Sunday, February 14, 2010

Lidah itu, yang disangka manis bisa jadi racun..


Satu ketika dahulu, ketika di alam sekolah menengah, saya masih ingat satu iklan di radio era, ucapan hari raya seorang lelaki pada 'teman rapat tapi mesra'nya. Ucapan berbunyi lebih kurang begini,

 "Selamat Hari Raya Yang, lepas raya badan jangan jadi macam masa lodeh"

kelakar bunyian, tapi punya makna tersirat. Takpe kita tinggalkan iklan ini. Pernah tak anda mendengar dialog-dialoq seperti ini...

"Ahmad, ko amacam skarang? Wah, dah macam bapak orang aku tengok.tak jauh beza dari tong drum"

"Asal badan ko macam kerengga ni?"

" Salmah, meh cni jap duk sebelah tayar lori ni, waah tayar lori lagi tinggi dr ko la haha"

"Asal ko nampak serabut sangat ni, sememeh, camne nak jadi mak orang ni haha"

Mereka fikirkan itu seloroh.
Ya, mungkin ia hanya satu gurauan..

Sekali, dua kali, tiga kali....kata-kata ini mungkin diiringi dengan gelak tawa, senyum tanda "ukhuwah" yang terjalin..

Tapi di satu sudut yang lain, jauh di sudut hati itu...
siapa tahu apa yang tersirat di hati yang menerima kata-kata itu..
"Betul ke badan aku besar sangat macam dia cakap tu?", "Aku ni hodoh sangat ke?"
lalu timbul perasaan kurang yakin pada diri..secara halus ia membuat lekuk di hati, ibarat air yang menitis di atas sebuah batu..
sekali? dua kali? ia tak mendatangkan kesan, kerana hanya titisan air, apa yang ingin dikhuatiri..
tetapi mengapa agaknya titisan yang berterusan akhirnya membuat lekuk pada batu itu?

ini posisi kawan..
kata-kata seorang insan yang bernama sahabat..

Mari tukar posisi, tukar peranan..

"Ya Allah, apsal rambut ko macam maggie ni, geli tengok" - abang sulung.

"Tengok belakang kuali ni, dah serupa macam ko dah, kitorg semua kulit putih, ko ni mesti anak angkat haha" - kak ngah

"Apsal la ko lain dari adik beradik lain, semua comel2 macam mak ni, ko je yang bulat macam kuih baulu" - mak.

Dokrin anak sedari kecil, ia nampak kecil, ia nampak remeh tetapi apakah implikasi buat si kecil itu? Nah, nampak lebih tajam dan sinikal bukan? Letak posisi kita di sini sebagai seorang anak kecil itu...setuju atau tidak, gembirakah anak bila mendengar kata-kata serupa ini?

Pelik. Mengapa manusia terlalu gemar menjadikan rupa luaran sebagai satu bahan gurauan?

Pernah tak anda melihat seorang yang terlalu kurus mengatakan perkara yang sama seperti dialog di atas kepada orang yang kurus sepertinya?
Orang yang saiz badannya agak besar mengatakan perkara yang sama kepada orang yang bersaiz sama sepertinya?
Orang yang kulitnya gelap kepada yang sama warna kulit sepertinya?

Ini di luar realiti..
Seingat saya, selama yang pernah saya perhatikan...

Yang kurus akan 'bergaurau' kepada yang bersaiz besar.
Yang tinggi akan 'berseloroh' kepada yang rendang.
Yang kulit wajahnya bagai pauh dilayang akan 'berkomentar' pada yang kulit wajah yang tidak rata dan halus sepertinya.

Maka di saat ini, kita seolah-olah meletakkan yang slim melim, kurus, putih, segak macam saya, macho macam saya, cool macam saya itulah yang jadi cantik di mata kita, di mata manusia. Kalau bukan begitu maksudnya, apakah kita sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu kepada seorang yang dirasakan tidak sama seperti kita itu. Pendekkan cerita, kitalah yang diposisi enak dipandang itu, selesa, puas hati dengan apa yang kita ada.

