saya rasa kita tak boleh buat macam ni, patutnya kene nasihat baik-baik dulu, bagitahu kenapa pentingnya buat kerja rumah, bukan menghukum je ".
Saya mengangguk, " Betul cikgu, setuju ! ".
Semalam terserempak dengan cikgu Sardi di kedai buku PKNS Bangi. Sudah 6 tahun tak berjumpa dengan beliau. Cikgu Geografi dan BM saya sewaktu di Maahad dulu.
"Carik buku apa cikgu ? ".
"Buku pemulihan, kita nak kene tukar sistem belajar ! ".
Saya terkesima. Cikgu Sardi sudah lebih 5 dekat umurnya, semangatnya masih kuat, tidak pernah padam.
Teringat lagi belajar geografi dengan cikgu. Kelakar, memang kelakar ! Semua benda jadi mudah nak faham, geografi jadi subjek yang menarik nak belajar, bukan sekadar teori dan hafalan. Rindu nak belajar dengan cikgu lagi.
_________________________________________________________________________
Pulang ke rumah, saya terfikir sesuatu. Apakah kita lebih mementingkan hukuman daripada pemulihan ?
Apabila kes-kes buang bayi semakin menjadi-jadi sekarang, kerajaan ingin mengubah hukuman kepada hukum gantung. Di akhbar hari ini pula, ujian DNA akan diwajibkan. Di satu sudut, ramai yang mengatakan,
"Ha, padan muka, biar orang takut sikit nak buat benda-benda tak senonoh !".
Benarkah hukuman ini dapat membantu menangani masalah yang timbul ?
__________________________________________________________________________
Dalam hati, "Teringin jugak nak ada buku usrah..".
Makanya setiap hari, seawal pukul 6.00pagi saya akan duduk di depan TV untuk menonton Laman Nurani. Semua saya catat. Ada artikel-artikel segmen agama di surat khabar Berita Harian saya akan koyak dan simpan. Bagi buku nampak tebal. Hehe. Saya pun tak tahu mengapa saya buat begitu, tapi buku tersebut masih saya simpan hingga sekarang. Buku 'Usrah' sorang-sorang saya dengan tv selama beberapa tahun di sekolah menengah. Kelakar jugak bila fikirkan balik.
Buat apa ceritakan perkara ini?
Setelah dibelek-belek kembali segala perkara yang pernah saya catatkan, catatan yang bersumber dari media cetak dan elektronik, penekanan tentang pentingnya batasan dalam hubungan ternyata sangat sedikit. Boleh kata, macam takdelah ! Perkataan Ikhtilat tak pernah saya dengan sehinggalah saya sampai di Jordan !
Yang saya tahu tak boleh berkawan dengan lelaki berlebih-lebihan iaitu tanpa batasan. Budaya di sekolah agama mengajar begitu. Pelajaran indirectly dek kerana terteranya perkataan AGAMA di nama sekolah saya. Makanya, kalau tangga ada asing lelaki perempuan, kalau bercakap mata jangan memandang terus, jalan pula perlu menunduk. Belajar dengan melihat keadaan disekeliling. Kurang pasti di asrama bagaimana, tapi itulah budaya ketika di sekolah. Sekolah agama. Tingkatan 4 mendapat tawaran di KISAS, melihat saja pada gambar yang tertera, saya agak terkejut. Wah, tudung perlu macam ni labuhnya. Mesti bulat seperti cendawan ? Hehe fikiran saya yang memang kebudak-budakan. Ada pula ura-ura dan cerita-ceriti yang mengatakan di KISAS tak boleh pakai beg sandang belakang, kalau bercakap dengan lelaki perlu Babul Liqo'(di balik pintu) dan macam-macam lagi. Biah di sekolah agama kata mereka. Baju semua telah ditempah, tetapi akhirnya atas sebab-sebab tertentu saya memilih untuk tinggal di Maahad.
Pelajaran ikhtilat di sekolah agama bagi saya lebih mementingkan praktikal(apa yang patut dibuat) berbanding pemahaman tentang mengapa perlu dibuat begitu. Kalau tak buat, mungkin ada yang marah dan menegur tanpa memahamkan tentang hikmah disebalik segala suruhan ini. Saya tidak memahaminya sehinggalah saya datang ke Jordan. Lebih menyedihkan, waktu itu saya juga tak tahu yang saya tak faham dan apa yang patut difahami !Aduhai...
