Bismillahirrwahmanirrahim,
Salam kawan-kawan sekalian,
Apa khabar semua? Moga sihat-sihat sahaja. Alhamdulillah saya telah melalui 2 hari di persekitaran kerja baru. Melihat sistem kerja di tempat baru, mengenali beberapa kenalan baru di tempat kerja dan menyaksikan lautan manusia yang masuk dan keluar dari tempat baru ini.
Sebagai permulaan, saya dan kawan-kawan lain yang juga sebagai doktor pelatih(House Officer, HO) baru di sini telah diberi pendedahan awal kepada sistem IT dan orentasi selama dua hari di makmal patologi dan Unit Radiologi. Alhamdulillah dua hari yang berlalu menjadikan saya belajar banyak perkara baru dan melihat satu suasana baru yang banyak membuka mata tentang realiti sebenar di sebalik amanah berat ini. Jujurnya, tugas sebagai seorang doktor memerlukan kita menjadi seorang Muslim yang sebenar bukan hanya pada bibir saja. Bukan hanya pada ibadah. Bukan juga hanya bila tertera di kad pengenalan agama kita adalah Islam.
Nilai disebalik perkataan salama
Islam bermaksud penyerahan(submission) yang asalnya dari perkataan salama. Membawa maksud selamat(peace). Saya pernah membaca dalam 1 buku yang menerangkan tentang perkataan ini satu ketika dulu. Perkataan Salama mengandungi nilai yang tinggi dalam hidup kita sehari-hari. Siapa saja yang ditanya, hidup bagaimana yang kita inginkan? Pastinya jawapan ingin hidup bahagia, selamat dunia akhirat menjadi satu harapan yang kita simpan disebalik segala impian-impian hidup yang diingini.
Memahami perkataan salama untuk dimasukkan dalam kehidupan seharian secara praktikalnya bukanlah sesuatu yang mudah. Dan kerana ia bukan mudah, maka pulangan yang Allah berikan pada kita bukan juga calang-calang. Cukup sahaja dua hadis yang ada di dalam hadis 40, sudah cukup menjadikan kita seorang insan yang ISLAM bukan hanya pada nama tetapi juga dalam KEHIDUPAN kita sebagai satu bahagian disebalik jutaan manusia yang hidup di dunia.
Hadis "Siapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah memudahkan urusannya" dan Hadis " Jagalah Allah, maka Allah akan menjaga kamu"..(boleh cek dalam hadis 40)
Salama yang menjadikan kita selamat atas diri kita sendiri dan juga buat semua org disekililing kita. Salama yang menjadikan kita seorang yang tidak zalim pada persekitaran kita, pada semua makhluk tidak kira manusia, tumbuhan, binatang atau apa sahaja yang ada hatta kerusi, meja, dinding. Apa sahaja !
Saya melihat semalam bagaimana beratnya cabaran semua insan-insan yang bekerja di makmal. Pek-pek darah yang perlu melalui screening, melabel, menyimpannya dalam kedaan suhu yang betul, menerima tempahan pek-pek darah baru untuk digunakan pesakit dan macam-macam lagi kerja yang boleh saya katakan memerlukan konsentrasi serta kesungguhan yang tinggi. Tidak kurang juga menguruskan segala spesimen air kencing, darah, air tulang belakang(Cerebrospinal fluid) yang diambil daripada pesakit. Yang bukannya satu tapi beratus-ratus setiap hari. Sekiranya kita tidak memahami betapa besarnya pengorbanan dan kesusahan yang ditanggung segala insan-insan di belakang tabir ini, pasti saja hamburan dan makian mungkin terlepas dari mulut kita dek kerana menginginkan segala bahan yang dihantar siap diproses secepat mungkin, untuk kita tahu keputusannya.
Selamatkah kita?
Selamatkah aku untuk semua orang disekeliling?
Jangan pandang remeh segala ilmu yang kita dapat
Saya pernah membaca satu artikel dari dakwatuna.com. Ciri-ciri seorang yang lemah imannya bila ia suka memgambil mudah atau memandang remeh apa sahaja yang datang disekeliling. Walaupun hanya sebiji sawi, atau habuk yang melekat di atas lantai !
