Friday, January 15, 2010

Panah tepat pada Impianmu!

salam semua,


harapnya dalam keadaan yang sihat wal-afiat menempuh kesejukan musim shita'. Macam study dan kehidupan seharian masing-masing? Moga-moga hari-hari yang ditempuh penuh dengan pelbagai perkara-perkara baru yang memberi pengajaran berguna untuk kehidupan.


Saudagar Padang Pasir, Impiannya tinggi, Usahanya keras..


Semalam saya, fez, sara dan kilah pergi melawat kak da dan ustaz din sekeluarga. Banyak juga yang kami borakkan bersama daripada kehidupan sehari-hari, kepada perkongsian kak da tentang pengalaman jadi suri rumah dan mengandung serta bersalin, lalu bersambung pula kepada celoteh ustaz tentang impian nya jadi businessman berjaya. Sambil-sambil kami melayan anak-anak mereka, wafa' dan dhiya' yang memang sangat-sangat cute. Ustaz ada rancangan baru, projek besar katanya, modal juga bukan calang-calang, sape nak tahu kene tanya dia....hehe


"Korang semua patut satu hari kongsi-kongsi bina satu hospital. Mesti modal kene besar tu, berjuta-juta. Takpe tak mustahil, mula lah dengan yang kecil dulu, bukak klinik ke, macam hospital najah tu(seorang hospital bersalin di Irbid), mula-mula hanya sekadar sebuah rumah je yang dijadikan kilnik kecil-kecilan, tengok sekarang", kata  ustaz.


"Memang dalam perancangan kami pun satu hari nanti, takpe nanti jumpa ustaz dah jadi saudagar kaya raya" Sara berseloroh.


"Saudagar Padang Pasir", sahut ustaz. 


Kami semua tergelak. Hebat sungguh impian ustaz, kak da kata ustaz ni banyak idea, macam-macam dia dah cuba, subhanAllah hebat sungguh orang yang ada otak bisnes ni. 


Sabda Rasulullah, “Pendapatan yang paling baik adalah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih.” (Riwayat al-Bazzar)*


Hasil usaha sendiri memang bukan satu perkara yang semua orang sanggup buat. Bermula dari bawah untuk mengejar impian.


Impian Besar Papa


Ayah saya juga seorang businessman, syarikat usahasama dengan seorang kawannya, mengambil tender untuk sistem IT dan computer di hospital-hospital.


Sewaktu pulang baru-baru ini, papa menunjukkan fail lama yang disimpan olehnya. Bermula dari sijil SRP kepada sijil-sijil setelah bergelar seorang engineer. 


Dari kecil, saya, kakak dan dua orang adik dibekalkan dengan fail sijil masing-masing. Seingat saya waktu tu saya di sekolah rendah, mungkin darjah 3 atau 4. Kakak saya berwarna hitam dan saya berwarna merah. Si kembar yang ketika itu masih belum bersekolah.


"Korang kene simpan semua sijil baik-baik, nanti satu hari nak tunjuk kat anak-anak", nasihat papa.


Ayah saya seorang yang hobinya kereta. Boleh kata sedari kecil, seandai ada masa lapang mesti dia akan menggilap keretanya. Saya pernah melihat seekor ladybirth tergelincir kat tepi penjuru kereta Volkswagen papa. hehe nak kata betapa licinnya kereta yang dipolish hampir setiap hari.


Lakar Impianmu Dari Usia Muda


Papa pernah bercerita waktu kecik-kecik si zaman sekolah, satu hari dia nampak ada orang memandu kereta mercedes.
Dia beritahu aruah wan saya waktu tu, " Mak, satu hari taju akan beli kereta tu". Wan cuma senyum.


Sewaktu mula-mula kawin, kereta pertama papa cuma kereta kodok.(maaf saya tak tahu apa nama kereta ni, seingat saya dari kecil kami cuma panggil kereta kodok). Warna Navy blue, saya cuma pernah tengok dalam gambar, waktu tu tak lahir lagi. 


"Satu hari papa mesti beli mercedes lampu bulat warna hitam", impian ni papa selalu sebut-sebut sejak dari kami kecil. 


Saban tahun dari kecil hingga besar, saya pun dah tak ingat berapa kali kami bertukar kereta. Dari kereta kodok ke Van berwarna biru, proton saga merah, honda aircord biru cair dan macam-macam lagi. 


Sampaila bila melangkah ke sekolah rendah, di darjah 4-6, papa bawak balik kereta syarikat volvo. Waktu tu masih kerja di bawah UEM. Dari tahun ke tahun, dengan bertukar syarikat ke RENONG, Metrohealt dan akhirnya ke syarikat sendiri pada hari ini.


Dan pada hari satu hari seingat saya mungkin di tingkatan 4 di sekolah menengah, papa bawak balik ...


