pantas bergerak..
8.00 malam.

“Mana pulak deorang ni? Janji pukul 7.30”, sesekali mata Adam melirik pandangan luar kedai mamak yang penuh sesak dengan penghuni kota yang bertali arus.
Majalah yang terselit di poket beg galasnya diambil, jari-jemari pantas menyelak  semuka dua. “Alang-alang tunggu, baik jangan buang masa”. Sambil matanya membuat scanning pada halaman-halaman yang diselak…
“Mamak, nak order!”


Seorang remaja belasan tahun, rambutnya tersisir rapi, apron kemas mambalut tubuhnya yang kecil, datang menghampiri Adam. “Mahu makan apa encik?”
“Mee goreng satu, air oren satu”.
“Lain tada?”.
“Tu je dulu, jap lagi kawan saya datang baru tambah order baru”.
“Oo, wokeh, mee goreng sama air oren satu, siap!”.
Tiba-tiba mata Adam terpaku pada barisan kata-kata yang tercatat pada satu halaman dalam majalah yang sedang dibacanya.


HARGA DIRI DITENTUKAN OLEH TAQWA DAN IMAN : KES ANAK LUAR NIKAH MENINGKAT 30% TAHUN INI


“Hmm, budak-budak zaman ni, memang suka buat mende pelik-pelik, apa yang deorang pikirkan sebenarnya eh?”, persoalan itu menerjah kotak pemikirannya.
“Tapi takpela, yang penting aku tak buat, sape buat salah beranilah tanggung”.

Beberapa minit kemudian…
“Cak, dah lama ke tunggu?!”, tiba-tiba suara itu muncul dari belakang.
“Ya Allah, terkejut aku, apesal ko lambat sangat ni?”
“Sorry, aku punya hp tinggal kat umah, gi amek cik senah ni ha”, tangan Yati menepuk bahu Hasnah.
“Hmm banyak la alasan ko. Aku dah lapar ni, dah order dah pon. Hmmm, takpela korang order la plak”.
“Sorry, jangan le marah….Mamak, order!”.

"Apsal ko diam? Ko ok tak ni? Macam ada problem?", tanya Yati, melihatkan Adam yang seakan termenung jauh.

“Aku pelik. Apsal dak-dak kampus and certain kengkawan suka pandang slack kat kita bila kita makan sesame dalam café kampus eh?  Kita kawan je pon’, Adam menimbulkan persoalan.
“Heheh, apsal?Ada apa2 jadi ke? Nak wat cammane, buat semua mende pon boleh jadi salah, asal orang tak kacau kita sudah, betul tak ti”, Hasnah melontarkan pendapat.
“Setuju-setuju, takyah pk ape orang nak cakap, yang penting kita tahu apa kita wat, kita kluar makan-makan je pon, bukan buat mende tak elok”.

Seketika kemudian, remaja belasan tahun tadi datang sekali lagi. Kali ini dengan dulang berisi sesuatu, “Encik ini mee goreng dan air oren. Cik adik dua worang lagi, mau makan apa?”
“Kuetiau goreng satu, milo ais satu. Yati, ko nak makan pe?”
“Bagi saya Meehoon sup satu, horlick panas satu. Sejuk2 ni, ko minum air berais plak weh, kang sakit tekak baru tau”. Mata Yati menjeling Hasnah.
Adam cuma tersenyum. Pandangan lantas di alihkan pula ke juadah yang tersedia di depan mata. “Nampak macam best, ok aku makan dulu eh, dah lapar sangat ni, boleh gastric tunggu korang ni heheh”.
Sudu yang berisi mee berjuntai-juntaian disuap ke mulut, ‘Iskh, masinnya!”.
“Masin sangat ke?”, tanya Yati. Hasnah mengambil sejuntai mee di dalam pinggan dan menyuap ke mulutnya, “Ha’ah la, masin..masin!”.
“Hmm takpela, sebab dah lapar sangat, lantak pi la masin, aku nak makan gak”, Adam mengambil lagi sesudu mee yang berjuntai-juntaian.
“Yukksss ape tu?!”, Hasnah tiba-tiba seakan bertempik kecil.
“Apa?Mana?”, Adam cemas.
“Tuuuuuu…yang hitam tu, siap ada sesungut dia lagi gerak-gerak”.
“Haaa!Mana?Mana?”.
Yati menarik juntaian sesungut, “Niiii haaa…eeeee lipas !”. Bibir Hasnah mencebik, mukanya berkerut.
“Astaghfirullah, ape mende mamak ni bagi!Mamak! Sini!”.
                                                                   ………………………………….

