Monday, August 2, 2010

Cakap siang pandang-pandang..

"Bukan ape-ape  pun, biasa je orang cakap.."

Mungkin itulah alasannya jika ada yang menegur.

........................................................................

Saya bukanlah seorang yang sempurna, banyak juga tingkah-laku yang perlu diperbaiki. Tetapi insiden petang itu benar-benar mengusik hati saya.

Changkat Jering, 6 petang, 2 hb Ogos 2010

Petang itu saya berjalan-jalan bersama Hetty dan adik-adik angkat di sebuah pasar malam kecil di sana. Program anak angkat yang kami sertai di bawah PAPISMA sememangnya memberikan kenangan yang amat manis buat kami berdua. Seramai 52 peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia turun padang untuk program ini. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut dengan sangat meriah. Durian takyah cakapla, tiap-tiap hari pagi dan petang kami dihidangkan dengan durian. Dimakan bersama pulut dan santan cair. Memang sedap, memang best ! Orang kata durian di Bukit Gantang ni memang terbaek --> durian bukit, tak sama dengan tempat lain. Wallahu a'lam, saya bukanla terlalu fanatik dengan durian, sederhana saja. Tapi sungguh, hidangan pulut durian mereka memang best. Sape-sape yang suka makan durian di luar sana jangan jeles ya
hehe
                                    *The original pic kat Hetty, tapi rupa dia sama je dengan yang ni.

Takpela, kita berbalik ke insiden yang ingin saya kongsikan.



Sedang kami berjalan sambil melihat-lihat apa-apa yang menarik untuk dibeli, tiba-tiba saya lihat satu kumpulan adik-adik muda(perempuan), belasan tahun mungkin, sedang berjalan bersama-sama dari arah bertentangan. Mereka bertudung labuh, mungkin juga dari sekolah agama berhampiran, keluar di petang hari, membeli sedikit makanan untuk dibawa pulang ke asrama.

Mereka sedang rancak berbual sesama sendiri dan bergelak ketawa yang agak menarik perhatian beberapa orang lelaki yang sedang menjual sesuatu di gerai berhampiran.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka tertepis dompet di tangan kawannya secara tidak sengaja. Dan dompet tersebut jatuh meluncur jauh dari tempat mereka berjalan ke arah kami.

Tak semena-mena tuan empunya dompet tersebut menaikkan suara dengan sedikit tinggi..

"BAHALUL KAU!".

Kaget. Terkesima. Lelaki-lelaki di gerai berhampiran itu memandang.

......................................................................

Seorang sahabat pernah bercerita pada saya tentang anak saudaranya yang baru saja memasuki tabika.

"Sudah pandai cakap BODOH tau farah, hmm taktaula mana dia belajar".

.........................................................................

Seorang anak kecil mungkin tidak memahami apakah makna yang terkandung di sebalik kata-katanya.

Tetapi seorang dewasa?
Seorang muslim/muslimah?
Yang memakai pakaian seorang muslim untuk dijadikan cermin diri kita ?

Saya terfikir sejenak.

Seandainya pakaian dan tingkah laku kita jadi piawaian untuk orang bukan islam menilai di manakah cantiknya Islam itu, lalu apakah satu dari sifat atau perwatakan kita yang bisa menjadi contoh bagi mereka?

Adakah saya dan kawan-kawan semua punya satu sifat/personaliti yang dapat dilihat oleh mereka untuk mereka menilai betapa indahnya Islam itu, lalu mereka mahu mengucap dua kalimah syahadah ?

I was blanked out, thinking of the answer...

The words that we utter
The cloth that we wear
The smile that we put
The way we act

Those eyes are looking at us..
They are judging on Islam...

And what we are doing actually ?
Bukankah kita cerminan Islam ?

Being the best muslim is not the issue..is not the thing that Allah wants us to be..
But TRY to be the best one..the best that we can..the EFFORT,
this is the thing that Allah wants... 

