Tuesday, March 30, 2010

Nek, selamat hari jadi !

salam,

Oh nampaknya esok adalah 31/3/2010..
maka tibalah Birthday satu VVIP(very very important person)..

Penulisan ini khas buat nenek yang tersayang di rumah..


Selamat Hari Jadi Nek !!!

Kami bertiga di mesir dan joden mendoakan semoga nenek dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah sentiasa..
Terima kasih sebab jaga kami dengan penuh kasih sayang dari kecik sampaila sekarang semua pun dah besar panjang...^_^

Kami sayang nenek ! Tata nek..jumpa di Malaysia nanti...

 * mungkin ramai tertanya-tanya adakah nenek saya membuka internet dan membaca blog?..hehe..jgn khuatir, kakak sayalah operator tak bergaji yang selalu menyampaikan info-info buat nenek dan seisi keluarga di malaysia(sehingga mama juga telah mempunyai facebook sekarang, mantap la Arah!)..sekian

Friday, March 26, 2010

Memang Terbaik ! SubhanALLAH !


SURI rumah, Azlin Hassan,36 menunjukkan sebatang pokok pisang sematu yang ditanam di tepi rumahnya kembali berbuah meskipun telah ditebang kira-kira dua bulan lepas di Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan, 23 Mac. - Utusan/MAHATHIR ALI



Dan bukankah(Allah) yang menciptakan langit dan bumi, mampu menciptakan kembali yang serupa itu(jasad mereka yang sudah hancur itu)? Benar, dan Dia Maha Pencipta, Maha mengetahui.

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu...



Maka Mahasuci(Allah) yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan..




Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan???
Ayuh kita sujud !

Tuesday, March 23, 2010

Kata-kata manis disepanjang jalan..

"ku mahu menimba ilmu..
Agar ku mampu majukan ummatku..
Berusaha perlu..
sedaya yang mampu
dan berserah padamu..Allah yang satu..
Menuntut ilmu
bersabar selalu
tetapkan diriku..
dengan azam baru..."
-Alam persekolahan by Mirwana-

Mendengar lagu-lagu mirwana mengingatkan saya kepada zaman sekolah di maahad dulu. Sudah 19 tahun saya jadi penuntut ilmu. Bermula dari tadika maria kajang, mama & papa memasukkan saya ketika berumur 4 tahun. Sejak sekolah rendah, mama dan papa memang telah menanamkan dalam diri kami adik beradik belajar rajin-rajin tu sangat penting. Tapi meraka tak kisah pon dapat nombor berapa di sekolah dulu, kami tak pernah dimarah atas apa sahaja keputusan yang kami dapat, yang penting usaha tu perlu bersungguh-sungguh.
Saya masih ingat mama menyemak hafalan sifir saya sambil membasuh ikan di dapur, sambil buat keje-keje umah lain. Masih ingat juga papa yang akan memberikan hadiah setiap kali dapat keputusan exam. Semua adik beradik kami akan diberi ganjaran mengikut keputusan. Nombor 1-50 ringgit, no.2 40, no.3 30 ringgit dan 4 ke atas akan dapat hanya 10 ringgit, tapi kalau buat muka kesian dapatla lebih sikit.

Ini semua cerita bertahun-tahun lepas, 6 tahun saya menyambung di JOrdan - waktu saya berlajar hidup sendiri bersama kawan-kawan, banyak belajar berdikari, belajar kerja dalam persatuan dan yang paling penting- belajar mengenal apa erti kehidupan yang sebenar. Di zaman sekolah, belajar rajin-rajin yang saya target hanyalah untuk dapatkan nombor paling baik dalam batch dan untuk dapat tawaran bagus, lanjutkan pelajaran di luar negara. Tapi ternyata belajar itu dan hidup ini tujuannya bukanlah sejumud itu -- alhamdulillah saya dapat semua itu di Jordan ini.

Pejam celik pejam celik, exam final sudah semakin hampir, seperti  nyawa yang sudah sampai ke kerongkongan. Enam tahun memang sangat pantas berlalu..kini tinggal sebulan lagi sebelum final medical school. 19 tahun saya jadi penuntut ilmi, inilah exam terakhir sebelum saya  akan melangkah ke alam baru - alam memikul tanggungjawab dan bertanggungjawab atas segala keputusan dan tindakan - kerana bukan tugas ringan, tugas yang melibatkan nyawa manusia.