Awan masih lagi memuntahkan isinya. Rintik-rintik titisan hujan menari-nari di tepian rambut Adam. Pandangan ditoleh ke kiri, ke kanan,  tiada kereta ! Dia meredah kesejukan malam, melintasi jalan yang penuh sesak dengan mobil-mobil yang bertali arus sebentar tadi.
“Adam, nak g mana?!”.
“Aku nak balik, mood ilang, takde selera nak makan, esok lusa kita janji lain plak eh”, wajahnya berkerut.
“Ko ok tak ni? Rileks la, makanan je pon, order lain je la, janganla ambik hati sangat”, Yati memandang Hasnah. “Takkan tinggalkan kitorang dua macam ni je tiba-tiba?!”.
“Sori aku takde mood dah nak makan. Hmm takpela, korang sambung la eh, aku nak balik dulu”.
Tubuh Adam hilang di dalam kepekatan malam dan hiruk pikuk kota yang penuh sesak.
…………………………………..

Malam masih muda. Jalan raya yang bersimpang siur, penuh sesak dengan mobil-mobil yang dipandu insan-insan penghuni kotaraya. Tiada titik noktah, ibarat aliran darah di dalam vena dan arteri yang tidak pernah lelah menjalankan tugas seharian. Tunduk patuh pada aturan fisiologi tubuh.

“Allahu akbar, Allahu Akbar”, alunan azan menyelubungi kawasan sekitar pintu utama kampus.
“Eh, dah masuk Isyak, hmmm tapi malas la nak g masjid, imam mesti baca panjang. Solat kat bilik je la”, getus Adam di dalam hati.
Matanya tertumpu pada masjid yang tersergam di hadapan pintu gerbang Universiti Teknologi Malaysia.
Dussshh…
Kereta proton saga merah itu meluncur laju. Pon ! Poooon!
 Air lecak sepantas kilat menyambar  tubuh Adam, membasahi wajah dan..
“Woi, tak nampak orang ke! Aduuhh, kuyup aku. Hish, lencan! Camne nak balik bilik ni, jauh lagi nak jalan. Terpaksa gi masjid la plak, abis dah basah sumer ni, adusss…”, Adam mengomel sendiri.
………………………………….

Dia melemparkan pandangan ke ruang utama solat lelaki. “Sikit je pon orang, hujan agaknya, tak ramai ke masjid”, getus hatinya.
“Adam lantas mengambil satu posisi di penjuru kanan masjid. Bersebelahan sebuah tiang.
Tangannya menyaluk poket kiri seluar, sapu tangan corak kotak-kotak berwarna biru dikeluarkan. Saki-baki air wuduk dilap perlahan-lahan. “Saaaaaaf”.
“Allahu Akbar”, Imam mengangkat takbir. Makmum-makmum yang ada segera mengekori di belakang.

10 minit berlalu…

“hmmm, kejap je pon. Ok gak semayang kat masjid. Tapi apsal aku selalu malas nak ke masjid eh?”, fikir Adam. Dia lantas duduk di posisi yang sama sebelum bersolat tadi. Tiba-tiba…suara itu sayup-sayup, tapi masih mampu didengari...

“Ya Allah, aku hambaMu yang lemah Ya Allah. Hidupku penuh dosa ya Allah. Aku ingin mohon padamu agar kau berikan yang terbaik padaku, tapi aku amat malu padaMu. Kau berikanlah aku yang biasa-biasa saja dalam hidup, dan yang biasa-biasa saja di akhirat. Ya Allah, aku mohon ampun padaMu kerana tak mampu jadi hamba yang terbaik untukMu”.
Adam mengekori suara itu. Insan bertubuh sederhana itu ada di balik tiang kurang  semeter dari tempat duduknya. Dia bergerak perlahan-perhalan menuju le tiang itu, cuba menghampiri lelaki itu.Wajahnya ditutupi tiang.

“Ameeeen…”. Lelaki itu bingkas bangun, seperti kesuntukan masa.
“Saudara!”, Adam memanggil. Insan itu menoleh. Wajahnya muram seakan menyimpan sesuatu yang pahit.
“Maaf ganggu. Tadi saya terdengar saudara berdoa. Cuma nak tanya, apsal saudara mintak yang biasa-biasa saja? Bukanke Allah suruh kita mintak yang terbaik untuk diri kita? Dan kita pun sepatutnya berharap untuk dapat yang terbaik”
“Oh, malunya aku, ko dengar apa yang aku doa?”, lelaki itu menundukkan pandangan.
“Aku taktahu, tapi aku amat malu dengan Allah. Aku rasa aku tak mampu nak buat yang terbaik, banyak sangat dosa yang aku buat. Atas sebab tu, aku rasa lebih baik aku mintak yang biasa-biasa sahaja dari Allah kerana aku mampu buat sebagai manusia hanya yang biasa-biasa. Aku cuma terfikir,  adakah kita layak mintak yang terbaik dari Allah bila kita tak berusaha jadi yang terbaik untukNYA?”.
Adam kaget. Bagai halilintar memanah dirinya! Suasana sunyi seketika. 

“Aku nak cepat. Sori, aku kene pegi dulu”, lelaki itu berlalu pergi meninggalkan Adam yang penuh tanda tanya. Mukanya bungkam.
……………………………………………………………….

2 November 2009, 10.30 malam

Hari ini benar-benar mengajar aku sesuatu dalam hidup. Aku bingung. Fikiran aku penuh dengan tanda tanya. banyak perkara yang berlaku, seperti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan padaku.

