Apa kaba kawan-kawan, adik-adik? Sihat ke semua?
Moga hari ni kita lebih baik dari hari-hari sebelumnya..
Baru je tadi cek2 email kejap.sekarang ni lama skit tak cek email, mesti dah beratur email2 dr permai dan ada beberapa YG lain yang saya join. Tapi yang permai punya memang selalunya yang paling banyak..lagi2 musim program hujung2 minggu..scroll punya scroll .tup tup nampak satu tajuk menarik..
saya klik dan tertulis..
Perutusan Halatuju dan Fokus PERMAI fasal kedua oleh Timbalan Presiden PERMAI
Kagum..sungguh kagum..
Hebat dan kreatif adik-adik jr sekarang..
Memang tak dinafikan..dah beberapa tahun saya jadi ahli bernaung bawah Permai..dr tahun ke tahun banyak perubahan dan penambah baikan..tahniah adik-adik ! ^_^
Moto pun dr tahun ke tahun bertambah mantap..
Tahun 2006-2007..
Seingat saya waktu saya menjadi timb s/u 4 tahun lepas, apa itu perutusan permai pun tak pernah saya dgr..
zaman tu ada kami cuma ada perjumpaan dengan ahli-ahli. Ust Ismat selaku pres di waktu tu akan terangkan apa halatuju dan sebagainya sebagai permulaan sesi kepada semua ahli, kami yang lain cuma menambah sikit2.
Menjadi s/u bagi orang yang tak pernah jadi s/u memang satu masa yang penuh dengan pengalaman tak kira sama ada yang sedih, yang gembira dan macam-macam lagi
Semua kami buat secara manual. Borang keahlian manual, ditulis tangan, tak seperti sekarang. Terkejut jugak melihat adik saya bekerja sebagai s/u..wah guna spreadsheet untuk isi data keahlian, daftar dan muhasabah semua melalui online....zaman dan cara bekerja memang sudah banyak berubah..
Waktu itu kami tiada blog atau laman web yang sangat gempak macam sekarang, ada portal, YG. Melihat kepada adik saya yang saban hari meng-approve segala iklan-iklan, saya jadi pelik juga..
Dulu ape iklan yang saya approve ya? hehe
Di zaman itu, saya tiada runner..sekarang sudah ada runner permai(ajk-ajk penyampai surat-surat permai pada ahli)..oleh kerana rumah sedikit, maka saya akan menghantar segala surat secara manual dari pintu ke pintu..
Kepenatan itu jadi kenangan terindah..
Tidak dinafikan, saya sangat kagum dengan adik-adik pimpinan sekarang. Tapi dalam masa yang sama i really miss the good old days.. zaman-zaman manual bekerja tanpa kemudahan elektronik yang meluas dulu amat saya rindukan..
Nampak remeh tapi tinggi nilainya....
Satu perkara yang saya tidak dapat lupakan ialah kepimpinan ust Ismat pada waktu itu yang saya dan rakan-rakan amat kagumi. Saya tidak lupa macam mana ustz menanda minit mesyuarat saya yang pertama dengan pen merah, dibulat sana dibulat sini dan ada kata-kata kat tepinya tertulis..ni salah, buang, ni tak perlu. waktu itu saya terkejut mengapa minit saya ditanda sebegitu rupa. Tapi rasa terharu jugak kerana pres, org yang paling besar sanggup menyemak minit saya yang ntah hape2, tanda dengan pen merah pula.
Zaman di mana saya terpaksa menghafal semua rumah-rumah dan ahlinya kerana sebagai timb s/u, tugas untuk menghantar surat semua dibawah tanggungjawab saya. jadi perlu kenal ahli dan rumahnya di mana. Peta waktu itu tak sehebat sekarang. Nasib baik ahli juga tak ramai, kalau seramai sekarang, mungkin boleh patah lutut nak hantar surat dari rumah ke rumah.
Belajar menepati dan menghargai masa..
Ust sgt punctual, 5 minit sebelum mesyuarat telah terpacak di bawah bangunan rumah tempat kami selalu bermesyuarat..jadi kami semua perlu on-time. Semua perlu mengikut masa yang ditetapkan, ada masa kami hanya bermesyuarat 2 jam dan perlu setelkan beberapa perkara dalam masa itu jugak.
Latihan bercakap dan yakin pada diri...
Tak lupa juga waktu ust menyuruh kami semua barisan pimpinan--diwajibkan menjadi naqib dan naqibah mekap..saya yang tak pernah langsung berpengalaman dalam bidang-bidang usrah, naqibah dan yang seangkatan dengan memang merasakan tugas yang diwajibkan ni satu yang sangat berat..
Bayangkan tak pernah duduk di asrama, yang mana selalunya mereka2 yang biasa duduk di asrama kurang-kurangnya pernah ada pengalaman berusrah ke, jadi naqibah ke.. tapi dek kerana semua org pun sami'na wa ato'nya..makanya waktu tu terpaksalah jugak ikot..