Antara kata-kata semangat yang tak dapat saya lupakan..

Ketika itu exam final tahun 5, saya menelefon mama kerana merasa dahsyatnya nak exam 11 subjek berturut-turut. Pesan mama, "Belajarlah rajin-rajin untuk masa depan anak-anak ko nanti"..waaahh saya terkejut dengar nasihat ni, "Jauh sangat tu ma, lawak plak rasa" .. "Eh betullah, belajar rajin-rajin untuk masa depan anak-anak kita nanti".. Fikir-fikir, betul! Hidup mesti punya visi jangka masa panjang.!

Ketika di tahun 2 kalau tak silap saya, saya menelefon papa waktu itu. Mengadu yang takut nak masuk exam, risau dan macam-macam lagi. Pesan papa, " Laa yang senang ko boleh buat, takkan yang susah ko takleh buat"..saya terdiam kejap.."Eh macam terbalik je tu pa, patutnya yang susah ko boleh buat, takkan yang senang tak boleh"..papa gelak besar.."Betulla yang senang ko boleh, yang susah ni mesti boleh jugak"..saya tergelak. Papa memang selalu bagi nasihat yang pelik-pelik ayatnya, tapi penuh makna sebenarnya. Tak kira susah atau senang, yakinlah pada diri. Mesti boleh buat !


Kakak saya juga selalu bagi nasihat yang lawak-lawak. Pernah ketika saya hendak exam OnG baru-baru ini, saya memberitahu kakak yang rasa macam baca banyak mana pun tak habis-habis hafal, rasa buntu jadinya. Pesan kakak saya, " Orang bodoh je rasa tension ni "..Pang! Adoi dahsyatnya nasihat hehehe. Dia gelak. Betul, maksudnya kalau nak jadi pandai, janganlah tension-tension, belajar je semampunya..

Banyak lagi kata-kata semangat lain yang saya ingat, tapi ini antara yang ingin saya kongsikan. Adik-adik saya, nana dan ijai, nenek saya yang juga tak jemu-jemu berikan semangat untuk saya tidak putus asa, dan sampai ke stage ini.  Untuk kawan-kawan sebatch yang sama-sama ingat mengingatkan saat susah dan senang. Saya mesti takkan lupa wajah kilah setiap kali ingin memberikan nasihat, penuh konsentrasi dan serius sekali. hehe. Shuk yang tidak pernah jemu menelefon saya di mana saja untuk bertanya kabar dan berikan booster untuk study bersungguh-sungguh. Fez yang memberikan saya inspirasi--Usaha rajin2, kita mesti boleh buat ! Heti yang banyak sekali kata-kata dari buku chicken soup dalam poketnya, mintak saja, pasti ada saja yang boleh dikongsi. Sara yang selalu memberikan info-info medik yang berguna. Kiltik yang memperkenalkan pada saya trademark kami untuk menaikkan semangat- temukan jari telunjuk kita dan kawan kita, kemudian angkat bersama-sama ! Mereka tak jemu-jemu mengingatkan saya baca buku banyak-banyak, jangan banyak borak hehehe

Semalam juga baru bertemu dengan jui, antara nasihat jui - makan mesti ikut waktu, bersenam setiap hari untuk kuatkan stamina dan kita mesti baca buku banyak-banyak !

Juga satu kata-kata inspirasi dari seorang sahabat lama yang dikagumi selalu, yang tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat. Ketika saya merasa bodohnya di Malaysia waktu elektif kerana banyak sangat yang saya sudah lupa, dia memberitahu..
"Biasalah tuh, kita manusia ni nak menghafal tu senang, 
nak mengekalkankan tu yang mencabar jgklak. Lagipun setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, so kenelah berusaha untuk terbaik"

Katakan ianya mencabar, elakkan berkata susah !

Juga buat semua sahabat-sahabat sebatch lain yang bersama-sama naik turun hidup di Jordan. Kawan baik saya di Malaysia, As, Una dan Husna. Di German, Yam. Di UK, Kelly. Di Mu'tah dan mafraq, Basyirah, Syira, Ain, sadiqah, najwa, ramlah dan semua sahabat-sahabat lain. Adik-adik jr Just dan Yarmouk yang kuat berusaha, liya, ziela, pia,ain zubaidh, along, adik, arikah, tikah, munirah, husna, ku, aishah, umairah, miza, kinah. Juga seorang jr yang bukan adik hehe - Ain matamu amat berharga, takkan saya lupa hadiah muffin kecik yang ain berikan. Maaf sgt2, terlalu ramai, tak terlulis semuanya.


