Friday, January 22, 2010

Adam, Mee Goreng, Air Lecak dan Doa Lelaki Misteri

Hujan renyai-renyai. Jarum jam pantas bergerak..
8.00 malam.

“Mana pulak deorang ni? Janji pukul 7.30”, sesekali mata Adam melirik pandangan luar kedai mamak yang penuh sesak dengan penghuni kota yang bertali arus.
Majalah yang terselit di poket beg galasnya diambil, jari-jemari pantas menyelak  semuka dua. “Alang-alang tunggu, baik jangan buang masa”. Sambil matanya membuat scanning pada halaman-halaman yang diselak…
“Mamak, nak order!”


Seorang remaja belasan tahun, rambutnya tersisir rapi, apron kemas mambalut tubuhnya yang kecil, datang menghampiri Adam. “Mahu makan apa encik?”
“Mee goreng satu, air oren satu”.
“Lain tada?”.
“Tu je dulu, jap lagi kawan saya datang baru tambah order baru”.
“Oo, wokeh, mee goreng sama air oren satu, siap!”.
Tiba-tiba mata Adam terpaku pada barisan kata-kata yang tercatat pada satu halaman dalam majalah yang sedang dibacanya.


HARGA DIRI DITENTUKAN OLEH TAQWA DAN IMAN : KES ANAK LUAR NIKAH MENINGKAT 30% TAHUN INI


“Hmm, budak-budak zaman ni, memang suka buat mende pelik-pelik, apa yang deorang pikirkan sebenarnya eh?”, persoalan itu menerjah kotak pemikirannya.
“Tapi takpela, yang penting aku tak buat, sape buat salah beranilah tanggung”.

Beberapa minit kemudian…
“Cak, dah lama ke tunggu?!”, tiba-tiba suara itu muncul dari belakang.
“Ya Allah, terkejut aku, apesal ko lambat sangat ni?”
“Sorry, aku punya hp tinggal kat umah, gi amek cik senah ni ha”, tangan Yati menepuk bahu Hasnah.
“Hmm banyak la alasan ko. Aku dah lapar ni, dah order dah pon. Hmmm, takpela korang order la plak”.
“Sorry, jangan le marah….Mamak, order!”.

"Apsal ko diam? Ko ok tak ni? Macam ada problem?", tanya Yati, melihatkan Adam yang seakan termenung jauh.

“Aku pelik. Apsal dak-dak kampus and certain kengkawan suka pandang slack kat kita bila kita makan sesame dalam café kampus eh?  Kita kawan je pon’, Adam menimbulkan persoalan.
“Heheh, apsal?Ada apa2 jadi ke? Nak wat cammane, buat semua mende pon boleh jadi salah, asal orang tak kacau kita sudah, betul tak ti”, Hasnah melontarkan pendapat.
“Setuju-setuju, takyah pk ape orang nak cakap, yang penting kita tahu apa kita wat, kita kluar makan-makan je pon, bukan buat mende tak elok”.

Seketika kemudian, remaja belasan tahun tadi datang sekali lagi. Kali ini dengan dulang berisi sesuatu, “Encik ini mee goreng dan air oren. Cik adik dua worang lagi, mau makan apa?”
“Kuetiau goreng satu, milo ais satu. Yati, ko nak makan pe?”
“Bagi saya Meehoon sup satu, horlick panas satu. Sejuk2 ni, ko minum air berais plak weh, kang sakit tekak baru tau”. Mata Yati menjeling Hasnah.
Adam cuma tersenyum. Pandangan lantas di alihkan pula ke juadah yang tersedia di depan mata. “Nampak macam best, ok aku makan dulu eh, dah lapar sangat ni, boleh gastric tunggu korang ni heheh”.
Sudu yang berisi mee berjuntai-juntaian disuap ke mulut, ‘Iskh, masinnya!”.
“Masin sangat ke?”, tanya Yati. Hasnah mengambil sejuntai mee di dalam pinggan dan menyuap ke mulutnya, “Ha’ah la, masin..masin!”.
“Hmm takpela, sebab dah lapar sangat, lantak pi la masin, aku nak makan gak”, Adam mengambil lagi sesudu mee yang berjuntai-juntaian.
“Yukksss ape tu?!”, Hasnah tiba-tiba seakan bertempik kecil.
“Apa?Mana?”, Adam cemas.
“Tuuuuuu…yang hitam tu, siap ada sesungut dia lagi gerak-gerak”.
“Haaa!Mana?Mana?”.
Yati menarik juntaian sesungut, “Niiii haaa…eeeee lipas !”. Bibir Hasnah mencebik, mukanya berkerut.
“Astaghfirullah, ape mende mamak ni bagi!Mamak! Sini!”.
                                                                   ………………………………….

