Petang tadi kami(saya dan aqilah) pergi ke amman, menyiapkan satu urusan penting. Dalam perjalanan pulang 2 insiden yang melucukan berlaku. Tidaklah begitu melucukan tapi mungkin dapat dijadikan satu pengalaman menarik dalam hidup sehari-hari.
Kisah 1 ( segala dialoq-dialoq dalam perbualan di bawah adalah di dalam arab asalnya)
Kami pulang dengan teksi sarfis*, yang mana 3 orang dibelakang saya, aqilah dan seorang wanita arab dalam usia 25 ke 35 mungkin. Di hadapan duduk di kerusi sebelah penamdu, seorang lelaki arab muda. Tiada apa yang menarik berlaku pada mulanya. Dalam asyik melepaskan pandangan ke luar tingkap, kerana agak kepenatan, saya terlena. Tiba-tiba ditengah perjalanan saya dikejutkan dengan suara pokcik-pokcik arab yang bising-bising.
"Apsal ko taknak pakai seatbelt ni?! ", pakcik teksi itu bersuara dengan agak tinggi.
"Apsal plak aku kene pakai seatbelt?!", suara lelaki arab itu juga tidak kurang tingginya.
"Ni memang undang-undang, bukan boleh suka-suka je ko taknak pakai ! ", makin naik suara pakcik teksi itu.
"Selama ni tak penah aku dengar plak ni undang-undang! Aku naik teksi dah banyak kali, takde sape kata ni memang undang-undang !", lelaki itu mula naik marah.
Kami di belakang terdiam..apakah?
"Ni bukan undang-undang aku, ni KANUN DAULAH(undang-undang negara) ! ", pakcik teksi semakin berang.
Perjalanan diteruskan dengan mereka yang tak habis-habis bertekak tentang tali pinggang keselamatan. Tiba-tiba, kereta kemudiannya dihentikan di tempat berkumpulnya beberapa polis di tepi jalan. Tingkap hadapan dibuka. Seorang polis menuju ke arah sarfis kami.
"Assalamualaikum encik, ko cuba cakap sikit ngan dia ni, dia tak mahu pakai seatbelt. Ni undang-undang aku ke undang-undang negara?! Bagitahu kat dia ni!", pakcik teksi memulakan bicara dengan suara keras. Seperti mahu ditelan lelaki disebelahnya.
"Kenapa ko takmahu pakai seatbelt? Semua ni untuk keselamatan ko, kalau apa-apa jadi, tiba-tiba eksiden, bukan ke bahaya kalau ko terhumban ke depan. Tali pinggang tu untuk lindungi ko. Pakai la", pakcik polis menerangkan. Nadanya sederhana, lebih kepada menasihati.
Lelaki muda itu terdiam. Dia senyum.
"Okla, aku tahu tu betul", tali pinggang kemudia diambil dan dipakai. Tangannya diangkat dan tabik hormat diberikan pada pakcik polis.
"Ko bagitahu dia ni, yang ni KANUN DAULAH !", pakcik teksi masih mahu menegakkan hujahnya.
"Ha'ah, ni Kanun Daulah", pakcik polis mengiyakan dan tersenyum.
Saya dan aqilah berpandangan. Kami tersenyum dan menggeleng. Lawak pulak bergaduh hanya kerana seat belt ! Hehe
Perjalanan diteruskan. Keadaan kembali tenang.
Moral 1 : Nasihat berhikmah tu penting, ternyata jerit-jerit dan marah-marah minta orang ikut cakap kita itu kurang berkesan.
Kisah 2
Kami turun dari teksi yang diambil dari mujamma' amman. Setelah sampai di hapadan pintu utama bangunan rumah saya, saya dan aqilah berhenti di tepi pintu, aqilah mengeluarkan sesuatu untuk diberikan kepada saya.
Dari jauh, datang 2 orang budak kecil perempuan yang merupakan jiran saya di tingkat bawah.
"Blob blo blo ble blo blu ble. Tengok aku boleh cakap malizi", seorang adik perempuan itu tiba-tiba bersuara. Gaya-gaya mengejek cara percakapan kami. Mukanya juga dicebik cebik.
"Oh yeke ko cakap melayu. Tapi ni bukan cakap melayu ni, aku tak faham", saya membalas.
"Blo ble blo blu ble. Aku cakap melayu la ni", dia terus tersengih sambil membuat-buat muka gaya mengejek ngejek kami. Giginya rongak di atas bawah.
Saya tersenyum.
"Eh kejap, mana gigi ko eh?", saya bertanya.
"Aku tak tahu. Memang takde", dia membalas. Kawannya disebelah tercengang-cengang.
"La apsal takde?", saya terus saja cuba mengujinya sambil tersenyum.
"Memang takde. Aku tak tahu. Dah hilang !".
Seakan hilang kata-kata, dia terus berlalu pergi.
Tiba-tiba kawannya berpatah balik pada kami. " Whats Your name? Whats your name? Whats your name?", bertalu-talu dia bertanya dengan muka yang juga sinis. Sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Aku tahu cakap malizi!", adik yang pertama tadi bersuara kembali.
"Yeke? Tapi betul ke ko tahu, aku tak paham pun ko cakap".
"Ko tak tahu cakap arab", dia cuba menguji saya.
"Ha'ah la, aku memang tak reti pon cakap arab. Ni aku bukan tengah cakap arab pon ni. Aku tengah cakap bahasa Inggeris", saya sengaja berkata begitu, walaupun hakikatnya kami sedang berbual dalam bahasa arab. hehe
Dia kelihatang bingung.