Insiden di café : Aku rasa aku dah bayar, so sepatutnya atas benda yang aku dah bayar ikut harganya, aku ada hak untuk diberikan sesuatu yang baik jugak sebagai pulangan....Kita selalu harap bila kita dah bagi yang terbaik, maka kita juga dibalas dengan sesuatu yang baik.

Insiden di tepi masjid : Betapa malasnya aku nak ke masjid, tapi atas sebab baju aku basah, aku gi jugak masjid tu....Bila kita susah kita ingat nikmat yang Allah bagi, tapi bila senang kita selalu lupa.

Dan doa lelaki di dalam masjid tadi....

Setiap hari aku berdoa pada Allah…
Aku minta Allah bagi yang terbaik dalam study, supaya Allah bagi aku lepas exam… dengan marks yang ok, supaya aku dapat jawab exam dengan baik…tapi..aku tak usaha sehabis boleh dan yang paling baik aku mampu buat, ada mood study, selalu jugak malas-malas…

Aku minta Allah bagi aku kesempatan masa untuk buat banyak perkara, kerana merasakan yang masa selalu saja tak cukup…tapi bila tiba masa terluang…masa tu aku gunakan tuk buat mende2 yang kurang berfaedah…nikmat masa Allah bagi aku tak jaga baik-baik…

Aku minta Allah matikan aku dalam keadaan yang baik, supaya terlepas azab kubur, tapi aku tak siapkan diri aku sehabis baik untuk mati dengan baik, pegi masjid malas, solat nak yang mudah-mudah je, tapi aku mintak Allah sediakan tempat yang selesa dan bahagia di alam kubur….

Aku mintak Allah bagi jodoh yang baik untuk aku, supaya dapat orang yang paling sesuai, yang solehah, yang boleh sama-sama ngan aku masuk syurga, tapi aku tak berusaha sungguh-sungguh untuk jadi soleh, hubungan lelaki pompuan aku kurang jaga batas-batas dan rasa biasa-biasa je kawan-kawan ngan pompuan padahal aku tahu semua tu Allah tak suka
……………………

Yang terbaik untuk yang BERUSAHA menjadi Yang Terbaik…

Allah tidak pernah mengharapkan kita menjadi yang paling hebat, juga yang paling solehah atau soleh.
Allah cuma minta kita berusaha untuk menjadi yang  terbaik.. atas usaha yang kita lalukan, moga-moga Rahmat Allah akan bersama kita untuk dipilih menjadi tetamu di taman syurgaNya.
Kerana usaha kita itu tidak akan mampu untuk membalas segala nikmat yang Allah beri, tapi kesusahan dan perit jerih itulah yang menjadi nilaian di sisi ALLAH.
Kita mintalah yang yang terbaik dari Allah, mintalah syurga yang paling tinggi, Syurga Firdaus! Tapi jangan lupa yang ianya perlulah kita selarikan dengan usaha yang tidak berbelah bahagi untuk mencapainya…

Saya mengingatkan diri saya yang sering terlupa akan hal penting ini. Saya juga mengingatkan sahabat-sahabat agar kita sama-sama melakukan perubahan dan berusaha menjadi insan yang terbaik untuk ALLAH. Moga usaha kecil kita di dunia mendapat tempat di sisiNYA.

Assalamualaikum warahmauLLAHi wabarakaatuh….

*Kisah-kisah di atas adalah satu kisah yang saya rangka untuk menghuraikan isi sebenar di sebaliknya. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi.

Tuesday, January 19, 2010

Kesatlah Airmata itu..





"Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul.."

Seringkali pabila sesuatu dugaan menimpa seorang insan, walau apa jua yang disampaikan oleh insan-insan disekeliling untuk menenangkan hati, pasti tidak akan sama perasaan yang ditanggung seperti yang mengalaminya.Pasti anda juga pernah mengalaminya bukan?


Inna Lillahiwainna ilaihi raji'un..Beberapa hari lepas saya menerima satu berita yang menyedihkan dari seorang sahabat. 


Ikatan yang terbina putus di tengah jalan..


Bukan semua perpisahan yang berlaku itu atas sebab-sebab kecurangan atau insan ketiga, lebih menyedihkan bila ia berlaku atas sebab-sebab yang mungkin tidak dapat dielakkan dan terpaksa. Dan sahabat saya ini salah seorang daripadanya. Banyak juga kisah-kisah lain yang saya dengar sebelum-sebelum ini, soal jodoh sememangnya satu ketetapan Allah yang tidak siapa mampu menjangkakannya, baik lelaki mahupun perempuan, pengalaman yang ditempuh sememangnya akan lebih mematangkan dan memberikan satu kekuatan pada diri.


60 tahun, yang tinggal hanya kenangan...


Bila mendengar kisah sahabat saya, teringat arwah wan dan aki yang telah kembali ke rahmatuLLAH sewaktu saya disekolah menengah. Arwah wan dan aki berkahwin dari umur mereka belasan tahun, orang-orang kampung yang hidupnya di pendalaman Pahang, Jerantut. Papa selalu bercerita tentang betapa susahnya hidup mereka di waktu itu. Sebiji telur pun perlu dikongsi bersama-sama adik-beradik yang lain.


