Wednesday, March 17, 2010

Maratib AMAL - Mulakan dengan DIRI INI..

Pesta khatan berkepit pondan..
2010/03/17

KUALA SANGLANG: Bagaikan kabaret. Perbuatan beberapa penduduk menari bersama mak nyah yang berpakaian seksi sambil meneguk air ketum bagi mendapatkan ‘mood’ berjoget lambak bersama pasangan dikesan di sebuah rumah penghuni Kampung Kuala Sanglang di sini, malam kelmarin.

Malah, sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan turut dilihat seolah-olah ‘lalok’ kerana kebanyakan mereka dipercayai berada di bawah pengaruh air ketum yang dikatakan turut disajikan sepanjang pesta kenduri kampung berkenaan....

Difahamkan, semua pondan yang berperwatakan tidak ubah seperti wanita itu dipercayai dibawa sebagai tarikan bagi tujuan pesta sempena majlis khatan yang diadakan pada sebelah pagi di rumah terbabit.
Bagaimana majlis khatan boleh menjadi sebuah pesta joget?                                          
Pemuda parah dibelasah dalam kawasan masjid
2010/03/17
     
KUALA TERENGGANU: Gara-gara kasih tidak kesampaian, seorang remaja lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan gadis dicintainya petang kelmarin.
Mohd Zulhafis Mohd, 19, dibelasah di sebuah masjid di Bukit Tok Beng, Seberang Takir, dekat sini, sebelum dibawa seseorang ke Klinik Kesihatan Teluk Ketapang untuk mendapatkan rawatan.
Rumah Allah sudah tidak dihiraukan ?










KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.
Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu...
sumber : Harian metro, 8 Mac
Perogol JUNIOR, 11 dan 12 tahun??
_____________________________________


Apakah agaknya yang berada di kotak pemikiran adik-adik dan sahabat-sahabat kita di malaysia?


nafsu? hiburan? suka ria?


Jatuhnya Zaman Abassiyah kerana mengejar hiburan dunia yang melampau..


Jatuhnya Turki Uthmaniyyah kerana tangan-tangan kotor musuh Islam, mereka mahu kita hancur berkecai, biar umat Islam jadi abu, biar jadi ibarat buih-buih di lautan..


Biar Umat Islam itu banyak, penuh membanjiri, tapi jatidiri mereka hilang, hidup mereka tiada tujuan, matlamat mereka hanya kepuasan nafsu serakah semata..


“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)…”(QS. an-Nisa’: 89) 

Zaman yang berubah mengakibatkan kesesatan umat semakin melampau-lampau, 
Sedih, cukup sedih..ramai saudara-saudara seIslam kita di Malaysia tidak sedar akan hal ini..


Zaman berubah, tanggungjawab juga bertambah..


Hari ini kita melihat hal-hal ini berlaku pada bahu insan lain, esok lusa siapa tahu takut-takut ia melibatkan keluarga kita? Selamanya di akhbar memaparkan kisah orang lain yang tiada talian darah dengan kita, kita baca dan mengucap panjang atas apa yang berlaku, tapi apa pula tindakan kita selepas itu? Kadangkala saya juga bertanya pada diri sendiri, apa yang boleh saya buat untuk mengubahnya? 


Peredaran zaman menyebabkan kita hidup dalam lingkungan talian darah semata, atau juga atas dasar bangsa, tapi atas dasar aqidah bagaimana pula? 


Penjajah British yang memerintah negara kita dulu mahu kita ini amik pusing bila ia hanya dalam lingkungan daerah kita sahaja, tanah kita dipecahkan kepada negeri-negeri yang kecil. Ini seperti mana juga yang mereka lakukan pada khilafah Islam dulu. Manusia dipisahkan atas lingkungan geografi ! Hilang sudah cakna atas dasar aqidah. Mungkin kerana inilah bila mana kita mendengar berita-berita seperti di atas, cakna kita hanya seminit dua, naik dan turun, tiada istiqomah..


Pandanglah cermin itu, tanyakan pada diri ini..


Adakah aku benar-benar menyayangi Islam?
Adakah aku bangga menjadi umat Islam?
Adakah aku sayang Allah dan Rasulullah dengan sebenar-sebenarnya?


Kita jawab dengan tulus dan seikhlasnya..


Setiap hari aku ke universiti, aku berjumpa kawan-kawan, belajar sesuatu kemudian pulang, aku makan, aku minum, aku solat, kemudian malamnya aku tidur..adakah aku bangga dengan diriku sebagai umat Islam..aku bangga jadi umat Penghulu segala nabi, kekasih Allah?


Saban tahun kita pulang ke Malaysia, pasti buah tangan dibawa bersama untuk diberi kepada keluarga tercinta, rasa sayang dan kasih menyebabkan kita tidak pernah lokek untuk memberikan yang terbaik untuk orang-orang yang dikasihi..duit?tidak kuhirau habis berapa saja..masa? akan kuluang sehabis baik..


Dengan Allah, adakah aku sayang lebih dari itu?
Sayang Allah, segala tindak tanduk kita dalam linkungan yang disukai Allah..
Sayang Rasulullah, rutin harian sumber rujukannya dari sunnahnya...
Sayang Islam, syariat menjadi landasan, ia di dalam hati, bukan hanya praktikal..


Kewajipan kita sebagai khalifah bumi Allah ramai yang tahu tentang ini..
Tapi hakikat sebenar disebalik tanggungjawab besar ini ?


Sekiranya kita hanya akur denganNya atas nama kewajipan, kewajipan setiap hari akan bertambah, bila mungkin datangnya kewajipan-kewajipan lain, kita jadi keliru, mana yang patut ku dahulukan?