"Whats your name? Whats your name?", adik yang seorang lagi tak habis-habis mahu test power englishnya, bertanya soalan yang bukan sebenarnya mengharapkan jawapan. Mukanya mengejek ngejek.
"Ko sebenarnya tahu what's your name je kan. Ko tahu tak nak cakap perkataan english yang lain?", saya bertanya.
Mereka terdiam dan hilang kata-kata. Kelihatan bingung-bingung.
Lalu mereka berlalu pergi.
Moral 2 : Ada masanya perlu memulangkan paku buah keras pada kanak-kanak yang suka mengejek-ngejek ini. Hehe.Kalau tidak nanti dipijak kepala kita pula.
Lalu berlalulah hari ini, matahari menyelimutkan dirinya dan malam mula melabuhkan tirai.
2 kisah untuk memandu hidup...
Yang baik jadi teladan, yang buruk dibuang jangan.
Pahit & manis itu pengajaran, Aset berharga memimpin kehidupan.
assalamualaikum wbt. Selamat malam dan selamat meneruskan hari-hari mendatang. ^_^
salam kak farah..
ReplyDeletehaha kdang2 lawak juga tgok perangai orang2 arab ni..
mcm2..ade yg lawak la..ada yg terharu lah..ade yg rase nak tumbuk berkali2 lah..
td pun kita baru kene pukul guna besi ngn dak kecik laki..
sesuka hari dia je..
pastu ape lg,kita cakap kat die, "anta himar!!"
haha..geram je..
adeh^^,
itulah lebihnya kita duduk belajar kat negara orang. macam-macam perangai punya ada.
ReplyDeletehehe.
menjadikan kita lebih matang dalam menguruskan hari-hari mendatang.
pasnie pesakit2 pun datang dari pelbagai negara. so dah boleh expect kot camne perangai dan tahu camne nak handle.
kekadang rasa bagus jgak ada pemimpin cam Saddam kat negara arab nie. sebab perangai orang nyer sebenarnya lagi teruk.
Kelakar! Haha akhirnya daripada ko nak update artikel motivasi, now jadi cerita lagi best.:)
ReplyDeleteOrang arab memang 'tak reti' peraturan jalan raya. Kalau ambil test JPJ sure kena repeat banyak kali. Tak pakai seat belt, tak pernah nak guna lampu signal, langgar lampu isyarat. You named it, they got it.. (Walaupun orang tetap bercakap di sini kurang berlaku accident, but still, kanun is kanun kan...)
Dreizat,
ReplyDeletehaa tau takpe..kitorg pun tekejut serius..ape kes gaduh pasal seat belt lawak2..tapi tang yang tegas tu memang betul hebat..kagum2.walaupon compius gak ape jadah telampau nak tegaskan ni kanun daulah..hehe
umairah,
akak tekejut dgr yang ada jr kene libas ngan getah kete tu kat tepi zam2..kalau tak silap batch awak kan..sampai bengkak bibir..memang melampau la kalau ye pon nak pukul kita..cit..akak penah kene baling batu, ada sekali deorg saje2 nak bagi anjing kat kitorg..memang tak diajar tentang ethics..huhu..
kher,
ReplyDeletebetul setuju..tu la kengkadang terpk walaupun memang banyak mende yang rasa boleh buat geram tapi dalam masa yang sama jd compius gak dgn sikap deorg ni..selalu rasa mereka betul n hebat..tapi tak semua pon macam tu..ramai jugak yang baik2 n beretika..cr deorg ihtiram tetamu yang boleh jd cth plg baik..
fez,
ko memang hehe..boleh jd alarm clock aku..Q1week tanya..bila ko na hupdate?..bila ko nak hupdate? hehehe boleh join adik kat atas tu..n bg tips2 jugak cammane nak jdkan blog tak buhsan hehee..
tapi satu la kredit org arab ni..senang nak melintas jalan kt cni,.msia punya susah..cni memang slalu deorg bg peluang org2 jalan kaki melintas..mgkin sbb tak banyak jejantas hehehe
salam cik farah..
ReplyDeletehahaa..lawak ah.. tp, kt cni xde kanun yg soh org2 blkg pakai seat belt gak kn? klu kt Msia, kanun ni dah start berkuatkuasa dgr2nyer..
kdg2, taw jek..tp malas nk layan sbb org yg soh tu ckp dgn 'nada semacam' jek.. so, dtg la idea nk melawan..heee
bdk2 arab mmg cmtu..'kafum' sbb kiter bukan arab.. tp, klu smp tahap baling batu, mmg nahas la.. aku pernah TER-side kick bdk tawjihi(kot) sbb dok tarik2 beg aku smbil ckp 'ali baba'..eish, dahle ms tuh tgh x de mood..naseb ah.. bdk tuh tercengang bile aku tendang dye..trus lari.. pastu aku nyesal lak sbb TER-ganaz.. huh
haha... kak ain, itu bahayanya ada ilmu karate.. :P tapi baguslah~ Saya sokong perlakuan sebegitu. nak kacau biar tertempat, kalau tak, nasib la.. hehe..
ReplyDeletekak farah, yg kat zam2 tu batch saya la.. erm, saya tak tahu la duduk negara arab ni rupanya banyak mengajar jadi sabar dan pandai bersuara walaupun kadang2 saya still tak adapt2 ngan gaya diaorang yang suka lepas semua benda.. huhu, but still saya trauma skit la dengan kanak2 arab nih. menakutkan~