Mula-mula memang tunggang langgang pembentangan, tapi lama-lama alhamdulillah tugas-tugas yang ustz berikan ni walaupun mungkin nampak sdikit tapi memang ia amat mematangkan kami..
Saya takkan lupa ada sekali di waktu setiap dr kami perlu bentangkan tentang perkembangan mekap kami masing-masing..ada seorang kawan kami dalam barisan pimpinan menyatakan masalahnya yang takde seorang pon ahli kumpulannya datang mekap, dia seorang je yang terkulat-kulat menunggu.. tapi sebab merasakan yang memang tugasnya untuk sampaikan jugak pengisian tu, maka dia pon pergi dari rumah ke rumah ahlinya, jumpa seorang demi seorang terangkan tentang silibus tersebut.. hehehe..hebat memang hebat..
Pemberi tazkirah untuk setiap kami mesyuarat juga perlu rotate, mesy ini timb jkk pp, next mesy mungkin saya pula, dan untuk approval dan sokongan minit mesyuarat juga tak boleh orang yang sama, tak boleh juga hanya syabab, perlu sama-sama, seorang syabab seorang akhawat. Waktu tu saya nampak perkara ini macam kecik je pon..tapi sungguh, pabila jauh saya telah meinggalkan zaman bekerja itu, saya terfikir yang segala yang kecik2 itulah yang membentuk diri saya dan rakan-rakan pada hari ini..
Sempurna dalam lipatan kenangan..
alhamdulillah..itu antara kenangan paling manis selama berada di jordan..
Segala kesusahan dan naik turun hidup pada waktu ketika kita mengalaminya, kita tak jelas apa hikmah dan baiknya untuk hidup-hidup mendatang, sehinggalah kita telah jauh meninggalkan waktu itu.
Saya tidak mengatakan yang zaman bekerja ketika itu adalah sangat best, sangat bersemangat atau segala macam kesempurnaan.. Zaman itu tidak sempurna, ia penuh liku-liku, penuh pahit manis, penuh naik dan turun.,.
Tapi suatu perkara yang buat saya sentiasa tersenyum setiap kali mengingatinya.,
Segala susah dan senang, senyum dan tangis, hitam dan putih itulah yang menjadikan waktu itu satu memori yang sangat sempurna untuk saya kenang sampai bila-bila...^_^
-Dont go through life, GROW through life-
pengalaman yang menarik.
ReplyDeletedahulu dan sekarang tak sama. dulu cabaran adalah kekangan kewangan dan sebagainya. sekarang berbeza pula cabarannya. tapi semua itu tidak harus dijadikan sebab untuk tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan apa yang harus dilaksanakan.
benar, apa benda yang kita rasa satu masa dahulu adalah sesuatu yang payah mungkin suatu masa nanti akan menjadi kenangan manis yang membentuk jiwa kita, diri kita.
kenalah berterima kasih kepada semua sebab telah memberi peluang untuk berada di suatu tempat yang mungkin tak pernah kita terfikir untuk jejak suatu masa dahulu.
semoga akan terus membina pengalaman yang akan menjadikan diri lebih kuat menghadapi hidup. semoga berjaya.
betul2..
ReplyDeletestiap kali borak ngan faeza pasal zaman kita semua keje ngan permai dulu, rasa nak patah balik keje d bawah ust ismat..pi kene laser ngan ust takyah ckpla.tapi time tu wlaupun dia laser ke marah ke, rasa tak sakit ati sgt pon, n tak simpan pon..mungkin sbb jarak umur pon jauh, jd rasa macam adik2 yang masih baru blaja yg mmg patut pon dilaser n dimarah..
banyak sgt mende sy rs sy blaja time keje bawah dia..paling takleh lupa ust time kita semua nak bincg ape menu tuk hari raya haji..ust kata ala makan timun sudah..n time ust slalu perli daus yg suka sgt baca al-ahkam.net..hehe
tp sy tu stahun je pon..awak lgla bertahun-tahun keje jd s/u..dr sekecik2 ajk..ke jkk..ke s/u permai ke s/u mppm.mcm from zero to hero.mesti banyak beza keje dr level ke level yang lebih tinggi..best ni tuk dikongsi ngan semua
salam,
ReplyDeletealhamdulillah syukur kerana diberi peluang berada diposisi ni,indeed i learnt alot..tq sis 4 always be there lending ears listening to all my nagging n wiping my tears when i down :p ..nway keadaan dulu n sekarang mmg berbeza..undeniably..tp sbg kepimpinan yg baik u hav to know both cara pemimpin n pengurusan yg lebih efektif..gunakan setiap peluang yg ada utk membawa ahli & persatuan kita ke tahap yg lebih baik..salah silap harap maaf..sy sdg berckp dgn 2 org pimpinan yg jauh lebih hebat dr sy..-adik setahun jagung-