Bila kita lebih mementingkan praktikal dan hukuman, maka akhirnya ketidakfahaman akan menyebabkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku menjadi berlanjutan. Sekejap sahaja tidak dibuat, bila ada peluang, mungkin akan dibuat. Bila ada orang nampak mungkin tidak dibuat, bila tiada orang ?
Diumpamakan seperti yang cikgu Sardi berikan contoh di atas. Kita minta pelajar buat kerja rumah dan kerja rumah tak disiapkan, kita tambah lagi hukuman. Cubit, naik atas kerusi, tampar atau sebagainya. Maka akhirnya apa yang mereka faham,
Kita jangan tak siap keje rumah sebab nanti cikgu akan marah, nanti kene berdiri atas kerusi.
Adakah betul konsep ini ?
Kita tak boleh buang bayi sebab nanti kene hukum gantung, makanya janganlah kita buang bayi !
Tapi mama pula kata, kenekan hukuman pun tak jalan, sebab budak sekarang dah tak takut cikgu, dan dah tak boleh rotan-rotan, cubit ke, nanti silap-silap hari bulan cikgu yang dibawa ke balai !
Akan ada kesudahankah kalau begini ?
___________________________________________________________________________
Rancangan di TV memang banyak, hanya perlu bijak memilih.. |
Lihatlah rancangan-rancangan di tv, berapa banyak rancangan agama yang ada ?
Dari kuantiti yang ada pula, berapa banyak yang pernah menyiarkan pentingnya batasan dalam hubungan ?
Selama sebulan saya di Malaysia, selama semakin banyaknya kes-kes pembuangan bayi yang berlaku, saya rasa tiada atau kalau adapun sangat-sangat kurang rancagan yang menekankan pentingnya menjaga batas dalam hubungan. Kurang juga yang memahamkan betapa perlunya memahami Islam untuk kita bendung nafsu, menyelamatkan manusia daripada menjadi hamba kepada nafsu.
Yang banyaknya apa ?
Yang banyaknya drama-drama, rancangan realiti, masak-memasak dll. Drama kehidupan manusia, bertudung tetapi berpegangan tangan. Salutan tudung dan baju melayu lambang cinta suci, drama ana enti corak Islam, tetapi mesej Islam hilang ntah kemana dek kerana cinta sesama manusia yang dilebihkan. Ibu ayah membenarkan anak mereka keluar dengan jejaka idaman, lambang open-minded dan perlu kenal-kenal 'lebih rapat' sebelum melayari bahtera perkahwinan.
Cooop !! Berhenti seketika pula untuk memberi laluan pada iklan..
Iklan ubat gigi yang memaparkan seorang gadis yang ingin flying kiss 'harumnya' disambut oleh sang jejaka. Akhirnya dia gembira kerana flying kiss-nya disambut dengan mesra, mata bertentang mata dan senyum tertawa bersama.
Disambung pula dengan iklan minyak wangi yang membuktikan dengan haruman yang wangi ini, si gadis dapat menambat hati jejaka pilihan, lalu menari bersama-sama disamping hadiah minyak wangi yang diberikan oleh jejaka idaman.
Iklan tuala wanita pula bersilih ganti, tanpa segan dan silu si gadis menari-nari lambang kecergasan dan keselesaan.
Malu ? Mengapa perlu malu, inikan masyarakat kita , masyarakat bebas tanpa batas, yang pentingnya jangan buat perkara tidak senonoh, khalwat nanti bakal ditangkap dan dikenakan denda, kalau berzina kita bakal malu, siapa mahu tanggung malu ? Kalau buang anak, nanti kene hukum gantung !
Doktrin..doktrin..doktrin...sejak kita pandai menonton tv, kita diajar tanpa sedar...
Muda-mudi perlu enjoy, mesti ada boyfriend, mengapa tiada girlfriend ?
Hidup kita sekali, mesti bebas, jangan disekat, jangan jadi hipokrit !
Kita diminta jangan buat perkara tidak senonoh, tapi dari mana pula punca perkara tidak senonoh ini?
Hubungan bebas yang 'janganlah terlalu bebas' itu dibolehkan pula ?
