Monday, February 14, 2011

Kenapa makcik tak boleh sembahyang?

Assalamualaikum semua,

Petang tadi saya pergi ke katil pesakit jagaan saya selepas ward round bersama pakar. Wad pembedahan wanita memang selalu penuh. Jauh berbeza daripada wad lelaki yang pesakitnya tidaklah seramai di wad wanita.

Hari-hari terakhir di wad pembedahan. Terasa sedih untuk pergi meninggalkan wad ini. Setelah 4 bulan berlalu, masa yang amat pantas bergerak banyak mengajar apakah 'rahsia-rahsia' yang sebenarnya terkandung di sebalik 'cakap-cakap' orang sebelum ini tentang realiti yang terselit di bawah title doktor yang dipegang.

'Macam ni rupanya rasa bila dah jadi doktor. Tidaklah se'horror' dan se'ngeri' yang saya fikirkan sebelum masuk kerja dulu'

Nanti tak cukup tido..
Nanti tak sempat makan...
Nanti tak sempat nak keluar jenjalan..
Nanti tak sempat nak buat mende lain..
Nanti TAKDE LIFE....

Ini semua tohmahan yang saya dengar sebelum jadi doktor dulu. Sehingga saya telah buat macam-macam persiapan untuk menghadapi ketidakcukupan masa yang bakal berlaku. Hehe persiapan yang memang macam-macam (tak penting untuk cerita kat dalam blog hihi)

Tetapi setelah 4 bulan berlalu, rupanya ia tidaklah seteruk yang kita jangkakan.
Sememangnya hari-hari yang berlalu terasa sangat pantas kerana kerja-kerja yang datang silih berganti. Tetapi...
YOU'LL GET USE TO IT.
Alah bisa tegal biasa. Bila sudah biasa dengan situasi yang begitu, lama-kelamaan kita sudah pandai adjust masa sendiri.

Saya akui memang tido anda bakal terganggu di malam-malam oncall. Tidak tidur, malah tidak sempat duduk berehat sebentar juga ada.

Makan juga bakal terganggu. "Doktor faraaaaaaaaaaaahhhhh, farmasi caaaaaaaaaaaall", staffnurse memanggil di saat anda sedang hendak menyuap nasi ke mulut. Maka terbantut selera sebentar. hehehe.. kemudian nasi yang enak menjadi nasi yang basi dek kerana terlupa bila terlalu sibuk..hehe

Aktiviti hujung minggu anda juga bakal terganggu dengan oncall di hujung minggu dan hari bekerja tetap berjalan seperti biasa. Cumanya kerja anda hanya setengah hari. Walaubagaibagaimanapun bila pulang, ternyata badan masih sengal-sengal kerana penat oncall yang sebelumnya belum lagi habis.

Tetapi..
Langit tidaklah selalunya mendung..
Ternyata masih ada hari-hari yang manis dan sempat juga berehat-rehat melepaskan lelah di malam oncall.
Masih ada juga hujung-hujung minggu yang boleh diisi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berbentuk kedoktoran atau ke-hospital-an..wiwi

Ruang-ruang tersebut akan terbuka dengan sendirinya sekiranya kita yakin yang Allah sentiasa bersama..
Saat susah mahupun senang..dan...

hmmmm..
Berbalik kepada cerita yang tergantung di atas tadi.

Sedang saya melihat-lihat pesakit-pesakit di wad, saya ternampak seorang makcik ini wajahnya muram sekali. Merenung jauh. Pesakit saya ini seorang bibik Indonesia. Hari keempat selepas pembedahan appendiks-nya.

Keradangan appendiks yang dialami telah menyebabkan appendiksnya pecah(bocor), lalu menyebabkan nanah-nanah di dalam appendiks tersebut keluar dan mencemarkan bahagian di dalam perutnya !

(Fuh, berbelit translate medik dalam bahasa melayu hehe...perut kira macam lay term for abdomen la kot..tak tau apa perkataan lain yang sesuai)




kat bawah tu appendiks kita, dekat pintu masuk ke usus besar.

Ni appendiks the real one yang telahpun membengkak, sedia untuk dibuang ^_^

Seperti ada sesuatu yang bermain di fikiran bibik ni, saya lalu bertanya,

"Makcik, nampak macam sedih je ni, kenapa ya?". Saya merenung wajahnya.

"Saya risau, apakah penyakit saya ini boleh sembuh doktor? Mengapa setelah dibedah juga masih sakit. Saya runsing mikir, tekanan darah juga jadik tinggi".

"Makcik, sebab makcik risau ni yang tekanan darah jadi tinggi. Jangan sedih, Allah suka orang yang banyak bersabar. Saki ini satu ujian yang Allah beri".

"Saya tahu itu, tapi saya risau sangat. Apakah saya boleh sembuh?". Matanya layu, air mata mengalir dari kelopak matanya.

"Mesti boleh sembuh, InsyaAllah. Kene banyakkan doa pada Allah. Makcik ambil wuduk, solat hajat bagi tenangkan hati. InsyaAllah akan hilang risau". Saya memegang tangannya. Dia tersenyum tawar.

"Tapi saya sakit, bagaimana mahu sembahyang?".

"Boleh, makcik boleh sembahyang. Tak bangun pun takper. Kalau makcik sembahyang baring pun takpe, nak saya tolong ambilkan telekung?".

"Tapi majikan saya cina. Takpelah, biar saya berdoa saja, enggak boleh sembahyang".

Saya yang agak pelik dengan jawapannya, lalu bertanya,

"Oo majikan makcik cina. Kenapa tak boleh sembahyang?".

"Waktu hendak kerja dahulu, agen beritahu jangan sembahyang...."

Saya terkejut dengan jawapan terakhirnya, saya tergamam. Berfikir sendiri...

AGEN ?
Agen tak kasi sembahyang???

______________________________________________________________________

Memang banyak benda terjadi disekeliling...
... tanpa kita tahu dalam diam rupanya menjatuhkan umat Islam sendiri.

HasbunAllahu wa nikmal wakil.

-Hospital Putrajaya-
     14/2/2011
   10.30 malam.

3 comments:

  1. salam farah, eit..tgh on-call mlm kt hosp sempat update blog ke? huhu~
    yeah, we'll get use to it! :)

    agen btaw cmtu eyh? tp, setaw aku, mmg kebanyakan (tak semua) majikan cina mmg tak kasi maid deorg solat, kerja non-stop 6am-12am..blablaa.. (ni aku tgk jiran aku, laa). Last2, maid pon lari bersilih ganti.. heh.

    doakan kitorg nk xm paeds 21&23hb feb ni. fuh, cuak la..
    good luck doc! muah muah (^_^)

    p/s: masuk ortho pasni, akn kedengaran plak.. "Dr Najihah!!!" hehehe~

    ReplyDelete
  2. aku kat umah la hehehe..esok aku oncall..sajer tulis spital putrajaya kasi dramatik sket..nnt aku tukar jam waktu kejadian nges22

    ReplyDelete
  3. Tulah bila kurangnya sensitiviti thadap masyarakat.bila kepala asyik memikrkan untung dan sanggup membelangkan agama n hilang rasa hormat terhadap agama y berlainan.. Akhir zaman manusia sanggup lakukan apa saja.huhu..;(

    ReplyDelete