Satu ketika dahulu, ketika di alam sekolah menengah, saya masih ingat satu iklan di radio era, ucapan hari raya seorang lelaki pada 'teman rapat tapi mesra'nya. Ucapan berbunyi lebih kurang begini,
"Selamat Hari Raya Yang, lepas raya badan jangan jadi macam masa lodeh"
kelakar bunyian, tapi punya makna tersirat. Takpe kita tinggalkan iklan ini. Pernah tak anda mendengar dialog-dialoq seperti ini...
"Ahmad, ko amacam skarang? Wah, dah macam bapak orang aku tengok.tak jauh beza dari tong drum"
"Asal badan ko macam kerengga ni?"
" Salmah, meh cni jap duk sebelah tayar lori ni, waah tayar lori lagi tinggi dr ko la haha"
"Asal ko nampak serabut sangat ni, sememeh, camne nak jadi mak orang ni haha"
Mereka fikirkan itu seloroh.
Ya, mungkin ia hanya satu gurauan..
Sekali, dua kali, tiga kali....kata-kata ini mungkin diiringi dengan gelak tawa, senyum tanda "ukhuwah" yang terjalin..
Tapi di satu sudut yang lain, jauh di sudut hati itu...
siapa tahu apa yang tersirat di hati yang menerima kata-kata itu..
"Betul ke badan aku besar sangat macam dia cakap tu?", "Aku ni hodoh sangat ke?"
lalu timbul perasaan kurang yakin pada diri..secara halus ia membuat lekuk di hati, ibarat air yang menitis di atas sebuah batu..
sekali? dua kali? ia tak mendatangkan kesan, kerana hanya titisan air, apa yang ingin dikhuatiri..
tetapi mengapa agaknya titisan yang berterusan akhirnya membuat lekuk pada batu itu?
ini posisi kawan..
kata-kata seorang insan yang bernama sahabat..
Mari tukar posisi, tukar peranan..
"Ya Allah, apsal rambut ko macam maggie ni, geli tengok" - abang sulung.
"Tengok belakang kuali ni, dah serupa macam ko dah, kitorg semua kulit putih, ko ni mesti anak angkat haha" - kak ngah
"Apsal la ko lain dari adik beradik lain, semua comel2 macam mak ni, ko je yang bulat macam kuih baulu" - mak.
Dokrin anak sedari kecil, ia nampak kecil, ia nampak remeh tetapi apakah implikasi buat si kecil itu? Nah, nampak lebih tajam dan sinikal bukan? Letak posisi kita di sini sebagai seorang anak kecil itu...setuju atau tidak, gembirakah anak bila mendengar kata-kata serupa ini?
Pelik. Mengapa manusia terlalu gemar menjadikan rupa luaran sebagai satu bahan gurauan?
Pernah tak anda melihat seorang yang terlalu kurus mengatakan perkara yang sama seperti dialog di atas kepada orang yang kurus sepertinya?
Orang yang saiz badannya agak besar mengatakan perkara yang sama kepada orang yang bersaiz sama sepertinya?
Orang yang kulitnya gelap kepada yang sama warna kulit sepertinya?
Ini di luar realiti..
Seingat saya, selama yang pernah saya perhatikan...
Yang kurus akan 'bergaurau' kepada yang bersaiz besar.
Yang tinggi akan 'berseloroh' kepada yang rendang.
Yang kulit wajahnya bagai pauh dilayang akan 'berkomentar' pada yang kulit wajah yang tidak rata dan halus sepertinya.
Maka di saat ini, kita seolah-olah meletakkan yang slim melim, kurus, putih, segak macam saya, macho macam saya, cool macam saya itulah yang jadi cantik di mata kita, di mata manusia. Kalau bukan begitu maksudnya, apakah kita sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu kepada seorang yang dirasakan tidak sama seperti kita itu. Pendekkan cerita, kitalah yang diposisi enak dipandang itu, selesa, puas hati dengan apa yang kita ada.
Pernah saya melihat satu situasi, seorang itu berkecil hati kerana di'komen-komen' tentang saiz badannya, maka akhirnya sahabat yang mengeluarkan kata-kata 'manis' itu pula menyatakan..