Simpankan saya memori ini dalam kanvas kehidupan. 
Simpan ia dengan rapi untuk tatapan masa depan.
Ia kenangan manis yang bakal dikenang hingga hujung nyawa....

Jari-jemari  saya susun, memohon beribu kemaafan atas segala salah silap..
Halalkan segala yang terlebih terkurang,
Terima kasih yang tak terhingga atas semua yang kalian berikan..

Mohon doakan kami final exam terakhir kami ini...

ALLAH Yujzikumul Khayr..wassalam

Wednesday, March 17, 2010

Maratib AMAL - Mulakan dengan DIRI INI..

Pesta khatan berkepit pondan..
2010/03/17

KUALA SANGLANG: Bagaikan kabaret. Perbuatan beberapa penduduk menari bersama mak nyah yang berpakaian seksi sambil meneguk air ketum bagi mendapatkan ‘mood’ berjoget lambak bersama pasangan dikesan di sebuah rumah penghuni Kampung Kuala Sanglang di sini, malam kelmarin.

Malah, sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan turut dilihat seolah-olah ‘lalok’ kerana kebanyakan mereka dipercayai berada di bawah pengaruh air ketum yang dikatakan turut disajikan sepanjang pesta kenduri kampung berkenaan....

Difahamkan, semua pondan yang berperwatakan tidak ubah seperti wanita itu dipercayai dibawa sebagai tarikan bagi tujuan pesta sempena majlis khatan yang diadakan pada sebelah pagi di rumah terbabit.
Bagaimana majlis khatan boleh menjadi sebuah pesta joget?                                          
Pemuda parah dibelasah dalam kawasan masjid
2010/03/17
     
KUALA TERENGGANU: Gara-gara kasih tidak kesampaian, seorang remaja lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan gadis dicintainya petang kelmarin.
Mohd Zulhafis Mohd, 19, dibelasah di sebuah masjid di Bukit Tok Beng, Seberang Takir, dekat sini, sebelum dibawa seseorang ke Klinik Kesihatan Teluk Ketapang untuk mendapatkan rawatan.
Rumah Allah sudah tidak dihiraukan ?










KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.
Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu...
sumber : Harian metro, 8 Mac
Perogol JUNIOR, 11 dan 12 tahun??
_____________________________________


Apakah agaknya yang berada di kotak pemikiran adik-adik dan sahabat-sahabat kita di malaysia?


nafsu? hiburan? suka ria?


Jatuhnya Zaman Abassiyah kerana mengejar hiburan dunia yang melampau..


Jatuhnya Turki Uthmaniyyah kerana tangan-tangan kotor musuh Islam, mereka mahu kita hancur berkecai, biar umat Islam jadi abu, biar jadi ibarat buih-buih di lautan..


Biar Umat Islam itu banyak, penuh membanjiri, tapi jatidiri mereka hilang, hidup mereka tiada tujuan, matlamat mereka hanya kepuasan nafsu serakah semata..


“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)…”(QS. an-Nisa’: 89) 

Zaman yang berubah mengakibatkan kesesatan umat semakin melampau-lampau, 
Sedih, cukup sedih..ramai saudara-saudara seIslam kita di Malaysia tidak sedar akan hal ini..


Zaman berubah, tanggungjawab juga bertambah..


Hari ini kita melihat hal-hal ini berlaku pada bahu insan lain, esok lusa siapa tahu takut-takut ia melibatkan keluarga kita? Selamanya di akhbar memaparkan kisah orang lain yang tiada talian darah dengan kita, kita baca dan mengucap panjang atas apa yang berlaku, tapi apa pula tindakan kita selepas itu? Kadangkala saya juga bertanya pada diri sendiri, apa yang boleh saya buat untuk mengubahnya? 


Peredaran zaman menyebabkan kita hidup dalam lingkungan talian darah semata, atau juga atas dasar bangsa, tapi atas dasar aqidah bagaimana pula? 


Penjajah British yang memerintah negara kita dulu mahu kita ini amik pusing bila ia hanya dalam lingkungan daerah kita sahaja, tanah kita dipecahkan kepada negeri-negeri yang kecil. Ini seperti mana juga yang mereka lakukan pada khilafah Islam dulu. Manusia dipisahkan atas lingkungan geografi ! Hilang sudah cakna atas dasar aqidah. Mungkin kerana inilah bila mana kita mendengar berita-berita seperti di atas, cakna kita hanya seminit dua, naik dan turun, tiada istiqomah..


Pandanglah cermin itu, tanyakan pada diri ini..


Adakah aku benar-benar menyayangi Islam?
Adakah aku bangga menjadi umat Islam?
Adakah aku sayang Allah dan Rasulullah dengan sebenar-sebenarnya?


Kita jawab dengan tulus dan seikhlasnya..


Setiap hari aku ke universiti, aku berjumpa kawan-kawan, belajar sesuatu kemudian pulang, aku makan, aku minum, aku solat, kemudian malamnya aku tidur..adakah aku bangga dengan diriku sebagai umat Islam..aku bangga jadi umat Penghulu segala nabi, kekasih Allah?


Saban tahun kita pulang ke Malaysia, pasti buah tangan dibawa bersama untuk diberi kepada keluarga tercinta, rasa sayang dan kasih menyebabkan kita tidak pernah lokek untuk memberikan yang terbaik untuk orang-orang yang dikasihi..duit?tidak kuhirau habis berapa saja..masa? akan kuluang sehabis baik..


Dengan Allah, adakah aku sayang lebih dari itu?
Sayang Allah, segala tindak tanduk kita dalam linkungan yang disukai Allah..
Sayang Rasulullah, rutin harian sumber rujukannya dari sunnahnya...
Sayang Islam, syariat menjadi landasan, ia di dalam hati, bukan hanya praktikal..


Kewajipan kita sebagai khalifah bumi Allah ramai yang tahu tentang ini..
Tapi hakikat sebenar disebalik tanggungjawab besar ini ?


Sekiranya kita hanya akur denganNya atas nama kewajipan, kewajipan setiap hari akan bertambah, bila mungkin datangnya kewajipan-kewajipan lain, kita jadi keliru, mana yang patut ku dahulukan?


Namun, sekiranya rasa bangga dan kasihnya pada Allah, Rasulullah dan agama ini yang menjadi tunjang, maka rasa sayang yang mendalam itulah yang menyebabkan kita mahu terus memberi sebanyak-banyaknya..lebih dari kasih dan sayang pada keluarga, saudara-mara, anak, suami dan isteri..


Rasa kasih dan sayang membuatkan kita mahu berkongsi segala-galanya tentang Islam dan cara hidup muslim itu dengan orang lain, bukan atas dasar bangsa, bukan atas talian darah semata, tapi atas landasan aqidah yang satu...


Imam Hasan Al-Banna meninggalkan nota-nota perjuangannya buat tatapan kita..ia hasil daripada apa yang ditinggalkan Kekasih Allah, Rasulullah..


Beliau menyusun maratib amal(fasa-fasa amal) yang 7 semuanya..supaya kita jelas dari mana harus kita bermula..
















1. Individu Islam
2. Keluarga Islam
3. Masyarakat Islam
4. Kerajaan Islam
5. Negara Islam
6. Khilafah Islam
7. Memimpin Alam

Segala-galanya bermula dari sekecil-kecil unit..dari diri kita..


Jika hari ini kita mengeluh panjang mendengar kisah-kisah masyarakat di tanahair..








dari mana mahu kita mulakan untuk mengubah masyarakat?..ia bermula dari keluarga yang sihat sejahtera. Sejahtera dari maksiat, Islam menjadi rutin hidup, sihat dari nafsu jahiliah dan terhindar dari hidup berhibur semata..


dari mana pula mulanya keluarga yang sihat sejahtera ini? Tidak lain ia dari..
 diri kita yang satu ini..

Ubahlah diri kita untuk jadi sebaik-baik muslim...


“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya
kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan 
dicintai Allah dan Dia ampunkan 



dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31).

Sekiranya kita cinta pada Allah, maka untuk mengikut jalan yang lurus itu  akan jadi lebih mudah, bukankah itu permintaan kita sekurang-kurangnya 5x sehari?

Ihdinas sirootol mustaqim..tunjukkan aku jalan yang lurus Ya Allah..

Sekiranya kita terpilih untuk berada di jalan yang lurus itu, maka kita bakal jadi insan yang dicintai Allah, bukankah itu yang kita pinta juga sekurang kurangnya 5x sehari?

Sirootollazii na an'amta 'alaihim...jalan yang kau berikan nikmat padanya ya Allah, jalan yang mana pengikutnya kau cintai ya Allah..