Pernah saya melihat satu situasi, seorang itu berkecil hati kerana di'komen-komen' tentang saiz badannya, maka akhirnya sahabat yang mengeluarkan kata-kata 'manis' itu pula menyatakan..

"Laa..itu pon nak kecik hati, nak merajuk, macam budak kecik, orang gurau-gurau je"

Apakah tiada ihsan dan kasih di hati melihat sahabat kita sedih kerana ditohmah tentang saiznya, walaupun mungkin kita merasakan ia hanya gurauan. Ia nampak kecil di mata kita sebagai seorang manusia, tapi bukankah segala-gala yang ada di dunia ini ciptaan YANG MAHA BESAR, lalu tanpa disedari kita seolah-olah memperlekeh apa yang diciptakan Allah. Pandangan Allah adakah sama dengan pandangan kita?


Yang 'cantik' di mata manusia akan hilang bila-bila sahaja..


Baiklah, mungkin ia nampak seolah-olah saya memperbesar perkara kecil..kita pergi pada contoh seterusnya..

Zarul segak, mempunyai rupa yang menarik, kelihatan hebat di mata orang sekeliling yang memandangnya. Ini cerita 20 tahun dahulu. Di usianya mencecah 40-an..tiba-tiba dirinya diserang penyakit buah pinggang yang kronik, lalu terpaksa mengambil ubat(steroid) yang antara kesan sampingannya akan menyebabkan badannya menjadi gempal dan tidak lagi seperti dahulu. Penyakit ini memberikan tekanan pada hidupnya.

Satu hari seorang teman lama terjumpa dengannya di pasar malam.

"Assalamualaikum Mat, Ya Allah lamanya tak jumpa ko, apa kaba ko sekarang?", Zarul  menepuk bahu seorang yang dirasakan itulah teman lamanya di alam universiti dahulu.

"Waalaikumussalam, eh encik ni sape eh,sori tak cam la"

"La ko ni, aku ni ha, Zarul, dulu kita belajar kat UTM satu course ko dah tak ingat ke?"

"Ya Allah, Zarul ke ni? Zarul? Ya Allah aku serius tak cam ko, apsal badan ko dah macam tong drum ni? tak macam dulu, tak jauh dari badak beremdam ni, apa isteri ko kasik ko makan ni..hahaha"

Apakah agaknya reaksi Zarul? Dia mungkin mengukir senyuman, bergelak tawa di luar. Tetapi jauh di sudut hatinya? Saya yakin ini lebih perit dan sedih, kerana yang cantik di mata manusia itu telahpun hilang, dan diganti dengan dengan sesuatu yang jadi bahan gurauan di mata manusia.

Usah lontar kata-kata berbaur idealistik..

" la, apesal Zarul nak kecik hati, oo rupanya penting sgt ya dipandang cantik di mata manusia? Janganlah menjadikan perkara kecik satu hal yang boleh mengguris hati, rupa luaran itu bukan nilaian pun di sisi Allah, taqwa itu la yang utama"

Benarkah begitu? Lalu mengapa Mat tak berfikir yang sekiranya yang luaran itu bukan ukuran di sisi Allah, buat apa mahu menjadikan ia satu bahan gurauan,benda yang tak punya kepentingan untuk dibicarakan, kan taqwa lebih utama? Sekarang ambil diri anda, letakkan di dalam diri Zarul. Jangan berani kata saya takkan rasa apa-apa, biasala kene gurau camtu. Belum tahu lagi jika kita tidak berada di posisi itu, apa yang anda ada hari ini mungkin akan ditarik bila-bila masa shaja, mungkin juga seminit dua lagi, siapa tahu? Kun Faya Kun! sekiranya Allah mahu, sekarang juga boleh.


Tak usah jadi terlalu idealistik..