"Laa..itu pon nak kecik hati, nak merajuk, macam budak kecik, orang gurau-gurau je"
Apakah tiada ihsan dan kasih di hati melihat sahabat kita sedih kerana ditohmah tentang saiznya, walaupun mungkin kita merasakan ia hanya gurauan. Ia nampak kecil di mata kita sebagai seorang manusia, tapi bukankah segala-gala yang ada di dunia ini ciptaan YANG MAHA BESAR, lalu tanpa disedari kita seolah-olah memperlekeh apa yang diciptakan Allah. Pandangan Allah adakah sama dengan pandangan kita?
Yang 'cantik' di mata manusia akan hilang bila-bila sahaja..
Baiklah, mungkin ia nampak seolah-olah saya memperbesar perkara kecil..kita pergi pada contoh seterusnya..
Zarul segak, mempunyai rupa yang menarik, kelihatan hebat di mata orang sekeliling yang memandangnya. Ini cerita 20 tahun dahulu. Di usianya mencecah 40-an..tiba-tiba dirinya diserang penyakit buah pinggang yang kronik, lalu terpaksa mengambil ubat(steroid) yang antara kesan sampingannya akan menyebabkan badannya menjadi gempal dan tidak lagi seperti dahulu. Penyakit ini memberikan tekanan pada hidupnya.
Satu hari seorang teman lama terjumpa dengannya di pasar malam.
"Assalamualaikum Mat, Ya Allah lamanya tak jumpa ko, apa kaba ko sekarang?", Zarul menepuk bahu seorang yang dirasakan itulah teman lamanya di alam universiti dahulu.
"Waalaikumussalam, eh encik ni sape eh,sori tak cam la"
"La ko ni, aku ni ha, Zarul, dulu kita belajar kat UTM satu course ko dah tak ingat ke?"
"Ya Allah, Zarul ke ni? Zarul? Ya Allah aku serius tak cam ko, apsal badan ko dah macam tong drum ni? tak macam dulu, tak jauh dari badak beremdam ni, apa isteri ko kasik ko makan ni..hahaha"
Apakah agaknya reaksi Zarul? Dia mungkin mengukir senyuman, bergelak tawa di luar. Tetapi jauh di sudut hatinya? Saya yakin ini lebih perit dan sedih, kerana yang cantik di mata manusia itu telahpun hilang, dan diganti dengan dengan sesuatu yang jadi bahan gurauan di mata manusia.
Usah lontar kata-kata berbaur idealistik..
" la, apesal Zarul nak kecik hati, oo rupanya penting sgt ya dipandang cantik di mata manusia? Janganlah menjadikan perkara kecik satu hal yang boleh mengguris hati, rupa luaran itu bukan nilaian pun di sisi Allah, taqwa itu la yang utama"
Benarkah begitu? Lalu mengapa Mat tak berfikir yang sekiranya yang luaran itu bukan ukuran di sisi Allah, buat apa mahu menjadikan ia satu bahan gurauan,benda yang tak punya kepentingan untuk dibicarakan, kan taqwa lebih utama? Sekarang ambil diri anda, letakkan di dalam diri Zarul. Jangan berani kata saya takkan rasa apa-apa, biasala kene gurau camtu. Belum tahu lagi jika kita tidak berada di posisi itu, apa yang anda ada hari ini mungkin akan ditarik bila-bila masa shaja, mungkin juga seminit dua lagi, siapa tahu? Kun Faya Kun! sekiranya Allah mahu, sekarang juga boleh.
Tak usah jadi terlalu idealistik..
2 kisah benar, 2 posisi berbeza..
Kisah 1 - posisi seorang kawan
Hari itu saya ke universiti menaiki bas di mujamma' sheikh khalil. Lalu, berjumpa dengan seorang adik yang sudah lama tidak bersua, mungkin kerana kesibukan masing-masing. Saya lalu duduk disebelahnya. Saya bertanya kepadanya berkenaan satu ubat cacing yang ditanya pada saya tempoh hari.
"Mengapa nak ambil ubat cacing?" saya bertanya. Dia lalu membuka cerita..