*Sekadar gambar hiasan, tidak berkait dengan cerita di atas.sekian jzkk

10 comments:

  1. sy paling xleh terima bila budak2 kecik umur 4 tahun nyanyi lagu justin biber tapi bile ty alif baa taa xtau..

    org2 skang ckp..nak selamatkan anak2..masukkan skola private macam hira', little caliph..sbab kalau skola biasa, possibility utk rosak lagi tinggi dari jadi soleh..

    scary~

    ReplyDelete
  2. hurmm..hurmmm..hurmmm..
    mmglah..diri sndiri pn kdg2 kita lupa kawal..
    ckp perkara yg menyentuh sensitiviti org lain pn apatah lagi..hidup mcm2 kaum..
    dan sume org phm dlm bahasa yg sama..

    nmpak rupa indian..tp ekceli..he's a malay..
    nmpak chinese..but he's a malay..
    mungkinlah org nepal dgn india msia,susah nk beza..hehe=P

    kita yg dh balik dri jordan ke msia..
    hrp kawal perkataan kita di public..

    selalu je kita tersasul..=)

    ReplyDelete
  3. btw..rkyt msia semakin kurang common sense..
    ya Allah..

    ianya menakutkan tgk jalan lelaki perempuan pegang2..
    mana malunya..nauzubillah

    ReplyDelete
  4. kadang2 risau nnti dah jadi doktor masa utk anak2(bakal... insya'ALLAH) kurang...

    nasib baik duk area bangi... byk sekolah Islam yg boleh dpercayai...

    ReplyDelete
  5. shah,

    betul, budak2 sekarang dah pandai macam2 yang pelik..mak ayah perlu sentiasa prihatin dengan setiap exposure yang bakal anak-anak terima.Memang susah bak kawal tapi mana-mana yang mampu dibuat, kita perlu buat biarpun skolah private bayarannya lebih mahal.

    kilah,

    tu la, aku pon sedih tgk macam2 free show.tapi dgn adanya gerabak wanita sekarang, dah selesa skit kalau naik komuter tu.hehe. mungkin kene ada shopping complex asing plak laki pompuan. sakit mata dibuatnya.

    syamil,

    kene banyak2 kumpul duit kita semua..macam2 pelaburan masa depan yang perlu dibuat..untuk diri sendiri dan keluarga...oh awak org bangi gak rupanya..akak dulu tahfiz abim masa kecik2

    ReplyDelete
  6. salam..waaa..
    aku nk komen psl durian!! sedapnyer.... huhu~
    drpd 'kipas-susah-mati' durian.. :P

    well, kdg2, org tu xprasan & xsedar pun dye adlh cerminan kecantikan islam..
    & kdg2, org sekeliling pun terlalu men'judge'/skeptikal terhadap islam dengan melihat org2 nye padahal, nilailah islam drpd asasnya, sbb org ader naik turun.

    so, pendidikan dari rumah lebih penting. so, mende pertama yg dye slalu sebut masa umur 2-4tahun adalah huruf2 hija'iyyah dgn sebutan makhraj&sifat yg betul >bi lisanin arabiyy mubin<. (berazam, insya Allah)

    ReplyDelete
  7. salam ainnnn,
    aku sbenarnya saje letak gambar deghian tu..hehe memang saje nak bg ko jeles..tau ko suka makan deghian hehe..sabar eh..skit je lagi nak balik msia..jgn nanges ^_^ gud luck exam dear !

    ReplyDelete
  8. hoho.. sy suka entri ini... memang menyedihkan bila islam itu disalahertikan pada pelakunya. Apabila 'kulit' lebih diutamakan daripada isinya... errmm+_="

    ReplyDelete
  9. izzzzz..lamanya tak borak2 ngan awak.. Malaysia sekarang ni dah penuh dengan rakyat2 yang mementingkan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang lebih penting..

    sama2 la kita muhasabah diri setiap hari..
    Moga hari2 yang dilalui penuh manfaat untuk alam kekal..

    take care iz..muah2

    ReplyDelete
  10. salam..
    kredit 4 k.farah!! prkongsian menarik utk djdkn pdoman,rasa berdebar plak nk blik&mnempuh realiti msyrkt m'sia skrg..mga dprmudahkn sglnya.ala kulli hal thank k.farah =)
    p/s: gmbar x tahaaaaan..sje je akk ni isk2x tringt plak bazar rmdhan area bangi tu sllu g ngan ayah xpe2 sabar2 nway tc akk salam ramadhan dr perantauan
    -hamuz-

    ReplyDelete