Dan dosa-dosamu itu bakal diampunkan Allah.. dosa-dosa yang bagaikan butir-butir pasir di lautan..yang banyak itu bakal diampunkan???

Dengan syarat Siraatal Mustaqim itulah yang jadi buruanmu.....

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Jalan yang lurus itu bukanlah dihiasi lampu-lampu gemerlapan, bukan juga enak dibuai mimpi indah, mewah segala, senang lenang duduk tidur bertilam bantal empuk..

Ia sakit, ia pahit, ia perit dan penuh liku, tapi kesakitan inilah jadi pulangan yang indah di alam kekal abadi..

Bukanlah mujahadah itu asalnya juga dari perkataan jaahada yang bermaksud susah(to strive) ?

Yang susah itu bakal jadi mudah, dan ia tidak mustahil selagi DIRI INI mahu mengubahnya..

wallahu a'lam...


Friday, March 12, 2010

Born to WIN !

Have u ever feel so inferior about yourself?

Look at him ! He's genius and i'm not..
Look at her ! She's superb and i'll never be like her..

The grass is always greener on the other side, isn't it?

Well, sit back and relax..



Everyone can make a different. Not on the position, it's all about the action..

GREAT SERVICE COME FROM THE HEART 

10 Thoughts To Ponder..

1. Be like the bee, which lands on fragrant flowers and fresh branches.
2. You do not have time to seek out people's defects and mistakes.
3. If Allah is with you, then whom do you have to fear? if Allah is against you, then what hope do you have?
4. The fire of envy consumes the body, and excessive jealousy is like a ranging fire.
5. If your do not prepare today, then you will not be able to do anything tomorrow.
6. Withdraw peacefully from places where idle argument are going on.
7. Let your morals and attitudes be even more beautiful than a garden.
8. Do acts of kindness and you will be the happiest of people.
9. Leave people to the Creator, leave the envier to death, and forget your enemy.
10. The pleasure of Haram action is followed by regret, loss and punishment.

-Dr 'Aid al-Qarni-

Too idealistic ?

At some point, I use to feel that some motivational books are quite idealistic.

Anybody has d same feeling too?? hehe

Well, life is not that black and white, it's not MCQ. It's KBKK ^_^ Everything is there for a reason.

The reason why i like to go back reading those books..

A manual is a manual, it's just a guidance. A help for us to choose what's the best.
No one can be that 'perfecto'.No doubt! But at least we have something in our hand that can show us the way.
So that, whenever we forget about the 'rule-of-thumb', there's always a 'friend' that can remind us straight away.

Happy holiday, happy studying !

Tuesday, March 9, 2010

Sabar dulu..nanti menyesal kang..

Salam kawan-kawan,

Apa kabar semua?Harap sihat-sihat sahaja. Sedang saya surf2 you tube tiba-tiba terjumpa video ni..
kalau belum tengok, bolehla tengok..nampak simple tapi..
  ada sesuatu yang saya dapat..



Moral of the story :
Tak baik buruk sangka sebelum diteliti..jgn cepat melatah dan perlu belajar banyak bertenang..hehe




Artikel di bawah ni terjemahan seorang ustaz(http://www.abuanasmadani.com/?p=125) dari..


PERUTUSAN HARI RAYA 1422H DARI MIMBAR MASJID RASULULLAH SAW



Oleh: Sheikh Dr. Abdul Bari ‘Awad Ath-Thubaiti (Imam Masjid An-Nabawi)



Terkedu juga membacanya..memang nak sentiasa husnu zhon bukan suatu yang mudah tapi itulah sebenarnya yang terbaik buat kita..memang nampak panjang tapi worth to b read..sama-sama muhasabah..




HUSNUZZAN (BERBAIK SANGKA)
SESAMA MUSLIM
Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda.
Sama-samalah kita berlumba membuat kebajikan dan amalan soleh serta memperbaiki diri sebagai bekalan untuk hari esok sebagaimana firman Allah Ta’ala (yang bermaksud): “Hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera”.[Surah Asy-Syu’ara’ 88-89]
Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan syariat) Islam, iaitu berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah, berkasih sayang dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk mengekalkan hubungan dan ikatan sesama insan seteguh cerucuk yang ditanam dan sekukuh bangunan yang dibina, kita hendaklah bertemu manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih dan muka yang manis. Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia, menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang, pegangan (aqidah) dan perkataan mereka.
Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang tercarik dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas.

