Friday, June 4, 2010

Hidupmu sibuk dengan apa?

Salam kawan-kawan...

Sepetang kami bersama sukarelawan Malaysia Lifeline For Gaza(LL4G) semalam, selautan pengalaman yang dikongsi mereka. Kagum. Hati kami terasa penuh dengan semangat berkobar-kobar yang ditiupkan dalam ucapan-ucapan yang mereka berikan. Alhamdulillah. Allah memberi peluang kepada mereka untuk merasai saat-saat mati syahid itu melambai-lambai. Cerita Dr Syed Muhammad Halim merawat sahabat-sahabat yang cedera parah dan mati syahid(biizniLLAH) benar-benar menyentuh hati saya. Sehinggakan setiap orang berharap dirinyalah yang dipilih Allah untuk pergi dahulu, demi merasai kemanisan perjuangan dan al-maut fi sabilillah

Jiwa mereka penuh dengan semangat untuk mati syahid di jalan Allah..jiwa kita bagaimana ?

Saya pernah bertanya kepada seorang sahabat yang amat saya kagumi..

"Apa impian ko dalam idup? "

Sahabat saya itu diam sebentar dan melontarkan pandangan jauh...
"Mati syahid", katanya sambil tersenyum

Serius, saat itu saya amat terkejut. Kata-katanya sungguh dalam. Mungkin kerana itu sehingga ke hari ini saya masih ingat saat-saat itu. Ini bukan impian main-main, ini impian yang sungguh tinggi !

Hidup mulia atau mati syahid ! Kata-kata ini sudah lama saya dengar, tapi ntah mengapa, hari semalam buat saya terfikir-fikir...

Saya bertanya pada diri.. bagaimana agaknya menggapai Impian sebesar itu?

Hidup mereka sibuk dengan akhirat, hidup kita sibuk dengan apa ?

Apabila Dr. Syed Muhammad Halim mencerikan bahawa setiap tahun seramai 10, 000 para hafiz dilahirkan di Ghaza, saya terfikir sesuatu. Memang saya sudah pernah mendengar sebelum ini tentang kenyataan ini, tetapi semalam, kata-kata beliau mengundang suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan.



Mereka tidak seperti kita. Mereka tidak punya internet, makanan yang tidak mencukupi, pakaian yang ala kadar, tiada jenama, tiada nike, adidas, handphone juga tiada. Elektrik juga disekat. Sekolah yang tidak seperti kita, penuh selesa berhawa dingin, buku-buku yang baru, alat tulis silih berganti, lengkap segala. Mereka belajar di dalam khemah, sekolah dan hospital semua telah dihancurkan oleh rejim kejam Israel. Tetapi..

10 000 hafiz setiap tahun ! SubhanaLLAH..Anak-anak mereka masih disekolahkan walaupun dengan keaadan yang serba kedhaifan. Semangat mereka sentiasa kental dan penuh impian berjuang di jalan Allah. Kesempitan hidup mengajar mereka erti sebenar kehidupan.

Kita bagaimana kawan-kawan ?
Berapa juzuk sudah kita hafal ?
Berapa hadis sudah kita hafal ?
Berapa muka surat al-quran yang kita baca setiap hari ?

Movie..Lagu-lagu....Game... Facebook....Twitter..

Apa agaknya yang dibualkan mereka di sana ?
Apa pula yang dibualkan kita di sini ?

Sheikh Ahmad Yassin pernah berpesan,
" Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar"

Dalam keadaan yang serba kekurangan, mereka mampu melakukan yang terbaik..

Dalam kedaan kita hidup penuh keselesaan, mengapa kita tidak seperti mereka ?

Adakah hidup kita terlalu disibukkan dengan perkara-perkara kecil ?

Bila laman sosial seperti facebook, twitter, myspace, friendster dan macam-macam lagi tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan...adakah hidup kita juga makin hari dipenuhi dengan perkara-perkara yang kurang penting ? Banyak agenda hidup jadi perkongsian umum...

Hari ini makan meehun kari...semalam saya bersedih...esok mahu pergi shopping...


Hari ini sungguh gembira, beli handphone baru....rasa amat marah dengan sesuatu, rasa geram dengan sesuatu..


Foto-foto....farmville...poke poke.. 


Hidup kita berlegar-legar banyaknya pada aktiviti dan perasaan hidup manusia disekeliling...

Terasa sesal dengan diri...mungkin kerana banyaknya masa dihabiskan dengan perkara-perakara KECIL ini, banyak lagi perkara-perkara BESAR dalam hidup yang belum dicapai dengan baik dan sepenuhnya...


Kata-kata Sheikh Ahmad Yasin sungguh menyentuh hati...

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
Kawan-kawan..


Hidup kita sibuk dengan apa?

AYUH CONTOHI MEREKA DI SANA !


6 comments:

  1. jazakillah doktor farah atas perkongsian yg amat bermakna ini!

    insyaAllah jmp nnt blh kongsikan dgn kami di sini cerita semalam.. :)

    ReplyDelete
  2. jazakillah farah

    bile teringat ayat rasulullah saw

    'laqad madho waqtun naum war ra7ah'

    segannya rasa... sebab antara jawapan kpd soalan 'ape nak wat pas exam nie?' ialah 'tiiidoooo' sebelum tido selamanya, baik sibukkan diri dgn keje2 berfaedah

    neway alf mabruk ya dukturah, wa taqabbalallahu juhdaki.moge kejayaan menjadi wasilah kearah mardhatillah *wink*

    ReplyDelete
  3. Kak ayu,
    InsyaAllah kita jumpa d amman nnt. tak sabar2 nak jumpa uwais hehehe

    jui,
    tu la aku terpk, hidup bukan lama lagi..hari2 silih berganti, rasa sgt kurang dr segala segi.takmo menyesal di depan Allah nanti.
    takmo tinggalkan dunia dgn rasa terkilan.

    ReplyDelete
  4. salam ya dukturah.. mabruk2!!!

    tahniah kak farah! dah abes da \(^__^)/

    btw, sy pun sgt terpukul saat itu. apabila mereka yg berfikrah islam bercerita pengalaman jihad sendiri.. memang series lebih 'zouk'.. muhasabah utk kita. ..-_-"

    ReplyDelete
  5. tq iz..^_^

    memang 'zouk'..rasa kene 'pang!' kat pipi ni sebab asik leka ngan perkara-perkara tak penting..sama-sama doa dan usaha untuk berubah menjadi lebih baik untuk Allah..JOM!

    ReplyDelete
  6. teringat debat MEKAR tahun lepas... zaman berubah... tapi perubahan ke arah yang lebih buruk...

    ReplyDelete