2 kisah benar, 2 posisi berbeza..

Kisah 1 - posisi seorang kawan

Hari itu saya ke universiti menaiki bas di mujamma' sheikh khalil. Lalu, berjumpa dengan seorang adik yang sudah lama tidak bersua, mungkin kerana kesibukan masing-masing. Saya lalu duduk disebelahnya. Saya bertanya kepadanya berkenaan satu ubat cacing yang ditanya pada saya tempoh hari.

"Mengapa nak ambil ubat cacing?" saya bertanya. Dia lalu membuka cerita..

"Saya rasa saya ni kurus sangat la kak, ramai orang kata saya ni terlalu kurus, saya terfikir ntah ntah saya ada cacing, mana tahu makan ubat cacing sebagai prophylaxis* ke hehe, atau saya ni kurang zat"

"Awak dah minum susu untuk naikkan berat badan?".
"Dah kak, tak naik-naik pun".
"Turun ke berat badan atau maintain? family awak ada yang kurus jugak?"
"Maintain, tak turun. Ayah saya kurus".
"Awak ada sakit-sakit ke?Atau rasa sihat je?"
"Ntah, rasa ok je. Tapi sebab macam ramai orang kata saya kurus, saya pon terfikir, dr segi kesihatan, takut sakit ke apa ke"

Saya lalu memberi beberapa nasihat lain, lebih kepada pengurusan pemakanannya untuk menaikan berat, atau paling-paling untuk me'maintain'kan beratnya. Saya lalu terfikir, bagusnya adik ni kerana berfikir secara positif dari satu sudut tentang dirinya, demi kesihatannya. Tetapi, mengapa terlalu ramai yang hanya suka mengomen sahaja, tetapi lupa pula untuk memberi apa-apa nasihat yang membantu. Akhirnya, ia tinggal satu komen semata-mata, tanpa jalan penyelesaian. Sekadar komen yang hanya membuang masa, malah mungkin membawa dosa!

Kisah 2 - posisi seorang kakak

Hari itu adik lelaki saya pulang dari sekolah seperti biasa. Waktu itu dirinya masih di sekolah rendah.
Adik saya sewaktu kecilnya seorang yang berbadan agak gempal, ramai kawan-kawan di sekolah yang seringkali mengejeknya- BULAT. Selama ini dia tidak pernah menyuarakan, tapi hari itu tiba-tiba satu soalan dilontarkan pada kami di rumah,

"Nape kawan-kawan ijai suka kata ijai bulat?".

Cuba fikir jika ini terjadi pada anak, adik anda.
Kita mungkin merasakan yang ini perkara kecil, tapi implikasi pada pembangunan dan keyakinan diri seorang insan? Siapa yang boleh meneka ia tidak mendatangkan apa-apa kesan?



Sudah biasa buat, ia jadi satu rutin pula..

Saya pernah menghadiri satu majlis berprestij dan besar-besaran. Beberapa penceramah dijemput untuk memberi perkongsian tentang isu-isu yang dibawa untuk dibincangkan dalam program itu. Di akhir satu sesi, pengerusi majlis yang sedang berdiri di hadapan mikrofon, di saksikan oleh ratusan orang ini membuat satu lawak yang bagi saya ia bukanlah satu lawak sebaliknya kata-kata 'gurauan' yang tidak sepatutnya jadi satu bahan tawa di majlis sehebat dan seprestij itu.

Saiz badan penceramah jadi bahan gurauan. 

Mungkin dek kerana sudah terbiasa mem'komen-komen' tentang badan orang lain, maka ia jadi satu perkara biasa sehingga terbuat perkara yang sama di majlis sehebat itu dan yang paling menyedihkan, mengapa saiz badan penceramah yang dijadikan alat gurau-senda di khalayak ramai? Apakah sudah hilang rasa hormat kita? Jika tidak pada penceramah, lihatlah mereka sebagai yang lebih tua, apakah molek sikap begini?