Banyak kedengaran dalam majlis perbincangan umum ataupun khusus, tuduhan-tuduhan seperti; ‘pulan bermaksud begini’, ‘niat si pulan begini’, ‘maksud perbuatan atau perkataannya begini’… perkara seperti ini, semuanya lahir daripada buruk sangka yang merosakkan, menyalakan perasaan dengki dan kebencian, meruntuhkan hubungan baik masyarakat, menggoncangkan keutuhan ukhuwwah, memutuskan tali kekeluargaan, menanamkan sifat ragu dikalangan individu dan masyarakat. Bahkan berapa banyak yang telah kita dengar peristiwa besar dan bencana yang menimpa berpunca daripada sangkaan jahat (su’ uzzan) yang diletakkan bukan pada tempatnya.

Apabila penyakit su’ uzzan menular ke dalam diri, ianya akan membawa kepada; terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang, suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik rahsia keburukan orang. Kerana itu kita lihat orang yang bersikap su’ uzzan sering berkata: “Saya akan cuba memastikan kebenaran perkara ini”, maka, dia mula mencari rahsia dan kemungkinan dia akan mengumpat. Mungkin juga, dia akan menyebut saudara muslimnya dengan perkataan jahat maka dengan itu dia telah melakukan dosa yang berganda dan maksiat yang merosakkan. Di sini tersembunyi satu bahaya apabila hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka su’ uzzan, maka sangkaan menjadi asas kepada kasih sayang atau kebencian terhadap seseorang. Semua ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah.

Menebalnya sikap prasangka su’ uzzan akan menjadikan manusia mudah melemparkan tuduhan terhadap sesama mereka, kemudian tidak akan ada lagi sikap saling percaya-mempercayai, bahkan mereka akan sering berbalah-balahan, tidak bertegur sapa dan memutuskan hubungan, ini merupakan suatu sikap yang akan membawa kepada hilangnya kekuatan dan keutuhan umat.

Zan atau sangkaan terbina di atas asas agakan atau satu perkataan atau amalan yang diragukan. Zan akan menjadikan seseorang menurut perasaan di dalam dirinya yang suka membuat tohmahan terhadap saudaranya, maka dengan itu Zan akan menguasai dirinya juga cara pemikirannya. Sehingga kamu akan dapati orang yang bersikap prasangka akan merasakan seseorang yang disangkakan tidak baik itu telah melakukan kesalahan yang banyak berdasarkan khayalan sangkaannya hasil daripada sikap buruk sangkanya terhadap saudaranya.

Bahkan sehingga salam yang diucap oleh seorang muslim kalau telah dilingkungi oleh prasangka, boleh dianggap sebagai ejekan atau celaan, demikian juga dengan senyuman akan dianggap sebagai perlian atau sinisan, pujian dan pemberian hadiah juga boleh disalah ertikan dengan berbagai anggapan yang akan membawa kepada perbalahan dan perselisihan.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain”. [Al-Hujurat: 12].

Ayat ini menunjukkan perintah supaya menjaga kehormatan orang muslim dengan sebaiknya kerana ianya didahului dengan tegahan daripada bercakap tentangnya dengan sangkaan. Kalau orang yang berprasangka mengatakan: ‘Saya akan kaji dan selidik’! Katakanlah kepada mereka: “Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain”. Jika mereka berkata: ‘Saya telah pastikannya dengan tidak mencari keaiban’. Katakanlah: “Janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain”.

 Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan”. Seruan kepada orang-orang mukmin, menyeru agar jangan biarkan diri mereka menjadi mangsa kepada semua yang terlintas dalam hati yang sering menyangka, syak dan ragu-ragu terhadap keadaan orang lain. Dengan ini Al-Quran telah membersihkan hati dari terkena kotoran prasangka yang akan membawa dosa, biarlah hati terus bersih daripada sebarang syak dan keraguan, bersih perasaannya terhadap saudaranya. Alangkah indahnya hidup di dalam masyarakat yang bersih dari prasangka.