Arwah aki selalunya akan pergi berbulan lamanya ke Kuala Lumpur hanya dengan berbasikal demi menjual beras sebagai mata pencarian. Apabila papa semakin dewasa, dengan berbekalkan sedikit modal, arwah aki mula membuka sebuah kedai runcit. Kedai runcit arwah aki masih ada sehingga hari ini, diuruskan oleh ibu saudara saya di kampung.


Kesusahan, pahit manis hidup ditempuh bersama sampailah Allah memanggil Arwah aki di usia 80 tahun sewaktu saya di tingkatan 1. Waktu itu kalau tak silap saya bulan rejab. Arwah aki pergi tanpa sebarang sakit serius, cuma sekadar demam-demam biasa pada mulanya. Waktu itu, saya terfikir...
bagaimanala agaknya perasaan arwah wan? 


60 tahun..60 tahun hidup bersama, turun naik, dari sesusah-susah kehidupan sehingga apa yang telah dibina dan anak-anak semuanya telah dewasa, berkerjaya dan berkeluarga, pasti rasanya seperti hilang separuh dari kehidupan.


Di hari Arwah aki meninggal, arwah wan cuma diam. Dia memberitahu kami yang kakinya terasa sejuk, dia merasakan yang masanya juga tak begitu jauh lagi. Kami semua terdiam. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 3 tahun selepas pemergian arwah aki, wan pula menyusul jejak langkah yang sama. Inna lillahi wainna ilaihi raji'un..


Jadikanlah kisah Ummu Salamah penyejuk hatimu...


Pernahkah anda mendengar kisah Ummu salamah, seorang Ummuhatul Mukminin? 


Sebelum beliau berkahwin dengan Rasulullah, dirinya merupakan isteri kepada Abu Salamah, seorang sahabat nabi yang amat dikasihi oleh nabi, antara yang pertama memeluk Islam dan merupakan orang yang penuh didadanya semangat jihad untuk berjuang menegakkan Islam.


Banyak peperangan yang telah disertai oleh Abu Salamah, antaranya 2 peperangan besar yang selalu kita dengar2 dari kecik, perang Badar dan Uhud. Dalam perang Uhud ni, Abu Salamah cedera parah dan luka yang ada padanya berterusan sampailah keadaan Abu Salamah semakin hari semakin teruk. Satu hari, Abu Salamah memanggil Ummu Salamah dan beritahu sesuatu pada Ummu Salamah,


" Aku mendengar sesuatu yang disampaikan Rasulullah. Tiada  seseorang pun yang apabila ditimpa musibah, dan kemudian mengucapkan Istirja'(Inna Lillahi wa'Inna 'Ilaihi Raji'oon'), kemudian menyatakan 'Ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon diberikan ganjaran atas kesusahan yang Engkau timpakan, Ya Allah, kurniakanlah aku ganti yang lebih baik darinya', melainkan Allah akan mengurniakan apa yang dipintanya".


Ummu Salamah kemudiannya berkata, " Aku mendengar yang sekiranya seorang suami itu meninggal dan dia seorang tetamu Allah di syurga, dan iserinya pula tidak mengahwini orang lain selepas suaminya, maka Allah akan menemukan mereka semua di dalam syurga. Begitu juga bagi seorang suami..". Abu Salamah kemudian berkata, " Mahukah kau mengikuti permintaanku?" Umm Salamah membalas, " Sekiranya aku tidak mahu mengikut arahanmu, maka aku tidak akan berbincang denganmu tentang hal ini"


Lalu Abu Salamah menyatakan, " Sekiranya aku mati dahulu, berkahwinlah sekali lagi". Dan beliau meneruskan, "Ya Allah, kurniakanlah Ummu salamah seorang lelaki yang lebih baik dariku, yang akan menjaga Ummu Salamah sebaik-baiknya dan tidak akan berbuat jahat kepadanya". Dan selepas itu, Abu Salamah pergi menyahut seruan Illahi.


Ummu Salamah sangat sedih dengan kematian Abu Salamah, setiap kali terfikir tentang suaminya, dia teringat nasihat yang diberikan oleh Abu Salamah tentang doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada suaminya. Ummu Salamah mengamalkan doa ini dan terfikir-fikir , siapakah lelaki yang lebih baik dari suaminya? 