Satu ketika dulu saya pernah terfikir, " Belajar segala perkara di dalam lab ini, bagaimana agaknya nak diaplikasi nanti bila dah jadi doktor, bukan kerja dalam lab pun". Dan hari semalam terasa sesal kerana satu ketika dulu pernah terfikir begitu. Dengan tidak mempelajari segala ilmu itu, mana mungkin kita memahami segala proses di sebalik apa sahaja yang kita hantar ke lab untuk diuji kaji. Mana mungkin juga kita memahami tugas berat yang terpikul di bahu orang lain. Di saat itu, saya merasakan betapa pentingnya segala ilmu-ilmu yang pernah dipelajari di alam universiti dulu. Rasa macam nak patah balik ke JUST dan ucapkan terima kasih pada Dr. Ziyad el-Nasser, cikgu mikrob dulu. Nak ucapkan juga terima kasih pada cikgu Nidal Khabbaz yang pernah ajar patologi pada kami semua dulu. Terima kasih semua doktor-doktor.
Bila kita tak tahu yang satu yang setiap organisma punya incubation period, perlu diberi masa untuk membiak, kita mungkin akan beri specimen air kencing hari ini contohnya dan esok kita telefon pekerja di makmal dan bertanya, "Sudah siap ke keluar result air kencing yang dihantar semalam?". Logikkah? Hehe
Dan banyak lagi perkara-perkara yang terkandung dibalik kerja-kerja orang lain di sekeliling kita. Memahami yang lain, memudahkan kerja orang lain, menjadi seorang Muslim yang atas nama Islam, Salama, selamat sepanjang masa.
Saya ingin pulang ke Jordan dan memberitahu pada semua adik-adik yang sedang di praklinikal. Belajarlah bersungguh-sungguh. Belajarlah dengan sepuasnya, ambillah berat setiap titik ilmu yang adik-adik dapat ketika di tahun 1 hingga tahun 6. Ia amat penting, amat-amat penting. Saya bukanlah perfecto yang dahulunya memahami segala apa yang dipelajari, jauh sekali score dengan markah yang mantap-mantap. Tetapi kerana tidak mahu adik-adik mengulagi kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu, supaya adik-adik akan berjaya dengan lebih baik daripada saya. Bittawfeq wannajah ^_^
Imu itu penting yang bukan hanya supaya kita dapat merawat pesakit dengan baik. Penting kerana semuanya itu menjadikan kita sebagai seorang MUSLIM SEBENAR, muslim yang selamat..
dunia dan akhirat....
Moga saya dan kawan-kawan yang lain akan jadi muslim yang SELAMAT itu.
5 pagi, 20/11/2010
Putrajaya Hospital.
subhanallah, cantiknya islam yang di aplikasikan dlm hidup MUSLIM SEBENAR.
ReplyDeleteSelamat berkhidmat, Dr. Farah!
Moga Allah permudahkan urusan Dr.2 sekalian. :-)
rasa kerdilnya diri ni farah... rasa mmg xkan lengkap selamanya, tp mmg masih ada peluang utk improve inshaAllah
ReplyDeleteada kakak ho ni bg nasihat bila learn new things in housemanship, SEE ONE, DO ONE, TEACH ONE. jgn mengelak & jgn plak dah tahu berlagak
inshALLAH u can do it, its your attitude that matters > so to me uve passed already ;D
p/s: wah kagum baris terakhir tu: Putrajaya Hospital. classy!
tak sia2 JPA & MARA taja kakak2 saya,,,hihi
ReplyDeletebetul2 apa yg awak tulis tu.
ReplyDeletesaya tengok arituh lg kesian.
line bump. cyclophosfomide slow je.
patut boleh abes kol 2 dkt pkul 4 xabes lg.
pakar dtg, mengamuk.
siap curse lg. gegar satu wad.
pergh mmg terbaeklah.
tapi anggaplah semua tu satu pengajaran untuk kita menjadi lebih cemerlang di masa depan. dan bila kita jadi pakar nanti, jangan kita jadi macam tu plak. hehe
all the best.
itulah di namakan kehidupan.
at least awak dan kawan2 lain dah mula.
kita orang nie belum pun lagi.
janna..tq miu..bila nak balik msia. ke dah balik? nnt contek2 la eh 0178705503
ReplyDeletejui.. ko lagila mantap...patient ko berbaris2..tabahkan hati eh..moga dimudahkan segala urusan
Ain yang comel..belajar rajin2 ya..nnt kita jumpa tahun depan..balik msia bawakkan syawarma tuk akak eh hehe
Kher..
awak lagi berapa bulan je pun..sekelip mata je nnt dah grad dan akan mula keje...tapi tu la.ada yang bila marah macam nak telan org, sampai kita nak jawab soklan pun jadi blank and hilang word.takpela, janji pt kita selamat, kene marah tu baru kita ni beringat sket, lain kali tak buat lagi. All the best jugak, Moga segalanya mudah2 di tahun akhir..