 Berkata sebahagian ulama’: “Perkara yang membezakan syak atau sangkaan yang mesti dijauhkan daripada yang sebaliknya ialah setiap keraguan yang tidak ada tanda yang sahih serta sebab yang nyata adalah haram, wajib dijauhi. Iaitu jika sekiranya  seseorang itu dari kalangan orang yang baik atau yang tersembunyi kejahatannya, seorang yang tampak amanah pada zahirnya, maka meyangka jahat terhadapnya adalah haram. Ini berbeza dengan orang yang telah terkenal dari kalangan manusia yang sering melakukan perkara yang meragukan atau melakukan kejahatan secara terang-terangan”.

 Ini kerana kebanyakan ulama’ berpendapat: “Tidak boleh berprasangka buruk kepada orang yang zahirnya tampak baik dan tidak mengapa berprasangka tidak baik terhadap orang yang
 zahirnya tampak tidak baik”.

 Dari Sa’id bin Al-Musayyib rh katanya: ‘Telah menulis kepada saya beberapa orang ikhwah daripada sahabat Rasulullah saw: Hendaklah engkau meletakkan urusan/perkara saudara engkau di tempat yang sebaiknya selagi kamu tidak didatangi oleh perkara yang menurunkannya dan jangan kamu menyangka satu kalimah yang keluar daripada seorang muslim itu tidak baik sedangkan kamu masih ada peluang untuk menjadikannya baik’.

 Manhaj ini sangatlah dituntut apabila berdepan dengan orang yang mempunyai kelebihan dan kebaikan (ulama’, pendakwah dan lain-lain), ini adalah termasuk dalam fiqh Al-Maqasid dan niat, yang mungkin tidak disedari oleh setengah golongan, menyebabkan mereka sering menjatuhkan hukuman salah ke atas orang lain dengan tidak mengambil kira keadaan, niat dan tujuan orang tersebut. Mungkin kesalahan itu merupakan satu perkara yang tidak disengajakan dan beliau tidak bermaksud dengan kejahatan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ibnu Al-Qayyim rh dengan katanya: 

“Satu kalimah yang sama, diucapkan oleh dua orang yang berbeza, seorang bermaksud dengan kebatilan dan seorang lagi bermaksud dengan kebenaran, yang diambil kira (iktibar) ialah cara, pemikiran, mazhab dan ideologi yang didokong oleh orang yang berucap juga pegangan yang dipertahankannya”.

 Kerana itu tidak dihukum kafir seorang yang kerana terlalu gembira sehingga tersalah mengatakan: ‘Ya Allah, Engkaulah hambaku dan akulah tuhanMu’, kerana dia tidak bermaksud menjadikan dirinya sebagai tuhan.

 Sheikhul-Islam Ibnu Taimiyah rh menukilkan tulisan orang yang bercanggah dengan pendapatnya kemudian beliau mengatakan: “Kalam ini terlalu umum, orang yang inginkan kebenaran akan meletakkannya di tempat yang baik dan sebaliknya orang tidak menginginkan kebenaran akan memasukkan (menambah, menafsir, mentakwil) nya dengan bermacam-macam…”.

 Inilah manhaj yang tinggi, sikap terbuka yang telah diterima oleh As-Salafussoleh… adil dan insaf yang telah digariskan oleh ulama’ ummah… mereka telah meletakkan perkataan yang mengandungi berbagai maksud di tempat yang baik… melapangkan dada yang terbuka, bebas dari pengaruh hawa nafsu, baik diri dan menasihati ummah… di mana kita dengan manhaj ini?

 Bukan dari manhaj salaf menambah (menafsir, menghurai..) kan lafaz (yang tidak disebut) sehinggakan mengubah maksud, gembira dengan menyebarkan kesilapan orang dan bermuamalah sesama muslim dengan su’  uzzan, sangkaan jahat.

 Sebahagian daripada prasangka ialah meletakkan perkataan dan perbuatan orang lain di tempat yang tidak baik iaitu dengan membesarkan kesalahan dan memandang mereka dengan penuh tohmahan, tanpa meneliti sebab atau mencari keuzuran, setiap perkataan yang boleh ditafsir dengan maksud yang baik dan tidak baik, akan diambil yang tidak baik…Subhanallah! Bagaimana mereka menghukum dengan menafsirkan niat dan tujuan dalam diri orang lain?.

 Sesungguhnya perkara yang tersembunyi dan rahsia dalam diri untuk memuhasabahnya adalah ciri-ciri yang hanya tertentu bagi Allah swt Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia. Adapun manusia tidak ada hak baginya ke atas saudaranya kecuali amalannya yang zahir, inilah amalan Salafussoleh yang terdahulu, yang telah penuh hati mereka dengan didikan Islam yang sempurna lagi bersih.