Selepas tempoh iddahnya, beberapa sahabat Rasulullah s.a.w segera melamar Ummu Salamah sebagai tanda hormat terhadap suaminya yang telah berkorban demi Islam. Disamping untuk melindungi diri Ummu Salamah. Antaranya termasuklah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab , tetapi Ummu Salamah menolaknya.
Siapakah yang bakal menggantikan Abu Salamah? Apakah ada insan yang lebih baik dari Abu Salamah yang akan melamarnya? Segala persoalan yang bermain di kotak pemikiran Ummu Salamah akhirnya terjawab pabila dirinya dilamar oleh Rasulullah s.a.w sendiri. SubhanAllah..Inilah rupanya hasil doa dan kesabarannya. Kehilangan Abu Salamah telah diganti oleh Allah dengan sebaik-baik manusia --> Rasulullah s.aw.
Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah memberitahu Rasulullah, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”
Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu...maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua...sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu...maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”
Hilanglah rasa ralat di hati Ummu Salamah. Lamaran sebaik-baik manusia itu diterima dengan rasa gembira. Status Ummu Salamah akhirnya meningkat -- menjadi salah seorang Ummahatul Mukminin...
Allah sedang berbicara dengan kita..
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Mungkin kita runsing serta gelisah memikirkan apa yang terbaik, tetapi jauh diatas segalanya Dia telah mengatur apa yang terbaik dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. Itulah jalan Tuhan, indah dan tepat pada masaNya.... 
Sama-samalah kita mengamalkan doa yang diajarkan oleh Rasulullah, doa yang menjadi amalan Ummu Salamah di saat-saat kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya.
Umm Salama, the wife of the Apostle of Allah (may peace be upon him), reported Allah’s Messenger (may peace be upon him) as saying: If any servant (of Allah) who suffers a calamity says:” We belong to Allah and to Him shall we return; O Allah, reward me for my affliction and give me something better than it in exchange for it,” ‘ Allah will give him reward for affliction, and would give him something better than it in exchange. She (Umm Salama) said: When Abu Salama died. I uttered (these very words) as I was commanded (to do) by the Messenger of Allah (may peace be upon him). So Allah gave me better in exchange than him. i. e. (I was taken as the wife of) the Messenger of Allah (may peace be upon him). (Muslim)

عن ام سلمه رضي الله عنها قالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : « ما من عبد تصيبه مصيبة ، فيقول : إنا لله وإنا إليه راجعون : اللهم أجرني في مصيبتي ، واخلف لي خيرا منها، إلا أجره الله تعالى في مصيبته وأخلف له خيرا منها . قالت : فلما توفي أبو سلمة ، قلت كما أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخلف الله لي خيرا منه رسول الله صلى الله عليه وسلم . رواه مسلم .
Moga sahabat saya terus tabah menempuh dugaan yang cukup hebat ini. Kekuatan itu dari Allah, untuk mendapatkannya, dekatilah dan pasakkanlah keyakinan pada Allah, yang terbaik buat diri kita akan menyusul kemudian...
 "When Allah puts you through a trial, He does so because he loves you                                                                                                  and wants you to wake up and be a better Muslim"




Monday, January 18, 2010

Make a wish!



Seperti baru semalam baru berkenal-kenal di PASUM..hari ini kalian sudah menginjak setahun ke hadapan...
Seperti baru mengenali Hetty sewaktu mula-mula menjadi teman sebilik di PASUM...
Seakan baru semalam juga menerima lawatan faeza bersama Odah di bilik saya di PASUM....
hari ini tinggal lagi beberapa bulan kita akan berpisah membawa haluan masing-masing di alam pekerjaan
bi iznillah..

Sepantas masa berjalan..seakan tak sedar telah banyak kenangan yang telah dilalui bersama..

Turun Naik kehidupan, pasang dan surut, di waktu susah juga senang..

Imam Syafi'e berpesan..."Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan..Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihlah, sebab demikianlah hidup itu diciptakan" ..

Moga hari lahir yang mendatang diiringi dengan kasih sayang Allah atas kalian sehingga hari pertemuan di hujung nyawa dan alam seterusnya..

Selamat Hari Lahir ke -24.. Sanah Helwah ya Jamilah...^_^

Friday, January 15, 2010

Panah tepat pada Impianmu!

salam semua,


harapnya dalam keadaan yang sihat wal-afiat menempuh kesejukan musim shita'. Macam study dan kehidupan seharian masing-masing? Moga-moga hari-hari yang ditempuh penuh dengan pelbagai perkara-perkara baru yang memberi pengajaran berguna untuk kehidupan.


Saudagar Padang Pasir, Impiannya tinggi, Usahanya keras..


Semalam saya, fez, sara dan kilah pergi melawat kak da dan ustaz din sekeluarga. Banyak juga yang kami borakkan bersama daripada kehidupan sehari-hari, kepada perkongsian kak da tentang pengalaman jadi suri rumah dan mengandung serta bersalin, lalu bersambung pula kepada celoteh ustaz tentang impian nya jadi businessman berjaya. Sambil-sambil kami melayan anak-anak mereka, wafa' dan dhiya' yang memang sangat-sangat cute. Ustaz ada rancangan baru, projek besar katanya, modal juga bukan calang-calang, sape nak tahu kene tanya dia....hehe


"Korang semua patut satu hari kongsi-kongsi bina satu hospital. Mesti modal kene besar tu, berjuta-juta. Takpe tak mustahil, mula lah dengan yang kecil dulu, bukak klinik ke, macam hospital najah tu(seorang hospital bersalin di Irbid), mula-mula hanya sekadar sebuah rumah je yang dijadikan kilnik kecil-kecilan, tengok sekarang", kata  ustaz.


