Tuesday, March 23, 2010

Kata-kata manis disepanjang jalan..

"ku mahu menimba ilmu..
Agar ku mampu majukan ummatku..
Berusaha perlu..
sedaya yang mampu
dan berserah padamu..Allah yang satu..
Menuntut ilmu
bersabar selalu
tetapkan diriku..
dengan azam baru..."
-Alam persekolahan by Mirwana-

Mendengar lagu-lagu mirwana mengingatkan saya kepada zaman sekolah di maahad dulu. Sudah 19 tahun saya jadi penuntut ilmu. Bermula dari tadika maria kajang, mama & papa memasukkan saya ketika berumur 4 tahun. Sejak sekolah rendah, mama dan papa memang telah menanamkan dalam diri kami adik beradik belajar rajin-rajin tu sangat penting. Tapi meraka tak kisah pon dapat nombor berapa di sekolah dulu, kami tak pernah dimarah atas apa sahaja keputusan yang kami dapat, yang penting usaha tu perlu bersungguh-sungguh.
Saya masih ingat mama menyemak hafalan sifir saya sambil membasuh ikan di dapur, sambil buat keje-keje umah lain. Masih ingat juga papa yang akan memberikan hadiah setiap kali dapat keputusan exam. Semua adik beradik kami akan diberi ganjaran mengikut keputusan. Nombor 1-50 ringgit, no.2 40, no.3 30 ringgit dan 4 ke atas akan dapat hanya 10 ringgit, tapi kalau buat muka kesian dapatla lebih sikit.

Ini semua cerita bertahun-tahun lepas, 6 tahun saya menyambung di JOrdan - waktu saya berlajar hidup sendiri bersama kawan-kawan, banyak belajar berdikari, belajar kerja dalam persatuan dan yang paling penting- belajar mengenal apa erti kehidupan yang sebenar. Di zaman sekolah, belajar rajin-rajin yang saya target hanyalah untuk dapatkan nombor paling baik dalam batch dan untuk dapat tawaran bagus, lanjutkan pelajaran di luar negara. Tapi ternyata belajar itu dan hidup ini tujuannya bukanlah sejumud itu -- alhamdulillah saya dapat semua itu di Jordan ini.

Pejam celik pejam celik, exam final sudah semakin hampir, seperti  nyawa yang sudah sampai ke kerongkongan. Enam tahun memang sangat pantas berlalu..kini tinggal sebulan lagi sebelum final medical school. 19 tahun saya jadi penuntut ilmi, inilah exam terakhir sebelum saya  akan melangkah ke alam baru - alam memikul tanggungjawab dan bertanggungjawab atas segala keputusan dan tindakan - kerana bukan tugas ringan, tugas yang melibatkan nyawa manusia.

Antara kata-kata semangat yang tak dapat saya lupakan..

Ketika itu exam final tahun 5, saya menelefon mama kerana merasa dahsyatnya nak exam 11 subjek berturut-turut. Pesan mama, "Belajarlah rajin-rajin untuk masa depan anak-anak ko nanti"..waaahh saya terkejut dengar nasihat ni, "Jauh sangat tu ma, lawak plak rasa" .. "Eh betullah, belajar rajin-rajin untuk masa depan anak-anak kita nanti".. Fikir-fikir, betul! Hidup mesti punya visi jangka masa panjang.!

Ketika di tahun 2 kalau tak silap saya, saya menelefon papa waktu itu. Mengadu yang takut nak masuk exam, risau dan macam-macam lagi. Pesan papa, " Laa yang senang ko boleh buat, takkan yang susah ko takleh buat"..saya terdiam kejap.."Eh macam terbalik je tu pa, patutnya yang susah ko boleh buat, takkan yang senang tak boleh"..papa gelak besar.."Betulla yang senang ko boleh, yang susah ni mesti boleh jugak"..saya tergelak. Papa memang selalu bagi nasihat yang pelik-pelik ayatnya, tapi penuh makna sebenarnya. Tak kira susah atau senang, yakinlah pada diri. Mesti boleh buat !


Kakak saya juga selalu bagi nasihat yang lawak-lawak. Pernah ketika saya hendak exam OnG baru-baru ini, saya memberitahu kakak yang rasa macam baca banyak mana pun tak habis-habis hafal, rasa buntu jadinya. Pesan kakak saya, " Orang bodoh je rasa tension ni "..Pang! Adoi dahsyatnya nasihat hehehe. Dia gelak. Betul, maksudnya kalau nak jadi pandai, janganlah tension-tension, belajar je semampunya..

Banyak lagi kata-kata semangat lain yang saya ingat, tapi ini antara yang ingin saya kongsikan. Adik-adik saya, nana dan ijai, nenek saya yang juga tak jemu-jemu berikan semangat untuk saya tidak putus asa, dan sampai ke stage ini.  Untuk kawan-kawan sebatch yang sama-sama ingat mengingatkan saat susah dan senang. Saya mesti takkan lupa wajah kilah setiap kali ingin memberikan nasihat, penuh konsentrasi dan serius sekali. hehe. Shuk yang tidak pernah jemu menelefon saya di mana saja untuk bertanya kabar dan berikan booster untuk study bersungguh-sungguh. Fez yang memberikan saya inspirasi--Usaha rajin2, kita mesti boleh buat ! Heti yang banyak sekali kata-kata dari buku chicken soup dalam poketnya, mintak saja, pasti ada saja yang boleh dikongsi. Sara yang selalu memberikan info-info medik yang berguna. Kiltik yang memperkenalkan pada saya trademark kami untuk menaikkan semangat- temukan jari telunjuk kita dan kawan kita, kemudian angkat bersama-sama ! Mereka tak jemu-jemu mengingatkan saya baca buku banyak-banyak, jangan banyak borak hehehe

Semalam juga baru bertemu dengan jui, antara nasihat jui - makan mesti ikut waktu, bersenam setiap hari untuk kuatkan stamina dan kita mesti baca buku banyak-banyak !