Namun, sekiranya rasa bangga dan kasihnya pada Allah, Rasulullah dan agama ini yang menjadi tunjang, maka rasa sayang yang mendalam itulah yang menyebabkan kita mahu terus memberi sebanyak-banyaknya..lebih dari kasih dan sayang pada keluarga, saudara-mara, anak, suami dan isteri..


Rasa kasih dan sayang membuatkan kita mahu berkongsi segala-galanya tentang Islam dan cara hidup muslim itu dengan orang lain, bukan atas dasar bangsa, bukan atas talian darah semata, tapi atas landasan aqidah yang satu...


Imam Hasan Al-Banna meninggalkan nota-nota perjuangannya buat tatapan kita..ia hasil daripada apa yang ditinggalkan Kekasih Allah, Rasulullah..


Beliau menyusun maratib amal(fasa-fasa amal) yang 7 semuanya..supaya kita jelas dari mana harus kita bermula..
















1. Individu Islam
2. Keluarga Islam
3. Masyarakat Islam
4. Kerajaan Islam
5. Negara Islam
6. Khilafah Islam
7. Memimpin Alam

Segala-galanya bermula dari sekecil-kecil unit..dari diri kita..


Jika hari ini kita mengeluh panjang mendengar kisah-kisah masyarakat di tanahair..








dari mana mahu kita mulakan untuk mengubah masyarakat?..ia bermula dari keluarga yang sihat sejahtera. Sejahtera dari maksiat, Islam menjadi rutin hidup, sihat dari nafsu jahiliah dan terhindar dari hidup berhibur semata..


dari mana pula mulanya keluarga yang sihat sejahtera ini? Tidak lain ia dari..
 diri kita yang satu ini..

Ubahlah diri kita untuk jadi sebaik-baik muslim...


“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya
kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan 
dicintai Allah dan Dia ampunkan 



dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31).

Sekiranya kita cinta pada Allah, maka untuk mengikut jalan yang lurus itu  akan jadi lebih mudah, bukankah itu permintaan kita sekurang-kurangnya 5x sehari?

Ihdinas sirootol mustaqim..tunjukkan aku jalan yang lurus Ya Allah..

Sekiranya kita terpilih untuk berada di jalan yang lurus itu, maka kita bakal jadi insan yang dicintai Allah, bukankah itu yang kita pinta juga sekurang kurangnya 5x sehari?

Sirootollazii na an'amta 'alaihim...jalan yang kau berikan nikmat padanya ya Allah, jalan yang mana pengikutnya kau cintai ya Allah..

Dan dosa-dosamu itu bakal diampunkan Allah.. dosa-dosa yang bagaikan butir-butir pasir di lautan..yang banyak itu bakal diampunkan???

Dengan syarat Siraatal Mustaqim itulah yang jadi buruanmu.....

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Jalan yang lurus itu bukanlah dihiasi lampu-lampu gemerlapan, bukan juga enak dibuai mimpi indah, mewah segala, senang lenang duduk tidur bertilam bantal empuk..

Ia sakit, ia pahit, ia perit dan penuh liku, tapi kesakitan inilah jadi pulangan yang indah di alam kekal abadi..

Bukanlah mujahadah itu asalnya juga dari perkataan jaahada yang bermaksud susah(to strive) ?

Yang susah itu bakal jadi mudah, dan ia tidak mustahil selagi DIRI INI mahu mengubahnya..

wallahu a'lam...


6 comments:

  1. stuju dgn 7 maratib amal! bina fardul muslim dulu, then baytul muslim & mujtama3 muslim selari >_< yallah

    ReplyDelete
  2. mari semua kita mulakan hari ini.
    perbaiki diri untuk membaiki dunia.

    jalan untuk kebaikkan itu selalunya 'dihiasai' dengan onak dan duri. bukan bermaksud untuk menghalang daripada kebaikkan. sebaliknya untuk memastikan dan menapis mereka yang sampai ke destinasi adalah mereka yang benar-benar layak untuk menerimanya. marilah kita menjadi mereka yang layak dengan izin-Nya.

    ReplyDelete
  3. Adik lelaki Syi pun akil baligh umur 12. Kinda shocking... and menakutkan.

    He love to watch sexy movies. It's not that my parents didn't control him, but then, those scene are every where, even in adverts, paper etc.

    Throwing away the sources wasn't the way to settle it, but just like Ust Hasrizal said, the kid needs to be thought about The Power Of Selecting.

    Poor them, they're victim of uncontrolled world

    ReplyDelete
  4. sendoh..

    perlu bina maratib amal dengan berstrategi..soffaan ka-annahum bunyaanun marsuus..susunan batu-batu yang rapat dan tersusun lambang strategi mantap yang perlu kita rangka sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  5. bahaya tu syi..kene do something..

    akak terdengar seorang jr kat cni mak dia buat home-schooling kat da adek bradik dia time skolah rendah..macam menarik bunyi..terpikir apart from beberapa contra macam tak bersosial sgt, banyak dok umah je..tapinya home-schooling time sekolah rendah banyak gak pro dia..sekat dr bende2 tak bek dr kecil..ajar how to select good stuff..dengan tgn mak ayah sendiri..

    ReplyDelete
  6. kher,

    tapisan Allah untuk pilih cream of the cream di kalangan umatnya..tapisan yang dibuat melalui peperiksaan harian yang kita lalui. Buruk baik di mata manusia tidak sama dengan buruk dan baik dalam pandangan Allah. Ini hakikat yang selalunya kita sbg makhluk terlupa dan terlepas pandang..may Allah put all of us among the cream of the cream..

    ReplyDelete