"Memang dalam perancangan kami pun satu hari nanti, takpe nanti jumpa ustaz dah jadi saudagar kaya raya" Sara berseloroh.


"Saudagar Padang Pasir", sahut ustaz. 


Kami semua tergelak. Hebat sungguh impian ustaz, kak da kata ustaz ni banyak idea, macam-macam dia dah cuba, subhanAllah hebat sungguh orang yang ada otak bisnes ni. 


Sabda Rasulullah, “Pendapatan yang paling baik adalah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih.” (Riwayat al-Bazzar)*


Hasil usaha sendiri memang bukan satu perkara yang semua orang sanggup buat. Bermula dari bawah untuk mengejar impian.


Impian Besar Papa


Ayah saya juga seorang businessman, syarikat usahasama dengan seorang kawannya, mengambil tender untuk sistem IT dan computer di hospital-hospital.


Sewaktu pulang baru-baru ini, papa menunjukkan fail lama yang disimpan olehnya. Bermula dari sijil SRP kepada sijil-sijil setelah bergelar seorang engineer. 


Dari kecil, saya, kakak dan dua orang adik dibekalkan dengan fail sijil masing-masing. Seingat saya waktu tu saya di sekolah rendah, mungkin darjah 3 atau 4. Kakak saya berwarna hitam dan saya berwarna merah. Si kembar yang ketika itu masih belum bersekolah.


"Korang kene simpan semua sijil baik-baik, nanti satu hari nak tunjuk kat anak-anak", nasihat papa.


Ayah saya seorang yang hobinya kereta. Boleh kata sedari kecil, seandai ada masa lapang mesti dia akan menggilap keretanya. Saya pernah melihat seekor ladybirth tergelincir kat tepi penjuru kereta Volkswagen papa. hehe nak kata betapa licinnya kereta yang dipolish hampir setiap hari.


Lakar Impianmu Dari Usia Muda


Papa pernah bercerita waktu kecik-kecik si zaman sekolah, satu hari dia nampak ada orang memandu kereta mercedes.
Dia beritahu aruah wan saya waktu tu, " Mak, satu hari taju akan beli kereta tu". Wan cuma senyum.


Sewaktu mula-mula kawin, kereta pertama papa cuma kereta kodok.(maaf saya tak tahu apa nama kereta ni, seingat saya dari kecil kami cuma panggil kereta kodok). Warna Navy blue, saya cuma pernah tengok dalam gambar, waktu tu tak lahir lagi. 


"Satu hari papa mesti beli mercedes lampu bulat warna hitam", impian ni papa selalu sebut-sebut sejak dari kami kecil. 


Saban tahun dari kecil hingga besar, saya pun dah tak ingat berapa kali kami bertukar kereta. Dari kereta kodok ke Van berwarna biru, proton saga merah, honda aircord biru cair dan macam-macam lagi. 


Sampaila bila melangkah ke sekolah rendah, di darjah 4-6, papa bawak balik kereta syarikat volvo. Waktu tu masih kerja di bawah UEM. Dari tahun ke tahun, dengan bertukar syarikat ke RENONG, Metrohealt dan akhirnya ke syarikat sendiri pada hari ini.


Dan pada hari satu hari seingat saya mungkin di tingkatan 4 di sekolah menengah, papa bawak balik ...


 Kami semua sangat gembira, akhirnya impian yang papa pasang sedari sekolah menengah kini jadi kenyataan ! Alhamdulillah..


Dan beberapa tahun lepas, papa telah pun menjual kereta ni untuk membeli kereta lain pula..hehe


"Papa sebenarnya dulu nak jadi pilot, tapi sebab dah pakai speck dah tak boleh jadi pilot", papa beritahu kami sejak dari kami kecil. Kami tahu memang papa nak sangat jadi pilot, tapi apakan daya, dari darjah  5 papa dah mula pakai cermin mata.


"Papa apply pula untuk engineer MAS, dah lepas semua interview. Tengok ni semua surat-surat tawaran belajar di Dublin 5 tahun, tapi Wan pula tak kasi..aduii", sambil menyelak fail-fail yang ditunjukkan sewaktu saya balik tempoh hari.


"Wan tak kasi sebab apa?", saya bertanya.


"Sebab ada anak jiran sekampung kat Jerantut tu jadi engineer MAS, dan kene langgar dengan tayar kapal terbang, meninggal, jadi wan tak kasi, takut papa kene lenyek tayar kapal terbang".


Hehe, lawak jugak tapi munasabah la jugak alasan arwah Wan heheheh


Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat )( Surah al-Jumaat, ayat 10).


Dalam kita berusaha keras menggapai impian di dunia, jangan lupa ia hanya satu landasan untuk menggapai impian terbesar di hujung hayat - HUSNUL KHATIMAH.. dan sekaligus memandu kita kepada keredhaan ALLAh.


Jadi tetamunya di TAMAN SYURGA! 
Duduk bersama Rasulullah, Khadijah dan sahabat-sahabat nabi yang lain..subhanAllah..