"Saya rasa saya ni kurus sangat la kak, ramai orang kata saya ni terlalu kurus, saya terfikir ntah ntah saya ada cacing, mana tahu makan ubat cacing sebagai prophylaxis* ke hehe, atau saya ni kurang zat"
"Awak dah minum susu untuk naikkan berat badan?".
"Dah kak, tak naik-naik pun".
"Turun ke berat badan atau maintain? family awak ada yang kurus jugak?"
"Maintain, tak turun. Ayah saya kurus".
"Awak ada sakit-sakit ke?Atau rasa sihat je?"
"Ntah, rasa ok je. Tapi sebab macam ramai orang kata saya kurus, saya pon terfikir, dr segi kesihatan, takut sakit ke apa ke"
Saya lalu memberi beberapa nasihat lain, lebih kepada pengurusan pemakanannya untuk menaikan berat, atau paling-paling untuk me'maintain'kan beratnya. Saya lalu terfikir, bagusnya adik ni kerana berfikir secara positif dari satu sudut tentang dirinya, demi kesihatannya. Tetapi, mengapa terlalu ramai yang hanya suka mengomen sahaja, tetapi lupa pula untuk memberi apa-apa nasihat yang membantu. Akhirnya, ia tinggal satu komen semata-mata, tanpa jalan penyelesaian. Sekadar komen yang hanya membuang masa, malah mungkin membawa dosa!
Kisah 2 - posisi seorang kakak
Hari itu adik lelaki saya pulang dari sekolah seperti biasa. Waktu itu dirinya masih di sekolah rendah.
Adik saya sewaktu kecilnya seorang yang berbadan agak gempal, ramai kawan-kawan di sekolah yang seringkali mengejeknya- BULAT. Selama ini dia tidak pernah menyuarakan, tapi hari itu tiba-tiba satu soalan dilontarkan pada kami di rumah,
"Nape kawan-kawan ijai suka kata ijai bulat?".
Cuba fikir jika ini terjadi pada anak, adik anda.
Kita mungkin merasakan yang ini perkara kecil, tapi implikasi pada pembangunan dan keyakinan diri seorang insan? Siapa yang boleh meneka ia tidak mendatangkan apa-apa kesan?
Sudah biasa buat, ia jadi satu rutin pula..
Saya pernah menghadiri satu majlis berprestij dan besar-besaran. Beberapa penceramah dijemput untuk memberi perkongsian tentang isu-isu yang dibawa untuk dibincangkan dalam program itu. Di akhir satu sesi, pengerusi majlis yang sedang berdiri di hadapan mikrofon, di saksikan oleh ratusan orang ini membuat satu lawak yang bagi saya ia bukanlah satu lawak sebaliknya kata-kata 'gurauan' yang tidak sepatutnya jadi satu bahan tawa di majlis sehebat dan seprestij itu.
Saiz badan penceramah jadi bahan gurauan.
Mungkin dek kerana sudah terbiasa mem'komen-komen' tentang badan orang lain, maka ia jadi satu perkara biasa sehingga terbuat perkara yang sama di majlis sehebat itu dan yang paling menyedihkan, mengapa saiz badan penceramah yang dijadikan alat gurau-senda di khalayak ramai? Apakah sudah hilang rasa hormat kita? Jika tidak pada penceramah, lihatlah mereka sebagai yang lebih tua, apakah molek sikap begini?
Duduk dulu, mari berfikir sejenak..
Seringkali perkara yang kita lihat kecil di mata manusia, tidak semestinya ia kecil di mata PENCIPTA kita.
Hindarilah diri kita dari hanya mengomen tanpa memberikan apa-apa bantuan. Jika benar badannya gempal, berilah bantuan untuk sama-sama mengurangkan berat badannya. Jika benar wajahnya sememeh, maka bantulah untuk menjadikan wajahnya berseri-seri. Komentar kosong, ia bakal ditanya di akhirat kelak.
Pulangkan persoalan pada diri anda, adakah aku benar-benar ikhlas bergurau demi menceriakan hati sahabatku? Atau hanya melontarkan apa yang kelihatan di mata kita, bersedapan berkata-kata tanpa memikirkan perasaan seorang insan berupa hamba Allah.
Kelembutan adalah anugerah
Ucapan paling baik adalah kejujuran
Sedang bergurau secara berlebihan
Merupakan kunci segala permusuhan..
Semuanya dilakukan dengan dalih bersikap tanpa beban (santai), padahal sikap santai bukan
bererti dengan meninggalkan etika syari'ah atau batasan-batasan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
Kata-kata Sheikh Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah, dalam kitabnya 'Virus-virus Ukhuwah'
Saya mengingatkan diri saya yang juga sering lupa tentang apa itu nilaian ukhuwah, padahal ukhuwah bukan hanya pada kata-kata, ia satu praktikal secara direct atau indirect. Saya mengingatkan diri ini dan kita semua untuk sama-sama menghormati diri sahabat kita antara satu sama lain. Bukankah binaan yang kukuh itu perlu dibina dengan jambatan hati yang bertautan?
Saya tinggalkan dengan satu hadis yang menyentap diri bila saya membacanya, bukanlah bermakna kita ini sombong, tetapi hakikatnya tiada siapa tahu apa yang ada di hati manusia. Hatta ikhlas itu diibaratkan bagai semut hitam yang berjalan di atas jalan yang gelap di dalam kepekatan malam, lalu kesombongan itu juga bukan satu yang mudah untuk dikesan. Sama-sama berdoa dihindarkan diri kita ketidak-ikhlas-an dalam mencapai ukhuwah kerana Allah. Assalamualaikum wbt.
Duduk dulu, mari berfikir sejenak..
Seringkali perkara yang kita lihat kecil di mata manusia, tidak semestinya ia kecil di mata PENCIPTA kita.
Hindarilah diri kita dari hanya mengomen tanpa memberikan apa-apa bantuan. Jika benar badannya gempal, berilah bantuan untuk sama-sama mengurangkan berat badannya. Jika benar wajahnya sememeh, maka bantulah untuk menjadikan wajahnya berseri-seri. Komentar kosong, ia bakal ditanya di akhirat kelak.
Pulangkan persoalan pada diri anda, adakah aku benar-benar ikhlas bergurau demi menceriakan hati sahabatku? Atau hanya melontarkan apa yang kelihatan di mata kita, bersedapan berkata-kata tanpa memikirkan perasaan seorang insan berupa hamba Allah.
Kelembutan adalah anugerah
Ucapan paling baik adalah kejujuran
Sedang bergurau secara berlebihan
Merupakan kunci segala permusuhan..
Semuanya dilakukan dengan dalih bersikap tanpa beban (santai), padahal sikap santai bukan
bererti dengan meninggalkan etika syari'ah atau batasan-batasan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
Kata-kata Sheikh Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah, dalam kitabnya 'Virus-virus Ukhuwah'
Saya mengingatkan diri saya yang juga sering lupa tentang apa itu nilaian ukhuwah, padahal ukhuwah bukan hanya pada kata-kata, ia satu praktikal secara direct atau indirect. Saya mengingatkan diri ini dan kita semua untuk sama-sama menghormati diri sahabat kita antara satu sama lain. Bukankah binaan yang kukuh itu perlu dibina dengan jambatan hati yang bertautan?
Saya tinggalkan dengan satu hadis yang menyentap diri bila saya membacanya, bukanlah bermakna kita ini sombong, tetapi hakikatnya tiada siapa tahu apa yang ada di hati manusia. Hatta ikhlas itu diibaratkan bagai semut hitam yang berjalan di atas jalan yang gelap di dalam kepekatan malam, lalu kesombongan itu juga bukan satu yang mudah untuk dikesan. Sama-sama berdoa dihindarkan diri kita ketidak-ikhlas-an dalam mencapai ukhuwah kerana Allah. Assalamualaikum wbt.
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah saw, bersabda:”Tidak akan masuk sorga orang yang didalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya sebesar dzaroh"
Lantas ada seseorang yang berkomentar: “Sesungguhnya seseorang itu suka memakai pakaian yang bagus dan sepatu bagus”
Menanggapi hal ini Rasulullah saw, menyatakan:
“Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesama manusia” [HR. Imam Muslim]