Juga satu kata-kata inspirasi dari seorang sahabat lama yang dikagumi selalu, yang tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat. Ketika saya merasa bodohnya di Malaysia waktu elektif kerana banyak sangat yang saya sudah lupa, dia memberitahu..
"Biasalah tuh, kita manusia ni nak menghafal tu senang, 
nak mengekalkankan tu yang mencabar jgklak. Lagipun setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, so kenelah berusaha untuk terbaik"

Katakan ianya mencabar, elakkan berkata susah !

Juga buat semua sahabat-sahabat sebatch lain yang bersama-sama naik turun hidup di Jordan. Kawan baik saya di Malaysia, As, Una dan Husna. Di German, Yam. Di UK, Kelly. Di Mu'tah dan mafraq, Basyirah, Syira, Ain, sadiqah, najwa, ramlah dan semua sahabat-sahabat lain. Adik-adik jr Just dan Yarmouk yang kuat berusaha, liya, ziela, pia,ain zubaidh, along, adik, arikah, tikah, munirah, husna, ku, aishah, umairah, miza, kinah. Juga seorang jr yang bukan adik hehe - Ain matamu amat berharga, takkan saya lupa hadiah muffin kecik yang ain berikan. Maaf sgt2, terlalu ramai, tak terlulis semuanya.


Simpankan saya memori ini dalam kanvas kehidupan. 
Simpan ia dengan rapi untuk tatapan masa depan.
Ia kenangan manis yang bakal dikenang hingga hujung nyawa....

Jari-jemari  saya susun, memohon beribu kemaafan atas segala salah silap..
Halalkan segala yang terlebih terkurang,
Terima kasih yang tak terhingga atas semua yang kalian berikan..

Mohon doakan kami final exam terakhir kami ini...

ALLAH Yujzikumul Khayr..wassalam

11 comments:

  1. I.Allah, excellent.. Study 4 Islam!..

    Exam hanyalah sekelumit dari pelbagai cabaran yg akn dihadapi slps ini..

    Dr. Farah boleh!!

    ReplyDelete
  2. tq kak yang..rindu rasa nak jumpa kak yang..didoakan kak yang juga dipermudah dalam exam yang akan dilalui..Moga Allah ikatkan hati-hati kita di jalannya dan terus kekal ke syurga ^_^ luv u so much!

    ReplyDelete
  3. Dah mcm nak exam sgt dah plak entry ni..

    ReplyDelete
  4. salam cik farah,
    uwaaaa..tetibe sebak lak bace entri ko kali ni.. juniro yg bukan junior?? huhu..mekaseh atas penghargaan ini ^^
    apelah nk dibandingkan dgn sgl bantuan ko selama ni.. sob sob..
    cayyok weh! ko kan sgt kuat memotivasikan diri sendiri & sgt suke bc buku2 motivasi..
    yg pasti, aku tetap sokong ko, insya Allah~

    mak aku pernah kater, 'wat exam elok2, untuk kesenangan masa depan diri & anak keturunan ain jugak. mak abah x dpt nk kasi kejayaan, usaha ain & takdir yg menentukan.'.
    herm, mmg booster visi jangka masa panjang gamaknyer.. hee~

    good luck bebeh ^^ Allah ma3ik.

    ReplyDelete
  5. fez, aku rasa macam nak exam sgt dah ni..cuba bayang lagi 2 minggu je round terakhir minggu yang full untuk tahun 6..Hmmm risau jugak ni, nota macam gunung. perlu tabah.

    Ain, aku simpan lagi kad yang ko kirim bersama muffin..akan bawak balik msia ^_^..serius rasa sangat menyentuh ketika mendapat muffin ko tu..tq miu !!

    ReplyDelete
  6. salam kak farah..
    wewwiitttss..
    rindu kat kite lah tu =p

    kak farah,
    akak dah 5 tahun lebih melalui medic..
    alhamdulillah berjaya je..atas usaha+rezeki dr Allah..
    skit je lg ni, insyaAllah boleh!hehe

    jgn lupe kite bile dah bejaye nti..huhu
    rase cm dah lame nk borak ngn akak..(T.T)

    ReplyDelete
  7. umairah,
    hehehe..windu la jugak..hehehe..teringat2 senyuman awak nampak gusi yang manis..awak pon tak lama je lagi..tgk la nnt tiba2 tup2 dah tahun 6..tak caya tgk nnt..mesti rs sgt sekejap..ni dah nak masuk tahun 3 dah tak lama lagi

    Ainul,
    gud luck jugak pada awak!! ^_^ akak doakan ainul dipermudah dalam exam, dapat jawab dengan hati yang tenang, yang kluar semua yang ainul sempat baca dan dah hafal dengan mantap..chaiyokk!!

    ReplyDelete
  8. akak!!!!!!!
    all da bez.....
    ALLAH BERSAMAMU....
    yakin dengan janji-NYA...
    doa saya mengiringi akk!!!
    ble nk dtg jln mu'tah??
    (smpt lg ajk jalan,,hee..)

    ReplyDelete
  9. ain..tq miu..akak akan ke mu'tah lepas exam final iAllah..kali ni nak tido umah ain..boleh eh^_^

    ReplyDelete
  10. salam farah,
    sedey lagi terharu bila baca entry ni..
    tapi bwt pembakar semangat jgk bwt as kat sini.
    farah dh nk final exam, as baru nk final year..

    semoga semuanyer dipermudahkan ALLAH..
    Hanya ALLAH Maha Mengetahu ape yg terbaik bwt hambanya..
    All the Best.. =)

    ReplyDelete