Kawan-kawan semua macam mana?


Apa impian anda?







Thursday, January 14, 2010

Is elective course = cuti-cuti Malaysia?

Salam semua,


Baru je semalam saya dapat satu message dari seorang kawan di Malaysia. Elective course for 2 month..


" Elektif tak best la farah..bosan"


Saya senyum. Hehe..


Teringat waktu hari pertama masa buat elektif course dulu. Minggu pertama di labour room. Doktor pakar  yang saya jumpa pagi tu cuma beritahu..




"Ok kamu boleh buat procedure sekian-sekian(dia sebut satu-satu), join morning report, round pagi mula kul 9.30, klinik pun ada bleh join kalau nak. sekarang boleh pergi ke labour room  kat tepi ni, ok all da best"


Blur...saya pun pergi ke labour room. Seperti rusa yang masuk kampung, rasa tersangat la asing dan taktahu nak buat apa. Masuk-masuk tengok semua orang tengah sangat-sangat busy dan kehulur kehilir dengan kerja masing-masing. Saya perkenalkan diri pada beberapa nurse. Mereka mengangguk dan senyum. Mujur waktu tu ada seorang adik ni yang juga sedang buat elektif(student russia). Malangnya..hari tu hari terakhir adik tu...


ok, panjang plak kalau citer semua mende satu-satu hehe...so kita trus pada pokok pangkal entry..sekadar pencerahan buat semua yang zaman-zaman bosan(ada ketikanya) adalah satu normal symptom yang mungkin most of us akan rasa ketika di alam elektif..jd bak kata pepatah :  alah bisa tegal biasa! :)


setelah melalui nearly 7 weeks elective course di malaysia, maka banyakla jugak perkara yang saya dapat blaja, apart from terzahirlah beberapa kelemahan yang perlu di-brush up.


Why do you choose this hospital?


Soklan ni Dr. Kow(Dr kesayangan kilah) yang tanya saya masa 1 st week kat medical ward. Jawapan skema yang selalunya orang jawab..mesti korang bleh agak kan(melainkan korang ada skema lain)-- to get the oppurtunity learning on how to perform certain procedures and get familiarize with the cases usually seen in Malaysia etc


What do you expect from the elective course?


Soklan ni ditanya oleh Dr. Azlina(OnG specialist).Saya terdiam..apa matlamat yang saya tetapkan untuk elektif selama 2 bulan?


Sekarang saya nampak kata-kata berbaur nasihat dari kak dayah(jordan super2 senior, now still doin her HO in Kuala Pilah Hospital)..
"Akak cadangkan awak buat 1 month kat msia, and 1 month kat jordan, banyak mende bleh belajar dan lebih senang sebenarnya nak dapat something kalau buat kat hospital tempat yang kita blaja.."


bukanlah bermaksud yang kak dayah promote suruh buat kat JUST..but the point is..


What do you expect from your elective course? --> apakah matlamat yang nak dicapai?


Dr Kow cakap kat saya.. dont mess up yourself thinking nak wat all those procedures je, mende tu korang bleh catch up dengan cepat. Balik msia lepas grad nnt pegi je kat mana2 hospital cakap nak blaja procedure2 tu .Tapi mende yang paling penting is your BASIC KNOWLEDGE, talk to the patient, praktis beribu-ribu kali amek hx dan physical exam...look at how they manage the patient..


Fikir-fikir balik, kebanyakan daripada kita banyak fikirkan yang elektif course sebenarnya adalah 'cuti-cuti malaysia'..pegi spital, blaja sket2(paling penting kene wat procedures) dan balik umah..sebanyak mana peluang yang ada bleh balik awal dan datang on off..selagi takde hudurul ghiyab..mungkin juga diakhirnya doktor akan tanda tanpa buat assessment atau hanya sign dan ok! elektif kamu dah habis...


makanya..yeeeyy kita bleh cuti seperti tahun-tahun lepas..


dan bila kita pulang dari elektif..
"Ya Allah aku sebenarnya dah tak punya banyak masa..lagi few months from d final"
.akhirnya kita fikir.."Di mana masa2 aku dihabiskan?"

Elektif bukan merely cuti-cuti malaysia- partly no doubt, but not 70-90%


Memang diakui pulang ke msia bersama keluarga, untuk study bukanlah satu perkara yang mudah.. tapi as d saying goes - there's no short cut..kene jugak menggagahkan diri buka buku dan baca mana yang termampu..walaupun dalam alam yang separa cuti..percayalah, anda takkan menyesal bersusah-susah di waktu orang lain ber-happy-happy-an..


Malu bertanya sesat jalan - Siapa MALU dia RUGI


Tolak tepi malu dan segan untuk bertanya, kene jugak gagahkan diri pergi bertebal muka join round dengan semua HO dan MO serta pakar2 walaupun anda seorang sahaja student di situ dan yang paling penting, rajin-rajinkanlah diri borak-borak ngan makcik-makcik, pakcik-pakcik, atuk nenek adik kakak abang semua2 la patient-patient yang sedang menunggu anda di Malaysia...