Sheikh Abdur Razzaq Radhiallahuanhu telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud katanya: Aku dengar ‘Umar bin Al-Khattab ra berkata: 
“Bahawa sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah saw diberi penjelasan dengan wahyu dan wahyu telah terputus, kita sekarang hanya boleh mengambil kira perbuatan yang zahir daripada amalan kamu, sesiapa yang menzahirkan kepada kami kebaikan kami akan percaya dan dekat dengannya, tidak ada hak bagi kami mencampuri perkara yang tersembunyi, Allah akan menghisabnya. Sebaliknya sesiapa yang menzahirkan kejahatan kami tidak akan mempercayai dan membenarkannya, walaupun dia berkata niatnya baik”

Maka setiap muslim hendaklah memuhasabah dirinya dengan setiap kalimah yang diucapkannya atau suatu hukum yang dikeluarkannya, sentiasalah mengingati firman Allah Taala (yang bermaksud): 

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang perkara yang dilakukan”. [Al-Isra’ 36].

Su’ uzzan atau sangkaan buruk terjadi daripada beberapa sebab, yang paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu dibesarkan dalam suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, buruk sangka, sama ada di rumah atau bersama kawan-kawan, menjadikannya berniat tidak baik dan mempunyai hati yang busuk.

Sesiapa yang mengikut hawa nafsu akan membawanya kepada perasaan zan dan sangkaan dusta, kerana kasihkan sesuatu akan menjadikannya buta dan tuli dan apabila seseorang cenderung kepada yang lain dengan hawanya, akan menjadikannya lupa kesalahan orang itu dan sentiasa berbaik sangka dengannya, walaupun orang itu melakukan kesalahan, demikianlah juga sebaliknya, dia akan sentiasa berprasangka buruk, mencari kesalahan dan menimbulkan kesilapan, walaupun orang itu benar pada dasarnya.

Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

Sesungguhnya fenomena buruk sangka sesama Islam telah begitu meluas di zaman kita, menjadi barah yang meruntuhkan hubungan dan kesatuan (wehdah) di antara individu dan masyarakat muslim, ini adalah merupakan satu kesan negatif terhadap kekuatan masyarakat untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar.

 Buruk sangka, menuduh tanpa asas, cepat menghukum telah menakutkan orang, menzalimi beberapa golongan dan beberapa orang yang soleh telah dijauhkan tanpa sebab yang diizinkan oleh syariat, sebagaimana kata orang dahulu: 

‘Aku melihat permusuhan tetapi tidak melihat sebabnya’. Semuanya berpunca daripada percakapan yang tidak ada sandaran…hanya sangkaan yang buruk, umpatan jahat dan tuduhan palsu, firman Allah Taala (yang bermaksud): “Dan orang-orang yang menyakiti orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata”. [Al-Ahzab 58].

Setelah jelas kepada kita –wahai saudara- bahawa buruk sangka adalah satu penyakit yang merosakkan, maka kita mesti berusaha untuk membendungnya sebelum ia terus merebak dan menghancurkan.

Di antara ubatnya ialah: berbaik sangka (husnuzzan) dengan manusia, jauhkan sikap buruk sangka, berfikir semasaknya sebelum membuat tuduhan atau hukuman. Sekiranya engkau tersalah kerana berbaik sangka adalah lebih baik daripada tersalah kerana cepat menghukum dengan buruk sangka.

 Kata Saidina ‘Umar bin Al-Khattab ra: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Ubat yang seterusnya: sentiasa mencari keuzuran yang boleh memaafkan manusia, tinggalkan sikap suka mencari kesalahan atau mengorek keburukan orang lain, sentiasa berpegang dengan adab dan ajaran Islam dalam menghukum seseorang atau sesuatu perkara yang jelas dan meninggalkan segala yang tersembunyi hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui semua rahsia dan segala yang tersembunyi.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran”. [An-Najmi, 28].

Sumber:
PERUTUSAN HARI RAYA 1422H DARI MIMBAR MASJID RASULULLAH SAW
Oleh: Sheikh Dr. Abdul Bari ‘Awad Ath-Thubaiti (Imam Masjid An-Nabawi)
http://alminbar.net/alkhutab/khutbaa.asp?mediaURL=5867 ]
Alih Bahasa Oleh: Abu Anas Madani.
Madinah, Syawal 1422.