 Kami semua sangat gembira, akhirnya impian yang papa pasang sedari sekolah menengah kini jadi kenyataan ! Alhamdulillah..


Dan beberapa tahun lepas, papa telah pun menjual kereta ni untuk membeli kereta lain pula..hehe


"Papa sebenarnya dulu nak jadi pilot, tapi sebab dah pakai speck dah tak boleh jadi pilot", papa beritahu kami sejak dari kami kecil. Kami tahu memang papa nak sangat jadi pilot, tapi apakan daya, dari darjah  5 papa dah mula pakai cermin mata.


"Papa apply pula untuk engineer MAS, dah lepas semua interview. Tengok ni semua surat-surat tawaran belajar di Dublin 5 tahun, tapi Wan pula tak kasi..aduii", sambil menyelak fail-fail yang ditunjukkan sewaktu saya balik tempoh hari.


"Wan tak kasi sebab apa?", saya bertanya.


"Sebab ada anak jiran sekampung kat Jerantut tu jadi engineer MAS, dan kene langgar dengan tayar kapal terbang, meninggal, jadi wan tak kasi, takut papa kene lenyek tayar kapal terbang".


Hehe, lawak jugak tapi munasabah la jugak alasan arwah Wan heheheh


Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat )( Surah al-Jumaat, ayat 10).


Dalam kita berusaha keras menggapai impian di dunia, jangan lupa ia hanya satu landasan untuk menggapai impian terbesar di hujung hayat - HUSNUL KHATIMAH.. dan sekaligus memandu kita kepada keredhaan ALLAh.


Jadi tetamunya di TAMAN SYURGA! 
Duduk bersama Rasulullah, Khadijah dan sahabat-sahabat nabi yang lain..subhanAllah..


Kawan-kawan semua macam mana?


Apa impian anda?







10 comments:

  1. "Arahkanlah panahmu ke bintang, jikalau tidak sampai, tetap akan terkena pucuk pohon yang tinggi."

    Lebih kurang camtuh kata-kata seorang pemimpin Indonesia yang saya lupa butiran dan siapa orangnya.

    Tapi yang lagi penting adalah usaha kita juga harus selari dengan impian kita.

    Semoga mengecapi apa yang dicari. Di dunia dan juga di SANA.

    ReplyDelete
  2. Moga impian kher jugak akan tercapai InsyaAllah.

    btw, spt yang seringkali meniti di bibir masyarakat setempat irbid ni..mana tahu satu hari nnt benar-benar jadi dato'kher

    semua kata-kata org itu satu doa..tuah manusia siapa tahu

    ReplyDelete
  3. huhu.. salam syita' kak farah..

    MaUt stands for what?

    btw, nice entri. n nice blog gak.. terus menulis..
    iz sokong akak.. ^^,

    ReplyDelete
  4. oit2.. haha..dh jumpa!!
    salam blogger.. tgh tggu chatbox ni.. . cepat2!

    ReplyDelete
  5. Salam

    Kereta Kodok : Volkswagen Beetle

    skrg dah kuar Model baru... :P boleh la try usha2
    dekat website Volkswagen :P

    ReplyDelete
  6. huhu... dah jumpa, boleh ke nak announce kat school of life neh? nak mntak izin dulu...~

    ReplyDelete
  7. salam izzah, Maut tu cuma nama pena akak..ceewah ada nama pena kunun,br seketul dua entry hehe, akak pun sokong iz trus menulis, story2 la pengalaman jd s/u mppm kt blog..mesti ada pengalaman menarek yang bleh dikongsi ^_^

    fez : Ngeh2, malu la plak tepon ko tanya soklan tu..lambang buta IT hehehe..yela mana bleh lawan pem-blog-ger tegar macam ko..rasa mcm dicelah2 kuku je aku ni

    Superdry : saya rasa bukan Volswagen..Ayah saya ada je simpan Volswagen antik lama sampai sekarang kat umah..kete ni kete ape ntah nama dia..nnt tanya ayah balik..

    Ishikawa : adoi, seganla nak announce, baru seketul dua entry..ngeh2..

    ReplyDelete
  8. to maUt,

    chatbox2!!! haha.. [join kak faizah]
    p/s: iz tggu entri pngalamn s/u akak dulu.. haha.. al-maklum org lagi byk makan garam. :p

    Pssstt.. siapa blogger baru n siapa blogger tegar? [termenung fikir kata2 komen akak ni] haha

    ReplyDelete
  9. iz, hehe..s/u picisan tak byk pengalaman..kecil kecilan je..takleh la lawan yang berskala besar..mencemar dulu plak nnt. hehe

    superdry : nama kete tu mini cooper

    ReplyDelete
  10. Owh, Mini Cooper ekh?

    well, itu pun dah kuar model baru,
    You can try to have a look at it
    at mini's website if you share the same interest
    as your papa.

    I bet you'll be impressed :P

    ReplyDelete