Cuba2 la buangkan rasa nak balik awal tiap2 hari dan carikla mana2 saja sumber yang membolehkan korang dapat blaja sesuatu..walaupun hanya satu dalam sehari..walaupun hanya dengan menyalin apa-apa yang penting ditampal di dinding-dinding spital...hehe


Saya agak kagum ngan sorang kawan yang buat sekali elektif di hospital kajang, sempat seminggu je sekali satu rotation. Dia ni memang sgt2 observant, curious nak tahu semua mende. Boleh kata dr sebesar-besar mende yang boleh nampak ke sekecik-kecik benda..apa sahaja yang boleh ditanya, dia memang takkan segan nak tanya.. most of d days balik lambat sampai sanggup datang malam tuk penuhkan matlamat nak blaja something..subhanAllah memang patut dicontohi..part yang paling saya tabik spring--dia bukan buat elective course yang compulsary, it was just an optional one..sakadar mengisi masa cuti di Malaysia!




Doktor, boleh tolong call kan rumah saya ka ? bagitahu anak saya yang saya sulah boleh kluar...


Aunty ni dia ada chronic renal failure. A chinese. Regularly on dialysis. Neglected by her daughter which is the only child she has i guess. Dia citer yang anak dia hanya dtg melawat bawakkan nasik dan pergi. Dia harap yang she will die early, takyah nak menyusahkan anak dia. Mcm ada 1 iklan petronas, anak dia macam harap mak dia dok spital je takyah balik2 umah dah...aduhai..banyak sebenarnya kisah-kisah hidup masyarakat yang kita bleh dapat bila borak ngan patient..happening in our society...so sad


Orang malaysia boleh kata mostly sangatla berbesar hati untuk berkongsi cerita, expose their body untuk kita examine ..memang best kalau kita yang pilih ia untuk jadi best..tapi kalau kita dah letak dari awal balik elektif just for the sake of the holiday..maka kita akan rasa kebanyakkan masa adalah zaman-zaman bosan dan bosan dan bosan..melainkan apabila diberi peluang untuk buat procedures..which is of course for us-->the most exciting part..


Mind setting -- avoid overestimate or underestimate..


masa-masa bosan memang akan ada..masa-masa blur juga memang akan dtg dan pergi, kitalah yang memilih sama ada untuk terus bosan dan terus blur atau masa-masa kita diisi dengan sesuatu yang dapat dipelajari..menarik atau tidak- u decide it ^_^


buat procedure memang diakui satu pengalaman/percubaan yang best dan rasa nak wat lagi..tapi bukanlah matlamat utama yang patut diletakkan...


So...


JOM JADIKAN ELEKTIF  KITA SATU PENGALAMAN YANG SGT2 BEST..
YOUR PATIENT IS WAITING FOR YOU!

ARE YOU READY?



*kredit to kilah atas kesusah-payahan mengambil gambar2 ni..jasamu dikenang ^_^

Tuesday, January 12, 2010

Time for a change

Bismillahirrahmanirrahim..
salam semua,

dah lama tak menulis kt blog private..smalam bukak blog private yg dah berkurun tak update..n terjumpa mende ni..

"Menunda amal kebajikan kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan tanda kebebalan yang mempengaruhi jiwa" - Ibn Ataillah (ditulis pd thn 2007)

dr tahun ke tahun pk nak wat public blog, tp end up simpan blog buat tatapan sendiri..
Blog bersama kwn2 kadang2 bila ada masa yang sgt2 lapang baru dpt bagi satu dua entry..moga2 dgn adanya blog sendiri akan ada lebih driving force untuk update..hopefully
Mana tau buka pada public leh bagi benefit pd org lain...
Mungkin juga buat tatapan sanak sedara keluarga atau kenalan bila diri dah takde, moga2 kalian dapat manfaat barang satu dua..pk2 bila dah takde nnt, mesti semua bende peribadi akan dilupuskan..makanya penulisan je yang sy pk satu2 jalan yang jadikan apa yang kita nak sampaikan pd manusia tak lupus ditelan zaman(ilmu)

jadi, ini hasilnya..

Ambillah yang baik, dan jadikan yang tak baik sebagai sempadan

wallahu a'lam, moga Allah meng-istiqomahkan diri ni..

ok salam

START SOMETHING POSITIVE
Momentum can be difficult to establish. And that's what makes it so valuable. Because once you have it going in your favor, momentum can be hard to stop. With momentum on your side, small efforts can bring big results, and those big results can lead to even bigger ones. Yes, momentum takes some effort and commitment to put into motion. And it is very much worth the trouble. Take the time and make the effort to start something positive. Even though, in the short term, it would be easier and more comfortable to just do nothing, look past those immediate concerns. Look ahead to that point where momentum kicks in, and consider the value of putting it to work in your favor. Then get up, get going, and get to work on building that momentum. Start something positive, and create some valuable momentum. You'll be able to ride that momentum as far as you can imagine. --Ralph Marston