Sunday, March 7, 2010

Pelik tapi benar

  Sekadar gambar hiasan..

Pernah tak kawan-kawan rasa yang diri kita ini punya penerimaan yang berbeza dari orang yang berbeza?


Contohnya macam ni. Ada orang dia suka cakap lepas..tapi kita kurang ambil pusing..maknanya tak begitu ambil hati..hanya sekadar main-main..mungkin kalau sakit hati pon..hanya sekejap..lepas tu kita akan seolah olah lupa apa yang berlaku..


Ada orang dia laser juga..tapinya kita tak rasa apa-apa..hanya sekadar gelak dan habis di situ..


Tapi ada orang lain..bila dia berkata sesuatu..walaupun ianya dengan suara yang tidaklah tinggi..tapi kata-katanya kadangkala  buat satu garis yang dalam di hati kita..


Saya pernah terdengar seorang kawan mengatakan yang apabila kita mempunyai rasa tak sedap hati pada seseorang ni..mungkin juga dia turut merasai perkara yang sama. Kata Dr Fazilah Kamsah rasanya..ia seperti ada aura, connection between people. Apa betulkah perkara ini? Saya cuba mencari di dalam internet, tapi tidak berjumpa dengan mana-mana bahan yang menulis tentang perkara ini..Betul ke ada aura-aura ni?


Ada pulak saya pernah mendengar somebody said dat sebenarnya mungkin telah ditakdirkan yang memang kita takkan sebulu dengan org tu..macam dugaan dalam berukhuwah yang Allah bagi..Allah menyuruh kita banyakkan berdoa pada dia untuk perbaiki ukhuwah antara manusia.kene banyakkan doa rabithah mungkin..


Mama saya pernah juga kata contohnya orang yang lahir anak kedua kurang masuk dengan yang anak kedua, tgk dia jd anak keberapa..mungkin kalau sama..kurang masuk tu perkara biasa sebab cara berfikir lebih kurang sama..atau dalam bulan yang sama ni pon mungkin boleh jadi..sebabnya karakter ada persamaan.macam yang Dr Fazilah Kamsah buat karakter ikut bulan tu..betul ke gitu?


Atau adakah kita juga pernah melakukan perkara yang sama pada orang lain tanpa kita sedari. What u give u get back?.makanya banyakkan solat taubat, menjernihkan semula hati ini, suapaya hilanglah titik hitam di hati, tiada rasa su'u zhon pada org itu..





كلكم خطاؤون وخير الخطائين التوابون
"Setiap orang dari kalian pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah yang bertaubat" 




Rasulullah SAW bersabda:



إن العبد إذا أذنب ذنبا كانت نكتة سوداء في قلبه، فإن تاب منها صقل قلبه، وإن زاد زادت،



"Sesungguhnya seorang hamba itu jika melakukan satu dosa maka akan meninggalkan satu noda hitam dalam hatinya, dan jika dia bertaubat maka hatinyapun akan kembali dibersihkan, namun jika bertambah (perbuatan dosanya) maka akan bertambah (pula) noda-nodanya" 


Jap..adakah ia su'u zhon sebenarnya?


Kita semua tahu tidak baik bersangka-sangka buruk kerana 1/2 daripada prasangka itu adalah dosa..tapinya macam mana pula kalau perkara itu berulang kali berlaku dan di dalam diri ini, kita tahun ada something wrong or something missing dalam pergaulan kita dengan org itu..Selalu juga kita cuba nak positifkan diri tapinya bila perkara tu berulang balik..kita jadi pelik..mengapa agaknya org ini semacam je ngan aku eh?


Saya selalu juga terdengar kisah-kisah orang lain yang rasa -macam-tak-masuk- keje ngan org tertentu..macam takleh nak gi..ada masa ok, tapi selalu juga bila pendapat lain atau ada prselisihan pendapat..jadi macam sgt dingin..memang pon keje ada naik dan turun, tak dinafikan.tapi kalau asik berulang je perselisihan pendapat, hmm pelik jugak, macam ada something wrong in between?


Hehe. Ini bukan pula sesi emo mengemo, cuma sekadar terfikir. Mungkin ada antara sahabat-sahabat kat luar sana yang ada cadangan, lontaran pendapat atau buku yang ada kaitan ngan hal-hal di atas.boleh jugak dikongsi..jzkk


 Benarlah sabda Rasulullah SAW: 



من كان يؤمن بالله و اليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت



"Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"

Salah seorang penyair Arab berkata:



وجرح السيف تدمله فيبرا ويبقى الدهر ما جرح اللسان
"Luka kerana pedang jika kamu balut maka diapun akan kembali sembuh dan akan lekang sepanjang masa luka yang diakibatkan oleh lisan" 

4 comments:

  1. salam..
    waa..ko mmg suke kan bab2 kaunseling ni..hehe, xper2..child psychiatry ek..
    stuju jek dgn sume yg ko tulis..haha, ni gaya malas nk respons..
    act, aku penah dgr gak psl aura2 tu.. (biru, pink, putih, hijau) & siap ade mbr aku amik diploma psl ni..
    aku rs, its common la dlm pgaulan..xkn sntiasa nk baik jek..surely ader up&down.. cumenyer, kne GIVE & TAKE, BE HONEST.
    mungkin perlu terus terang kot, cara ko cmne..& tny la cara dye lak cmne..so dat, masing2 leh try adapt cara masing2..
    kdg2, kiter mmg nk persamaan jek..tp, perbezaan itulah yg menjadikan perhubungan itu balance & variasi. klu asek same, buhsan maa..
    tp, klu perbezaan yg tiada toleransi, meletop!!
    apepon, itulah warna warni kehidupan.. Allah yg menghubungkan ikatan hati2 manusia.. ^^

    ReplyDelete
  2. Haha.. batch kte memang ramai anak ke2.

    ReplyDelete
  3. Tengkiu miu ain!!

    Sayang ko..best2 aku dah bukak website yang ko bg ni..rasa terharu timb pre mppm turun padang jenguk bagi pandangan kat blog aku yang hina dina ni heheh..

    neway, gud luck eh exam forensic..aku doakan ko dipermudah jawab semua soklan..jgn tebayang-bayang mayat2 yang ko jumpa time jawab exam sudah hehe..take care dear wsalam

    ReplyDelete
  4. fez..mak aku cakap tu time zaman skolah2 dulu.Org tua2 memang hebat bab2 interpretasi..tapi dr sudut berbeza(berdasar pengalaman idop)..walaupun dia taktahu aura dan time tu ntah dah kluar ke belum snarai karakter yang fazilah kamsah tu eheh

    ReplyDelete