Awan masih lagi memuntahkan isinya. Rintik-rintik titisan hujan menari-nari di tepian rambut Adam. Pandangan ditoleh ke kiri, ke kanan,  tiada kereta ! Dia meredah kesejukan malam, melintasi jalan yang penuh sesak dengan mobil-mobil yang bertali arus sebentar tadi.
“Adam, nak g mana?!”.
“Aku nak balik, mood ilang, takde selera nak makan, esok lusa kita janji lain plak eh”, wajahnya berkerut.
“Ko ok tak ni? Rileks la, makanan je pon, order lain je la, janganla ambik hati sangat”, Yati memandang Hasnah. “Takkan tinggalkan kitorang dua macam ni je tiba-tiba?!”.
“Sori aku takde mood dah nak makan. Hmm takpela, korang sambung la eh, aku nak balik dulu”.
Tubuh Adam hilang di dalam kepekatan malam dan hiruk pikuk kota yang penuh sesak.
…………………………………..

Malam masih muda. Jalan raya yang bersimpang siur, penuh sesak dengan mobil-mobil yang dipandu insan-insan penghuni kotaraya. Tiada titik noktah, ibarat aliran darah di dalam vena dan arteri yang tidak pernah lelah menjalankan tugas seharian. Tunduk patuh pada aturan fisiologi tubuh.

“Allahu akbar, Allahu Akbar”, alunan azan menyelubungi kawasan sekitar pintu utama kampus.
“Eh, dah masuk Isyak, hmmm tapi malas la nak g masjid, imam mesti baca panjang. Solat kat bilik je la”, getus Adam di dalam hati.
Matanya tertumpu pada masjid yang tersergam di hadapan pintu gerbang Universiti Teknologi Malaysia.
Dussshh…
Kereta proton saga merah itu meluncur laju. Pon ! Poooon!
 Air lecak sepantas kilat menyambar  tubuh Adam, membasahi wajah dan..
“Woi, tak nampak orang ke! Aduuhh, kuyup aku. Hish, lencan! Camne nak balik bilik ni, jauh lagi nak jalan. Terpaksa gi masjid la plak, abis dah basah sumer ni, adusss…”, Adam mengomel sendiri.
………………………………….

Dia melemparkan pandangan ke ruang utama solat lelaki. “Sikit je pon orang, hujan agaknya, tak ramai ke masjid”, getus hatinya.
“Adam lantas mengambil satu posisi di penjuru kanan masjid. Bersebelahan sebuah tiang.
Tangannya menyaluk poket kiri seluar, sapu tangan corak kotak-kotak berwarna biru dikeluarkan. Saki-baki air wuduk dilap perlahan-lahan. “Saaaaaaf”.
“Allahu Akbar”, Imam mengangkat takbir. Makmum-makmum yang ada segera mengekori di belakang.

10 minit berlalu…

“hmmm, kejap je pon. Ok gak semayang kat masjid. Tapi apsal aku selalu malas nak ke masjid eh?”, fikir Adam. Dia lantas duduk di posisi yang sama sebelum bersolat tadi. Tiba-tiba…suara itu sayup-sayup, tapi masih mampu didengari...

“Ya Allah, aku hambaMu yang lemah Ya Allah. Hidupku penuh dosa ya Allah. Aku ingin mohon padamu agar kau berikan yang terbaik padaku, tapi aku amat malu padaMu. Kau berikanlah aku yang biasa-biasa saja dalam hidup, dan yang biasa-biasa saja di akhirat. Ya Allah, aku mohon ampun padaMu kerana tak mampu jadi hamba yang terbaik untukMu”.
Adam mengekori suara itu. Insan bertubuh sederhana itu ada di balik tiang kurang  semeter dari tempat duduknya. Dia bergerak perlahan-perhalan menuju le tiang itu, cuba menghampiri lelaki itu.Wajahnya ditutupi tiang.

“Ameeeen…”. Lelaki itu bingkas bangun, seperti kesuntukan masa.
“Saudara!”, Adam memanggil. Insan itu menoleh. Wajahnya muram seakan menyimpan sesuatu yang pahit.
“Maaf ganggu. Tadi saya terdengar saudara berdoa. Cuma nak tanya, apsal saudara mintak yang biasa-biasa saja? Bukanke Allah suruh kita mintak yang terbaik untuk diri kita? Dan kita pun sepatutnya berharap untuk dapat yang terbaik”
“Oh, malunya aku, ko dengar apa yang aku doa?”, lelaki itu menundukkan pandangan.
“Aku taktahu, tapi aku amat malu dengan Allah. Aku rasa aku tak mampu nak buat yang terbaik, banyak sangat dosa yang aku buat. Atas sebab tu, aku rasa lebih baik aku mintak yang biasa-biasa sahaja dari Allah kerana aku mampu buat sebagai manusia hanya yang biasa-biasa. Aku cuma terfikir,  adakah kita layak mintak yang terbaik dari Allah bila kita tak berusaha jadi yang terbaik untukNYA?”.
Adam kaget. Bagai halilintar memanah dirinya! Suasana sunyi seketika. 

