Tuesday, February 9, 2010

Yakin dengan pilihan, Idfa' billati hiya Ahsan !

Assamualaikum sahabat-sahabat sekalian..


apa khabar hati kalian? apa khabar jasad kalian?

Sudah hilangkah beberapa titik hitam dalam diri kita selama beberapa hari ini?

Alhamdullilah..kita masih dikurniakan Allah sekujur tubuh yang mampu bergerak, mata yang mampu melihat, mulut yang mampu berbicara..harus syukur selalu kerana tak tahu bilakah segalanya akan ditarik kembali..

Banyak yang ingin dikongsikan, tapi hal-hal yang mendatang dari hari ke hari menyebabkan beberapa perkara hikmah dalam kehidupan tidak mampu dikongsikan..

Semalam saya diberi peluang oleh Yang MAHA ESA untuk bertemu dengan seseorang yang amat saya kagumi..
Ternyata terlalu banyak mutiara yang berjaya dikutip walaupun masa yang ada itu terlalu mencemburui..

Saya kongsikan apa yang saya peroleh dari beliau.. 5 HIKMAH buat memandu hidup ini..

1. Jangan mudah merajuk dengan manusia.. kerana manusia itu datang dan pergi..berbaliklah kepada tujuan utama kehidupan kita di dunia..maka kakimu akan tetap teguh dengan prinsip asas kehidupanmu..

2. Sekiranya kita hidup untuk mengharap dan menerima dari manusia, maka kita akan lemas dan TUA dalam pencarian, sedangkan apa yang dicari dan dinanti itu mungkin takkan kunjung tiba, mungkin juga kita takkan pernah puas dengan apa yang ada dek kerana sentiasa mengharap dari yang lain.

3. Biarkan apa sahaja yang diperlakukan oleh manusia terhadap kita, JANGAN SESEKALI KALAH DENGAN AKHLAK..akhlak itu cermin dan hiasan dirimu, periharalah sebaiknya, ia bekalan buatmu di alam kekal kelak..

4. Beramallah dengan apa yang diperintahkan oleh Allah keatasmu sebaik-baiknya...beramallah untuk MEMBERI sebanyak-banyak dan sebaik-baiknya..bukan hanya meminta dan mengharap balasan...

5. Jangan ada TITIK HITAM di dalam hati ketika berada di bumi anbiya'..kerana bumi ini bumi barakah..KEIKHLASAN yang ada di dalam hatimu akan terserlah dalam perjalanan yang panjang itu..tetapi TITIK HITAM yang berlumat di dalam hati itu akan terbuka pekungnya dan mencacatkan perjalanan kamu seterusnya walaupun di hari ini kamu bahagia dengan nikmat yang kamu perolah..harta, pangkat, apa sahaja...


KEBERKATAN DI BUMI ANBIYA' ITU AKAN TERSERLAH ....

Idfa' Billati Hiya Ahsan!


Satu ketika dulu,
Diri pernah sedih dengan suatu kehilangan..
Kata-kata mama, "Percayalah sesuatu ujian itu buat kita lebih kuat ,
Akan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik".
Benarlah... 
Segala yang pergi itu punya hikmah yang besar menunggu kita di hadapan..
Dengan syarat kamu yakin..
Janji Allah buat hamba yang bersyukur..
Hadiah dariNya bagi sabar yang teruji..

Di kelewatan hari kelmarin..
1 berita diterima..
Hati merasa sangat tenang..
ternyata yang hilang itu akan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih sesuai buat kita..
Moga jalan sehala ini akan dipermudahkan hingga ke akhirnya..
Alhamdulillah...

manisnya hidup ini sekiranya kita yakin dengan janjiNYA..


Yakin dengan pilihanmu, segalanya bakal jadi mudah bi IzniLLAH

2 comments:

  1. Benar apa yang dikata.

    Kita selalu mengharapkan sesuatu yang baik berlaku kepada kita. Tetapi mungkin perkara itu tidak baik untuk kita. Bila tak dapat kita merasakan bahawa Allah itu tidak adil. Beristighfarlah. Kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

    Cuba renungi kembali apakah yang telah usahakan itu sesuai dengan apa yang kita harapkan. Dan tetaplah jangan putus asa mengharapkan daripada rahmat daripada Nya.

    Redha itu akan menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur. "Kita tidak akan pernah dapat memuaskan manusia".

    Sungguh indah nasihat yang diberikan. Semoga dapat kita semua amalkan dalam kehidupan walau di mana sekalipun.

    ReplyDelete
  2. Yang baik dan cantik pemberian Allah itu seringkali dikaburi mata kita dengan dugaan dan kesusahan yang Allah berikan sbg ujian buat hamba yang beriman..

    Perlu banyak belajar sabar, syukur dan redha..dengan itu, kecantikan dan kemanisan yang terselindung akan datang terserlah tiba masanya..lihat dengan mata hati, bukan dengan akal dan nafsu..

    JazakAllah atas komentar..sama-samala semua kejar yang terbaik dalam hidup sementara..

    ReplyDelete