Tuesday, September 7, 2010

Kisah Maut

Salam Ramadhan buat semua,

Pagi ini, semasa kami semua sedang leka mengemas di dapur, papa datang meluru ke arah kami sambil tangan kanannya menggenggam hp. Mukanya cemas.

"Ma, anak cikgu Yahurin meninggal, accident ".

Saya tergamam. Mama terkejut.

"Ya Allah, macam mana boleh accident ? ", tanya mama.

"I donno, ni baru Haji Aris bagitahu, jenazah ada kat hospital Serdang, Yahurin tak sampai lagi dari Jakarta ", jawab papa.

Mama meluru menuju ke ruang tamu, mencapai telefon bimbitnya dan mula menelefon kawan-kawan sekerja di Maahad dulu.

Cikgu Yahurin, cikgu seni saya ketika di Maahad dulu. Sejak kecil, saya sudah mengenalinya kerana mama bekerja di Maahad Hamidiah dahulu bersama-sama cikgu. Saya juga telah mengenali Allahyarham anaknya sejak beliau masih kecil.

"Arif masuk iklan tv",cerita cikgu sambil tersenyum, sewaktu saya di bangku sekolah.

Iklan susu Dumex mungkin, saya juga sudah lupa.
Setiap kali saya berjumpa cikgu, pasti tak lekang dia bercerita tentang anak sulungnya ini. Saya tahu betapa dalamnya kasih cikgu padanya. Semoga cikgu tabah dan kuat menempuh dugaan yang amat berat ini.
Dan hari ini.. 

Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'un.. tak disangka-sangka adik ini pergi lebih dahulu bertemu Allah. Di usia 17 tahun. Seperti baru semalam saya melihatnya ketika melawat cikgu setahun lepas. Tidak disangka, masa yang pantas berlalu menemukannya dengan tarikh kematian itu lebih dahulu daripada kami semua. Moga Allah merahramati rohnya dan menjadikan alam barzakhnya suatu masa kerehatan yang panjang sebelum kita bertemu semula di padang mahsyar nanti. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya keluar dengan papa selepas mendengar berita itu untuk menguruskan sesuatu, lalu mama pula keluar untuk menziarahi jenazah dan bertemu dengan cikgu.

Biip..Biiipp.. (satu mesej masuk ke kotak inbox saya)

Mesej dari Kak Lilik..

"Slm, kelmarin dpt msg dr seorg sahabt, seorg sahabat yg br 26thn telah meninggal kemalangan..al fatihah.. maut tak penah menunggu kita kan, teringt kisah nabi: nabi melukis satu garisan, nabi ckp pd sahabt : manusia berangan lebih panjg dr garisan...sedangkan hidup kita unlimited..."

Satu lagi berita kematian mencelah masuk. Ya Allah...peringatan yang bertalu-talu dariNya..
Papa memberhentikan kereta sekejap...

"Jap eh, nak beli surat khabar kejap".

Selesai membeli, papa masuk ke kereta dengan surat khabar di tangan.

"Sosilawati punya kete dah jumpa, tapi dia tak jumpa lagi, dah seminggu hilang ni".

Syawal bakal menjelang. Ramadhan hanya tinggal bersisa. Anak-anaknya masih menunggu dengan penuh pengharapan agar ibu mereka pulang segera dengan selamat. Dugaan yang maha berat. Tak terbayang bagaimana risaunya hati mereka menanti ibu pulang ke pangkuan, lantaran hari-hari yang dilalui dipenuhi misteri kehilangannya.
______________________________________________________________________

 Petang tadi saya menonton tv sebentar bersama kakak saya di ruang tamu. Tiba-tiba iklan ini muncul..




"Banyaknya pasal mati hari ni, sedihnya iklan ni," saya memandang kakak.

"Ha'ah..hmmm",  balas kakak.

Dan suasana kembali sepi....
Telinga manusia yang tidak mampu tertutup sendiri, dan otak yang berfungsi tanpa sebarang remote control menjadikan kita manusia yang berfikir. Berfikir menilai setiap plot plot drama dunia yang terhidang di depan mata. Saban waktu, tanpa henti.

Wahai diri..
Jangan tangguh melakukan sesuatu yang baik..
Jangan tangguh untuk solat di awal waktu..
Jangan tangguh untuk zikir dengan banyaknya..
Jangan tangguh untuk membantu mak ayah..
Jangan tangguh untuk memohon maaf dari sahabat..
Jangan tangguh ..jangan tunggu esok..
Kerana esok belum tentu milik kita..belum tentu milik mereka..

Kisah Maut ini bukan kisah dongengan. Bukan kisah sampingan. Bukan untuk mainan.
Ia peringatan buat saya yang sering lupa..buat kita semua...

"Ding dong, Ding dong... Masamu sudah dekat, kau harus bersedia ! ".

"Ding dong, Ding dong... Masamu tidak banyak yang tinggal, jangan lengah lagi ! ".

Mungkin inilah nasihat yang perlu ditafsir disebalik segala kisah-kisah kematian yang menyinggah di telinga kita setiap hari.Setiap detik...

Peringatan buat orang-orang yang bijak.
Bijak menggapai peluang yang masih bersisa.
Mudah-mudahan kita salah satu darinya..

Innalillahi wa'inna ilaihi raajiuun.....

4 comments:

  1. Innalillahi wa innailahi raji3un.

    Sesungguh mati itu pasti.
    Yang tidak pasti adalah hari esok.
    Adakah masih ada untuk kita atau tidak.

    Petang tadi (waktu Jordan), emak Sheikh Ma'mun meninggal. Malam ni agak terasa jgak sebab Sheikh Ma'mun tiada.

    Itulah semenjak kebelakangan nie banyak sungguh kematian. Semoga menjadi peringatan buat kita semua. Esok entahkan ada untuk kita.

    Bekerjalah seperti kita akan hidup 1000 tahun. dan beribadahlah seperti kita akan mati esok hari.

    Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali.

    ReplyDelete
  2. Inna lillahi wa'inna ilaihi raajiunn..

    Moga Allah memcucuri rahmat atas roh ibu sheikh ma'mun, dilapangkan kuburnya dan menikmati indahnya syurga di akhirat kelak.

    Moga anaknya yang soleh menjadi harta yang paling berharga dan syafaat untuknya di padang mahsyar.

    jzkk ats info, mg kematian menjadikan kita hamba yang selalu beringat..

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...

    Farah, mungkin kita boleh suggest utk buat jam yg boleh mengingatkan kita ttg masa kita...
    maybe jam digital yg ade tulisan...

    "Ding dong, Ding dong... Solat zohor... Masamu tidak banyak yang tinggal, jangan lengah lagi ! "

    tingggg.... tahajjud...

    ReplyDelete
  4. hehe..ramlah

    idea yang menarik tu..iAllah satu hari akan ada ^_^

    ReplyDelete