Duduk dulu, mari berfikir sejenak..

Seringkali perkara yang kita lihat kecil di mata manusia, tidak semestinya ia kecil di mata PENCIPTA kita.
Hindarilah diri kita dari hanya mengomen tanpa memberikan apa-apa bantuan. Jika benar badannya gempal, berilah bantuan untuk sama-sama mengurangkan berat badannya. Jika benar wajahnya sememeh, maka bantulah untuk menjadikan wajahnya berseri-seri. Komentar kosong, ia bakal ditanya di akhirat kelak.

Pulangkan persoalan pada diri anda, adakah aku benar-benar ikhlas bergurau demi menceriakan hati sahabatku? Atau hanya melontarkan apa yang kelihatan di mata kita, bersedapan berkata-kata tanpa memikirkan perasaan seorang insan berupa hamba Allah.


Kelembutan adalah anugerah
Ucapan paling baik adalah kejujuran
Sedang bergurau secara berlebihan
Merupakan kunci segala permusuhan..


Semuanya dilakukan dengan dalih bersikap tanpa beban (santai), padahal sikap santai bukan
bererti dengan meninggalkan etika syari'ah atau batasan-batasan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.


Kata-kata Sheikh Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah, dalam kitabnya 'Virus-virus Ukhuwah'


Saya mengingatkan diri saya yang juga sering lupa tentang apa itu nilaian ukhuwah, padahal ukhuwah bukan hanya pada kata-kata, ia satu praktikal secara direct atau indirect. Saya mengingatkan diri ini dan kita semua untuk sama-sama menghormati diri sahabat kita antara satu sama lain. Bukankah binaan yang kukuh itu perlu dibina dengan jambatan hati yang bertautan? 


Saya tinggalkan dengan satu hadis yang menyentap diri bila saya membacanya, bukanlah bermakna kita ini sombong, tetapi hakikatnya tiada siapa tahu apa yang ada di hati manusia. Hatta ikhlas itu diibaratkan bagai semut hitam yang berjalan di atas jalan yang gelap di dalam kepekatan malam, lalu kesombongan itu juga bukan satu yang mudah untuk dikesan. Sama-sama berdoa dihindarkan diri kita ketidak-ikhlas-an dalam mencapai ukhuwah kerana Allah. Assalamualaikum wbt.



Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah saw, bersabda:”Tidak akan masuk sorga orang yang didalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya sebesar dzaroh"




Lantas ada seseorang yang berkomentar: “Sesungguhnya seseorang itu suka memakai pakaian yang bagus dan sepatu bagus”
Menanggapi hal ini Rasulullah saw, menyatakan:
“Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesama manusia” [HR. Imam Muslim] 

12 comments:

  1. Perlu sentiasa beringat, seluruh tubuh hanya diinsuranskan di dunia. Maka mulut tak punyai insurans untuk menyelamatkan diri dari badan menderita azab di akhirat kelak. Naudzubillah.

    ReplyDelete
  2. bila cerita pasal kurus sangat ni, teringat seorangjunior yang rapat.. mengadu.. ramai yang komen dia kurus sangat. last2 pergi pharmacy nak beli kalau2 ada2 ada susu untuk weight gain..
    tapi pharmacist tu kata ape..?

    "la... dik, dulu saya pun sblum kawin macam awk jugak. Tapi lepas kawin, naik je.. ok, dah.."

    jadi junior ni secara berseloroh bergurau..
    ""jadi, kesimpulannya.. nak naik badan.. kawin.."

    kita gelak je..

    Kadang-kadang orang yang bergurau tak terfikir pun nak sakitkan hati kawan. Tapi kawan tu mungkin take it personally and too seriously, kecik hati.

