Wednesday, April 7, 2010

Simen dan batu,mana satu pilihan kalbu?

Salam kawan-kawan,

Moga sihat sejahtera. Cuaca tak menentu, kejap panas kejap sejuk.

Pernah main lego? Warna yang pelbagai, bentuk kecil dan besar. Memang seronok bina bangunan zaman muda-muda dulu. Sekotak besar penuh berisi, mungkin telah bersawang kini.

Lego classroom by benlego.p
Mengapa pula lego tiba-tiba jadi bahan bicara?
Ini kisahnya...

Beberapa hari lepas saya terjumpa satu status di facebook. Link kepada sebuah website.Terima kasih buat kawan yang memberi link ini. Memang dunia dan segala isinya semakin rancak dari hari ke hari.

Saya klik dan terpapar satu blog warga bumi mesir. Pemilik blog tidak disiarkan, blognya berkisahkan hidup-hidup pelajar di mesir, berita-berita terbaru dan kisah-kisah yang dirasakan menarik untuk dikongsi.

Entri yang baru dihantar beberapa hari lepas menceritakan tentang suatu majlis yang dijalankan di mansurah.
Gambar-gambar tersusun serta pelbagai caption yang dirasakan penulis sesuai untuk gambar yang disiarkan.

Saya yakin ramai di luar sana yang telah membaca blog ini. Apa komen anda? Ini cuma pendapat saya, yang baik jadi teladan, buruk jadikan sempadan.


Soalan saya : Bila dakwah perlu berhikmah, hikmah tu macam mana?


Allah Maha Adil. Setiap insan punya bahagian masing-masing dalam hidupnya. Hari ini saya gembira, esok lusa saya sedih. Semalam saya jatuh, esok lusa bangun kembali. Begitu juga insan lain, si aminah Allah uji dengan pelajarannya, si Ahmad Allah uji dengan akhlaknya, si Karim pulak Allah uji dengan keluarganya Anda bagaimana?

Ujian silih berganti, bukan hanya yang buruk di pandangan mata kita, yang cantik dan indah di mata kita juga satu ujian. Semua orang tahu tentang ini.


Saya bukanlah orang yang arif dalam bidang ini, tapi di satu sudut saya membayangkan seandainya diri saya di kalangan mereka-mereka yang terpapar gambarnya dan kisahnya di blog itu. Apakah agaknya perasaan saya?

Satu trend di zaman cyber, bila dunia menjadi tanpa sempadan, maklumat tinggal klik, nah dihujung jarimu! Pabila insan punya kuasa meluahkan apa yang terbuku di hati, lapik tiada, kurang tapisan, jadi hamburan dan makian. Dakwah dan agenda amar makruf nahi mungkar jadi taruhan.

Hari ini kita merasa kita betul, kita tidak buat itu dan ini,
"Mengapa mereka buat macam ini, dah macam-macam cara kita tegur, tapi tetap macam tu, jomlah buat secara terang-terang tegur, mungkin lebih efektif, lebih terkesan, 
tegur baik-baik nampaknya tak jalan"..

Kawan-kawan..ini 'pesan' ALLAH..

88:21
88:22

Kita ini hanya pemberi ingatan buat hamba Allah yang lain..
Hari ini kita mungkin tidak ditimpa Allah ujian sebegitu rupa, esok lusa siapa boleh meneka?
Rahmat dan Hidayah adakah di tangan kita?

Pernahkah terdetik di hati kita...

"Mengapa mereka tidak mahu berubah, jangan nanti ditimpa bala pula tempat ini"
"Perli saja, biar terasa sikit'.."Maki saja, bukan apa-apa" 

Gambarmu kutayang untuk tatapan umum,
 kisah kawan kan kupapar biar seluruh dunia dapat pengajaran. 

Bukalah kembali buku Dakwah Fardiyah Karangan Syeikh Mustapha Mahsyur..

1. MARHALAH PERTAMA:
Iaitulah marhalah yang awal yang mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (ta’aruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya terbuka dan bersedia memahami apa yang anda perkatakan mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Ini peringkat pertama. Peringkat pertama adalah membina hubungan yang baik. 
Adakah hubungan yang baik itu telah terjalin? 
Adakah hubungan baik akan terjalin dengan perli-memerli, kata-kata kesat merobek jiwa, aib kawanmu tidak kau jaga, kisah dirinya kau tayang segala?

Mungkin juga kata-kata diawal tadi akan diulang kembali...

"Dah tegur baik-baik,dah banyak kali, takde perubahan pun, jadi takkan nak biarkan je?!"

Patahkan balik 2 'pesan' ALLAH tadi buat diri kita, siapa yang berkuasa mengubah manusia? Bukankah hati manusia diantara 2 'jari' ALLAH ? Tugas kita apa? 

Bukalah buku-buku pedoman berdakwah dan kisah sejarah nabi, apakah yang terpapar? Itulah ikutan kita..

Bilakah akan berubah bukanlah ditangan kita, ia menuntut masa, ia menuntut kesabaran..
Kesabaran insan berjiwa hamba, sekejap ingat sekejap lupa..
Bukanlah tiket berlepas tangan..
Bukan juga tiket bersengseng lengan, menghambur kata makian, mencalarkan hati seorang teman..


Lihat indahnya ayat ILLAHI...

View Image61:4




Kukuhkah bangunan yang ingin kita bina?

ALLAH mengingatkan kita... Bina dengan tersusun ! Kita ibarat batu bata, berbarislah dalam barisan, umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh !

Siapa mahu Islam satu hari akan dijulang, kalimah Allah bergema, khilafah kembali terbina ?

Batu-batu yang dibina perlu disimen untuk ia melekat dengan kuat antara satu sama lain...
Simennya perlu rata, ramuannya perlu tepat, ia tak mudah runtuh, kukuh, berpanas berhujan..

Begitulah kita sebagai hambaNya, hubungan yang erat perlu dibina dahulu untuk menjadi kuat dan gagah..
Jika umat Islam tidak kuat, musuh Islam akan suka menyergah, seandainya diri kita tidak seperti binaan yang kukuh, kita akan punah, hidup kita kan musnah...

Binalah dahulu ikatan yang kukuh, tautan hati yang erat antara kawan dan teman, yang buruk kan jadi sempadan, yang baik kan jadi tauladan...

Amacam, nak main lego lagi tak?

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment