Wednesday, June 2, 2010

Di mana nilai ikhlasku di sisiNYA ?

"Ikhlas itu kita mengkosongkan hati ini dan kita letakkan Allah sebagai yang utama"...
"Bila kita menyebut Laa ilaha illAllah, kita buat penafian dulu atas apa sahaja- laa ilaha, lepas tu illAllah, kita letakkan Allah sebagai Tuhan yang disembah, yang utama"

Seorang sahabat kami membentangkan 2 hadis tentang Ikhlas kelmarin. 'Studygroup hadis' ini buat mengisi kekosongan masa yang ada. Buku Nuzhatul Muttaqin, syarahan Riyadus-Solihin, karangan Imam Nawawi jadi rujukan. Jiwa perlu diisi setiap hari, supaya hati kita manusia yang lemah ini tidak mati dan kering.


"Macam yang arab selalu cakap, kholas kholas, maksudnya 'Ok, kira settle, kosong-kosong"

Macam tu la ikhlas, semuanya kosong, hanya Allah yang tinggal.


Pernah tak korang dengar cerita 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam gua? *


Kisah tentang 3 pemuda ni ada diceritakan dalam 1 hadis nabi, dalam bab ikhlas kitab Nuzhatul Muttaqin ni.
Mereka semua terperangkap di dalam sebuah gua. Lalu setiap orang berdoa kepada Allah dengan sandaran pada 1 amalan yang pernah di buat, amalan yang dirasakan paling baik boleh disembahkan pada Allah.
View Image
Bila kita berada dalam keadaan yang sempit, susah dan gelap, sudah tentu kita mohon dengan penuh pengharapan pada Allah...


Mereka menadah tangan, berdoa kepada ALLAH
Apakah amalan yang disembahkan oleh pemuda-pemuda ini kepadaNYA?

Pemuda pertama - Taat kepada IBU AYAHnya.
Pemuda kedua - Mampu mengawal HAWA NAFSU di saat-saat peluang berada di depan mata.
Pemuda ketiga - Meninggalkan HARTA yang banyak demi menunaikan hak insan lain tanpa memikirkan tentang kepentingan dirinya.


Ya Allah! Apabila Engkau menganggapnya sebagai perbuatan yang kulakukan demi Engkau semata, maka biarkanlah batu tersebut bergerak sedikit lagi untuk mendapatkan lubang yang lebih besar." 

Batu itu bergerak sedikit demi sedikit dan akhirnya mereka berjaya keluar.
Allah mendengar rintihan mereka, Allah memandang amalan mereka. Amalan yang mereka sandarkan itu dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas hanya buatMU ALLAH....

Sahabat kami menyambung...

Sekiranya 1 hari, kita berada dalam keadaan yang amat-amat sempit, susah, gelap. Cuba kita bayangkan seketika. 
Dada terasa sempit, dunia terasa gelap, kita mahu Allah mendengar dan memakbulkan doa kita. Kita sangat-sangat berharap pada Allah..Ya Allah..bantulah aku ya Allah..

 Agak-agaknya apakah amalan yang boleh kita sandarkan dalam doa kita?
Ada tak 1 amalan yang kita rasa benar-benar ikhlas dilakukan hanya buat Allah ?

Saya terfikir...

Apakah amalan yang pernah saya lakukan, yang boleh disembahkan di hadapan Allah kelak ?
Apakah amalan yang saya lakukan benar-benar ikhlas, hanya untuk Allah ?

Soalan ini terasa SANGAT BERAT ....


Kawan-kawan... fikirkanlah...

Apakah amalan yang bakal disembahkan nanti dihadapan 
ALLAH ?





No comments:

Post a Comment