    Cerita lain pula, kalau ada yang kecil hati.. mulalah kawan tu kata.. budak ni asyik kecik hati je.. tak bestlah nak kawan.. sedangkan dia belum berfikir untuk masuk ke dalam kasut kawan tu tadi, bukan sebagai diri dia, tapi sebagai diri kawan dia .. sebab mungkin treshold nak kecil hati ni, lain orang lain level nye .. ye dak. Jadi, jangan mudah sampai kepada satu kesimpulan dengan cepat.

    Cakap pasal nilai ukhuwwah yang praktikal ni.. satu perkara mudah yang rasulullah pesan.. SENYUM.. bermanis wajah dengan sahabat bukankah suatu sedekah..
    Dulu memang susah nak terima kenapa la orang tak boleh senyum ni.. padahal dah sehabis usaha dah kita senyum.. tapi.. tekan butang pause jap.. dia tengah fikir benda lain kut.. bukan dia tak suka kat kita.. sabar.. sabar.. sabar..

    ooo.. ye.. husnu zhan dan berlapang dada itu ubat yang saaaaangat mujarab dalam menangani virus ukhuwwah ini.. di samping bed rest, fikir sejenak, , dan jangan memburukkan lagi keadaan.

    sangat suka kata-kata seorang sahabat yang diambil daripadaorang yang tersayang

    "Jika kau rasa dirimu telah banyak berkorban demi sebuah persahabatan, barangkali dia juga banyak bersabar dengan dirimu"

    Ya, ukhuwwah itu praktikal.. tapi kita lebih expect apa yang kita nak dan di balas, berbanding beri apa yang expected kita kena beri..

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. learn to understand 1st, rather than to be understood, kalau semua org pk camni..kan senang jadinya..^_^

    ReplyDelete
  4. Qala John C Maxwell (haha)seek first to understand, then to be understood

    ReplyDelete
  5. Back in high school, I was jerked around
    by my seniors, and this made me hate them.

    Now when I browsed through facebook and found pages of seniors who used to bully me, immediately a sense of hatred diffuse into my veins and I still hate them more than ever. I guess that's what they deserve from me;Hatred and Disgust.

    I know I should get over it and forgive them, but Like people always said:

    "Wounds may heal, but scars remain forever"

    ReplyDelete
  6. Yes they do.
    But scars remain to remind us something. We should remember it. But not in the wrong way.

    If you let it go, surely It'll give your heart a really pleasant relief.

    I once, used to be bullied by seniors. Do I hate them, yes. But they taught something useful; don't do the same thing to our junior (if you know what I mean).

    Survival the fittest, is something that we've heard before. But how do you translate into life? We have gone through a rough road. We take all the lessons learned and give them to others so that they don't have to feel the same feeling that we had.

    So don't really hate them. Instead thank them, for surely by now they already punished of what they had done in the past. And it'll be a world to you to be relieved.

    ReplyDelete
  7. saye pernah rase kecil hati & masih merasainya sampai sekrang. bila ada yang cuba mengumpamakan badan saya dengan binatang seperti anak gajah @ sebagainya, saya tertanya tanya " buruk sangat ke saya ini @ saya ni mencacatkan pemandangan org lain ke??.

    mungkin niat dia bergurau tetapi bila dibandingkan dengan binatang terasa sgt hina diri. kalau masa sekolah rendah diejek begitu, saya tidak kisah sebab budak2 tapi bila dah besar pun macam tue, saya jadi tidak faham

    saya rasa manusia ini tak pernah puas untuk bercakap. bila kurus ditanya bila badan nak berisi, bila gemuk ditanya bila mahu kurus. pelik kan mansia terutama mulutnya itu.

    ReplyDelete
  8. Macam satu siri TV kat Astro Prima, Halimah Jogang The Siri.