Aduhai Malaysiaku....
______________________________________________________________________________
Bila kita lebih melihat kepada kesan yang bakal timbul dan cuba menjadi reaktif, mencari jalan penyelesaian,
adakah anak-anak, muda mudi, mak ayah, datuk nenek faham tentang pentingnya batasan dalam perhubungan, atau hanya terfikir kesan disebalik perbuatan ini ?
Pulanglah pada akar umbinya, mengapa-kita-menjadi-seorang-MUSLIM itu lebih perlu difahami. Bila kita faham tentang apakah yang Islam ajarkan tentang hubungan sesama manusia, mengapa ia perlu begitu, yang faham akan mencetus tahu, dan mahu.
Perubahan perlukan pemahaman, bukan semata-mata penyabitkan hukuman...
Islam dah bagi jalan, tinggal nak guna atau tidak..Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. |
Hari ini kita di bawah, menjadi rakyat, melihat bagaimana satu isu ditangani, kita harus sedar, satu hari mungkin kita di atas sana, maka pelapis perlulah bersedia dari sekarang, bersedia mencetus perubahan dalam masyarakat.. perubahan yang perlu bermula dengan diri kita...
Ayuh, binalah kefahaman dari sekarang ! JOM !
nice! paling best sebab ader perkataan KISAS =P
ReplyDeleteaku nak balik Msia, tp..rasa taknak jmp masyarakat.. tp, kerja doktor la yg paling byk jmp masyarakat! bdk2 yg blk attachment (esp yg amik O&G), sume kater, 'setiap hari, berbelas0belas kes mengandung anak luar nikah'.. aduhai.. jika nk dikira salah, byk pihak boleh dituding, tp..tindakan di hosp~peranan doktor muslim!!!
scary..takutnye nak blk bertugas di Msia.. sedih dgn realiti..
Macam Syeikh Sa'id Hawa kata : kefahaman tu perlu mendahului amar ma'ruf nahi munkar
ReplyDeletep/s : saya pun 1st time dgr ikhtilat ni kt jordan la..
ain, jgn takut balik msia..hehe
ReplyDeleteaku tiap2 kali kyar jalan dah rasa macam zorro je, kejap2 pandang kiri kanan, kejap2 pandang belakang heheheh.. setiap insan berpotensi..pegang beg kene letakkan ke depan, masuk bawah tudung biar tak nampak, kalau nak masuk kete lepas shopping kene laju2..masuk je kete, terus kene kunci kete cepat2..
apakah ini kewaspadaan atau ketakutan? haisshh
Dayat,
quote yang menarik.akak baru 1st time dgr yang Sheikh said hawwa cakap ni.. tu la, apsal la tak penah dgr langsung perkataan ikhtilat dulu2 eh? akak macam pelik jugak tapi alhamdulillah lah akhirnya faham jugak maksud dia apa..All d best la tuk korang, bittawfeq
Salam.
ReplyDeleteIn School we were forced to behave in a way that the school wants us to behave, and like u said, unfortunately we didn't know why we have to do it.
So, when we graduate from high school, we start to interact more with the outside world, and some of us starts to interact more with people from the opposite gender, and then they feel the need to love each other and that's when things start to get out of control.
In other words, people start to show their TRUE COLOURS when they finish school. It's totally understandable because they were "deprived" from many things at school. It shouldn't happen, but if it does happen, It's totally understandable.
Same thing happen here in Irbed, although I have to say there were a few actions taken by giving a few verses of Quran and Hadith regarding Ikhtilat. But we should know that not everyone went to Sekolah Agama, not everyone had the same upbringing, and not everyone has the ability to process hadith and Quran verses. And people can still argue if the Quran verses and Hadith given can be used to describe Ikhtilat, or if the real meaning is different from what we understood. I don't understand why some people think by citing a few hadith and Quran Verses people will immediately understand and shut their mouth and follow what you say, It's not like I'm questioning the Quran and Hadith, but I think we have haven't been using it the way that we should be.
Well, these are what I think, and what I speculate, Who knows that I could be totally wrong.I think we should look back and think, Why some people are behave differently in Irbed, compared to when they are in Malaysia esp when it comes to Ikhtilat despite the measure that had been taken. Does the blame is 100% on them? or we also have our bite on the cherry?