“Aku nak cepat. Sori, aku kene pegi dulu”, lelaki itu berlalu pergi meninggalkan Adam yang penuh tanda tanya. Mukanya bungkam.
……………………………………………………………….

2 November 2009, 10.30 malam

Hari ini benar-benar mengajar aku sesuatu dalam hidup. Aku bingung. Fikiran aku penuh dengan tanda tanya. banyak perkara yang berlaku, seperti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan padaku.

Insiden di café : Aku rasa aku dah bayar, so sepatutnya atas benda yang aku dah bayar ikut harganya, aku ada hak untuk diberikan sesuatu yang baik jugak sebagai pulangan....Kita selalu harap bila kita dah bagi yang terbaik, maka kita juga dibalas dengan sesuatu yang baik.

Insiden di tepi masjid : Betapa malasnya aku nak ke masjid, tapi atas sebab baju aku basah, aku gi jugak masjid tu....Bila kita susah kita ingat nikmat yang Allah bagi, tapi bila senang kita selalu lupa.

Dan doa lelaki di dalam masjid tadi....

Setiap hari aku berdoa pada Allah…
Aku minta Allah bagi yang terbaik dalam study, supaya Allah bagi aku lepas exam… dengan marks yang ok, supaya aku dapat jawab exam dengan baik…tapi..aku tak usaha sehabis boleh dan yang paling baik aku mampu buat, ada mood study, selalu jugak malas-malas…

Aku minta Allah bagi aku kesempatan masa untuk buat banyak perkara, kerana merasakan yang masa selalu saja tak cukup…tapi bila tiba masa terluang…masa tu aku gunakan tuk buat mende2 yang kurang berfaedah…nikmat masa Allah bagi aku tak jaga baik-baik…

Aku minta Allah matikan aku dalam keadaan yang baik, supaya terlepas azab kubur, tapi aku tak siapkan diri aku sehabis baik untuk mati dengan baik, pegi masjid malas, solat nak yang mudah-mudah je, tapi aku mintak Allah sediakan tempat yang selesa dan bahagia di alam kubur….

Aku mintak Allah bagi jodoh yang baik untuk aku, supaya dapat orang yang paling sesuai, yang solehah, yang boleh sama-sama ngan aku masuk syurga, tapi aku tak berusaha sungguh-sungguh untuk jadi soleh, hubungan lelaki pompuan aku kurang jaga batas-batas dan rasa biasa-biasa je kawan-kawan ngan pompuan padahal aku tahu semua tu Allah tak suka
……………………

Yang terbaik untuk yang BERUSAHA menjadi Yang Terbaik…

Allah tidak pernah mengharapkan kita menjadi yang paling hebat, juga yang paling solehah atau soleh.
Allah cuma minta kita berusaha untuk menjadi yang  terbaik.. atas usaha yang kita lalukan, moga-moga Rahmat Allah akan bersama kita untuk dipilih menjadi tetamu di taman syurgaNya.
Kerana usaha kita itu tidak akan mampu untuk membalas segala nikmat yang Allah beri, tapi kesusahan dan perit jerih itulah yang menjadi nilaian di sisi ALLAH.
Kita mintalah yang yang terbaik dari Allah, mintalah syurga yang paling tinggi, Syurga Firdaus! Tapi jangan lupa yang ianya perlulah kita selarikan dengan usaha yang tidak berbelah bahagi untuk mencapainya…

Saya mengingatkan diri saya yang sering terlupa akan hal penting ini. Saya juga mengingatkan sahabat-sahabat agar kita sama-sama melakukan perubahan dan berusaha menjadi insan yang terbaik untuk ALLAH. Moga usaha kecil kita di dunia mendapat tempat di sisiNYA.

Assalamualaikum warahmauLLAHi wabarakaatuh….

*Kisah-kisah di atas adalah satu kisah yang saya rangka untuk menghuraikan isi sebenar di sebaliknya. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi.

10 comments:

  1. (Tepuk tangan sampai henjut2 bahu macam dalam audible)...

    Thanks dan tahniah utk penulisan cerpen ringkas ni. Maknanya mendalam. Hanya mereka yang membaca dengan 'mata hati' yang dapat menghayatinya..:)

    K.O.W!!
    Bukan Dr kow ok.. Maksud die, keep on writing! Hehe

    ReplyDelete
  2. pendapat peribadi..

    tidak salah memohon yang terbaik daripadaNya
    sebab terbaik daripada Allah itu subjektif

    mungkin musibah pada kita tak baik, tapi itulah yang terbaik di sisiNya, lihat dengan mata hati

    yang penting yakin dalam hati, Allah tidak menganiaya hambaNya

    bukankah sangkaan Allah itu dalam sangkaan hambaNya..

    pohonlah yang terbaik, sebab hanya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita yang dirahsiakanNya di LUh Mahfuz sana

    setuju dengan kata2 penulis, pohonlah syurga Allah
    dan usahalah untuk mendapatkannya

    melalui permohonan dan doa penuh keyakinan untuk mendapatkan syurgaNya,
    saya yakin Allah akan buka dan mudahkan jalan ke sana

    Doa satu senjata, kita tak nampak. Tapi apa yang buat senjata itu kuat? Keyakinan pada yang Maha Memaqbulkannya.. itulah senjata terhebat

    Kita ada DIA.. mohon yang sebaiknya, agar ALLAH mudahkan jalan kita untuk lakukan sebaiknya untuk dapatkan yang terbaik.. kemudahan beriman, beramal dalam Islam, dan berusaha bukankah atas bantuan Allah jua...

    teringat satu kata-kata pesanan

    "Mereka yang malu memohon kepada ALLAH selalu adalah di antara yang tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit-bibit kufur"



    sebab tu ada doa munajat
    "Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu, tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu"

    ALLAH itu tahu, kita malu sebagai hamba yang banyak dosa, tapi kita mahu syurga dan lepas dari nerakaNya...

    Kita memang kena minta, sebab kita hanya HAMBA... tak punya apa..

    maaf andaiada khilaf

    mari memohon sebagai seorang HAMBA...

    wallhua'lam

    ReplyDelete
  3. fez..
    takde ape pon..ni semua berkat sokongan ko eceh hehe..ko tepuk tangan sambil henjut2 bahu?hehe cuba ko try tepuk tangan sambil henjut2 bahu(buat demo btul2).mesti rasa macam lawak n mcm terseksa rasa hehe(try la cuba skali^_^)

    Sarah..

    Tq2..doa yang kita tulis tuk lelaki misteri tu sekadar satu perkara yang kita terpk..kita pk- dalam dunia ni ada ke org bleh doa camtu eh, sebabnya rasa2 macam semua manusia pon akan doa mintak yang terbaik.jd sbenarnya ia cuma imaginasi kita.tapi kita pk apakah nilaian yang terbaik di sisi Allah bila manusia mintak drpd Allah..mcm yang sara ckp- memang terbaik itu subjektif..

    yang paling penting - percaya bahawa segala ketetapan Allah itulah yang terbaik..terbaik di mata Allah, bukan terbaik di mata manusia yang lemah n taktau apa2 ni..^_^

    ok tq atas pendapat yang bernas..assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. salam alaik akk..

    huhu..bestnye cerpen ni..
    ada kakak penah btau sy..
    klu nk masuk syurga, kenela berkelakuan mcm ahli syurga..n vice versa..
    mcm yg akk ckp plak..
    klu nk jd yg terbaik, maka kene la berkelakuan dlm erti kata berusaha ke arah menjd yg terbaik..
    bittaufeq ala kulli hal..

    ReplyDelete
  5. Tahniah.

    Penulisan yang menarik.
    Semoga apa yang cuba disampaikan akan sampai ke hati mereka semua. Bagus juga kadang-kadang kita sampaikan dalam bentuk cerita. Tidaklah terlalu jemu untuk membaca artikel nyer ajer ek.

    Tetapi apakan daya. Tak reti nak tulis cerita. Baca cerita orang bolehlah.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...
    thumbs up dik...cerita ni sgt bagus...
    tersentap jugak...

    ReplyDelete
  7. salam..

    Ayyash..persiapan yang dibuat pada hari inilah yang bakal menjadi titik tolak kehidupan di masa akan dtg..sama2 manfaatkan usia muda sebaiknya kerana ia takkan berulang untuk kali ke2..Bittawfeq untuk awak juga ^_^

    ReplyDelete
  8. kher..
    Jzkk,biasa2 je pun ni, idea yang terlintas tiba2..

    Tkpe kalau bkn crita, mgkin boleh disampaikan dalam bentuk lain, teruskan juga menulis..

    ReplyDelete
  9. kak muui..

    dah lama tak borak2 ngan akak..nnt kita nak call akak la..lama dah tak tukar2 citer2 best.tgk n komen status akak kt fb je hehe

    ReplyDelete