    Siap ada lagu lagi tu, tak baik betul

    ReplyDelete
  9. Salam superdry,

    Sbg manusia biasa, tuk lupakan satu mende yang penah buatkan kita sakit hati memang bukan senang dan mungkin juga mustahil..
    Tapi, the ‘scars remain forever’ ni bukanlah satu tiket untuk kita terus membenci n simpan sakit hati tu setiap kali ternampak org2 ni..
    Deorg tak deserve tuk dapat hatred tu dr awak sbbnya awak je yang mungkin rasa those negative feeling..tapi deorg ni tak pk n rasa apa2 pon, mungkin jugak lupa apa yang deorg penah buat..segala mende2 bad feeling bagi saya adalah amat membebankan..jd deorg ni semua tak deserve tuk buatkan masa awak terhabis dengan rasa sakit hati towards ‘em..masa awk n feeling awak tu sgt berharga tu dibazirkan pd sikap2 org macam deorg tu..

    ReplyDelete
  10. Macam yang kher cakap,

    mende2 yang menyakitkan kita lalui dalam hidup sbenarnya mengajar kita satu lesson yang sgt berguna.. perasaan sakit dalam ujian yang Allah berikan tu sebenarnya satu kuliah ‘sifat sabar n berlapang dada’ yang Allah ingin ajarkan pada kita..
    Apart from awak menghalakan sesuatu yang negative(the hatred) pada org yang buat mende2 tak baik tu dulu pada awak, lebih berbaloi untuk awak menghalakan sesuatu yang positif pd org lain disekeliling..sbb kita tahu macam mana rasa sakitnya dibuat macam tu, maka kita tak mahu buat mende yang sama pada org lain(sbb tak mahu org lain rasa sakit macam yang kita rasa)..

    Awak dapat double mende yang baik tuk diri awak..u’ll be more satistied for all the gud deed yang u do, gaining the respect from others n plus the reward from the Almighty.. untuk meke2 yang buat tak baik pada awak tu dulu, to just let go apa yang awak rasa n penah alami dulu—not to be so idealistic, memang mustahil rasanya untuk dilupakan..tapi the point is..how u handle those feeling...mesti tanamkan dalam diri yang kita semua ni sgt special untuk membazirkan masa n diri kita pada mende2 yang deserve menerimanya..letakkan balasan yang lebih adil tu pd Allah..

    Put our trust on HIM..InsyaAllah we’ll be the happiest person in the world..^_^

    ReplyDelete
  11. cth macam yang yanzleha alami..

    tanamkan azam n buktikan yang kita mampu untuk turunkan berat badan kita ! mesti mampu n boleh buat, kene kuatkan smangat n teruskan usaha..

    But the key is..jgn buat kerana kita benci dengan deorg semata-mata or sebab satu hr kita nak buktikan yang saya boleh je jd kurus..

    kata2 ejekan tu boleh kita jdkan satu booster sbenarnya untuk kita terus tanamkan azam tuk menurunkan berat badan tapi bukan satu mende yang menyebabkan kita akan terus membenci org2 tu semua..

    paling penting sbenarnya- kita yakin n sayang dengan diri sendiri..belajar untuk menyanyangi diri sendri akan buatkan kita sgt satisfied dgn apa yang ada pd diri kita--luar dan dalam..

    walaupun katakanlah kita usaha2 untuk turunkan berat tapi tak menjadi..ia takde sampai membuatkan kita jd depress n down sampai kita pandang hina pada diri sendiri..diri kita sbenarnya sgt special dgn segala kelebihan yang Allah berikan..regardless la apa pun pandangan manusia tu..pandangan serta kehebatan ciptaan Allah yang ada pada diri kita itulah yang lebih penting dan sgt cantik sbenarnya..

    ReplyDelete
  12. shi..

    tq miu sbb bagi contoh yang memang realiti..

    mcm takde dah bhn hiburan lain yang boleh dibuat untuk beri manfaat pada semua org..

    apa tindakan kita lepas2 ni?..

    memasyarakatkan media hehe..tertarik dgn tajuk debat hr tu..

    patut kene wat tajuk debat cam ni kat msia tuk piala debat ala parlimen..

    hiburan perlu mendidik..bukan sekadar menghiburkan..

    ReplyDelete